Pages - Menu

Showing posts with label Mesir. Show all posts
Showing posts with label Mesir. Show all posts

21.8.13

(Video) "Maut untuk Mursi, Maut untuk Yusuf Qaradhawi" Amaran Syiah.



Salam untuk semua,

Aku kongsikan video Kejahatan Syiah yang jelas terang nyata menentang Dr Muhammad Mursi, Dr Yusuf Qaradhawi dan sesiapa sahaja musuh menentang Syiah. Sebelum ini mungkin Syiah lebih banyak dikaitkan dengan Konflik Syria, sekarang terang bersuluh Syiah juga menjadi dalang kejatuhan Mursi, Kerajaan yang sah di Mesir.

18.8.13

Kisah BENAR Memilukan Seorang Rakyat MESIR Mencari Jenazah Bapa


Berdasarkan cerita dari anaknya (anak si syahid biiznillah) Sarah Muahammad Ali Muhammad Ibrahim :

Sesungguhnya bilangan para jenazah terlampau tinggi, dan para jenazah ini telah dibahagikan ke banyak hospital, kami yang ingin mencari jenazah Ayah terdiri daripada saya, Umar, Dr Ahmad kawan ayah saya dan Rasya sahabat kami, kami tidak tahu bagaimana mahu memulakan pencarian kecuali dengan mengagihkan setiap seorang ke satu tempat.

Gambar Kekejaman Kerajaan Kudeta MESIR



SUMBANGAN  KITA


Salam untuk semua, moga dirahmati

Bermula Ramadhan hingga Syawal, rakyat Mesir berubah wajah selepas rampasan kuasa oleh laknatullah AsSissi, terhadap Kerajaan Yang Sah Dr Muhammad Mursi. Rakyat disembelih dan dibunuh setiap hari. Aku agak kecewa, masih ramai rakyat Malaysia terutama beragama Islam yang gagal menghadam isu ini sebaik mungkin. Tidaklah menuntut menjadi pakar dan pengkaji sejarah tetapi fakta yang dihidang kepada mereka terlalu banyak songsang.

Melihat kepada ruangan FB yang terbuka, terdapat segelintir meletakkan salah kepada rakyat yang bangkit menentang Kerajaan Kudeta (kerajaan Haram) dengan melabel mereka sebagai pengganas sebagainya. Meletakkan pula salah punca ini daripada Ikhwanul Muslimin sebagai dalang pemerontakan. Kerajaan yang sah digulingkan oleh Kerajaan haram, yang menentang digelar pemberontak?? Yang merampas Kerajaan Sah Dr Mursi, dilabel hero. Hah! Pemikiran Yahudi sudah berjaya...



Klik utk Gambar-gambar lain...

16.8.13

Rumusan Ikhwan Muslimin terhadap Isu Terkini MESIR



[Rumusan Risalah Mursyidul Am lkhwan Muslimin Berkaitan Isu Semasa Mesir]

Risalah bertajuk 'Sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mengawasi' (إنَّ رَبَّكَ لَبِالْمِرْصَادِ) 


1. Murshid melahirkan rasa penuh hiba dan sedih dengan pembunuhan beramai-ramai pada 14 Ogos 2013 setelah 50 hari peserta pro demokrasi berhimpun dengan aman dan penuh adab.

3.8.13

Puisi: Darah Mesir

Darah Mesir 

Ramadhan ini kelam 
cahaya Islam terang nun jauh
diragut penderhaka rakus kuasa
Mesir menyusuri nasib Syria
mayat bertaburan, percikan darah
menyaksikan kebangkitan

Batang tubuh dilapangan subuh
ditembak umpama binatang buruan
setahun dibawah Mursi
menggoncang proksi yahudi
tali barut mula merancang

Ramadhan di penghujung
Kenangku pada teman-teman
Bumi Syam dan Gaza, kini Mesir
Sayu, Aidilfitri tanda kemenangan
bukan untuk pejuang


Alor Star
3.8.2013 

6.7.13

Ucapan Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Dr Badi'e kepada Penyokong Dr Mursi



Isi kandungan ucapan Mursyidul Am Ikhwan muslimin Dr. Badi'e di hadapan jutaan penyokong Presiden Mursi.

Alhamdulillah ke atas perhimpunan yang mulia ini, perhimpunan yang menggambarkan realiti sebenar di mesir dan halatujunya. Allahu yang maha berkuasa ke atas siapa yang telah melakukan kerosakan dengan penuh rasa bongkak, Allah maha berkuasa ke atas semua pengkhianat dan pelampau yang melampaui terhadap hak agama mereka dan tanah airnya, Allah maha berkuasa ke atas sesiapa yang telah menjual darah2 para shuhada'.

Ulama Azhar Fatwakan Pembatalan Kuasa Tentera Atas Dr Mursi



Sabtu | 06 Julai 2013 | 01.58 pagi

Fatwa pembatalan rampasan kuasa tentera ke atas Presiden Dr.Muhammad Mursi:

1.Fatwa oleh Sheikh Hashim Islam, salah seorang Ahli Jawatankuasa Lajnah Fatwa Al-Azhar yang juga merupakan pengasas Persatuan Ulama Al-Azhar telah mengeluarkan fatwa kewajipan menjaga perpaduan negara Mesir dan rakyatnya serta mengekalkan identiti Arab-Islam berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah, malah memberi jaminan hak kewarganegaraan yang sama rata bagi non-muslim.

5.7.13

Konflik Mesir 2013 : Pembunuhan Dijangka Berlarutan...



Salam untuk semua, moga Allah rahmati

Allahuakbar! Hiba hati aku. Panjang kisah Mesir lepas ni.Gambar atas adalah penyokong Pro Dr Mursi yang ditembak di kepala sampai mati. Depa kat sana korban darah dan nyawa demi sebuah keadilan. Aku cukup marah dengan kenyataan kurang cerdik salah seorang menteri kita kononnya kita semua perlu ambil pengajaran Kejatuhan Mursi. Perlu diingatkan kembali, tahun lepas Dr Mursi menang Pilihan Raya melalui saluran demokrasi yang sah, bukan dengan cara peperangan atau rampasan kuasa!

4.7.13

Askar Tembak Penyokong Dr Mursi (video)


 Kejam!!!

Syeikh Mahdi Akif, Bekas Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Ditangkap

Bekas Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Syeikh Mahdi Akif pula ditangkap sebentar tadi dalam usia beliau lebih 80 tahun. Hasbunallahu wani'mal wakil. sumber: FB Ustaz Abdul Malik.
 
Azhan: Tentera Mesir jadi gila babi...tak peduli siapa semua di cekup termasuk seorang tokoh besar Ikhwan yang sudah dimamah usia. Aku terkilan, aku tertunggu-tunggu kenyataan rasmi wakil kerajaan Malaysia mengutuk tindakan menjatuhkan Kerajaan Mesir yang sah pimpinan, Dr Mursi. Sekurangnya2 aku rasa bermaruah menjadi rakyat Malaysia. Mood di tempat kerja hari ni merosot dengan berita sedih ni...kita terus mendoakan mereka.

Ulama Azhar Bersama "Kain Kafan" Pertahankan Mursi

 
Ulama Azhar bersedia dgn kafan masing2 bg mempertahankan kerajaan Mursi...Allah Akbar..!!! FB Ustaz Nazmi Karim.

 

3.7.13

TG NIk Aziz Kesal Sheikhul-Azhar Diperalat Untuk Gulingkan Dr.Mursi

Mursi (tengah) dibawa keluar dari Istana Presiden selepas digulingkan. -Reuters

PAS kesal dengan tindakan penggulingan Presiden Mesir Dr Mohamed Mursi dan mengutuk tindakan pihak tentera negara itu menggunakan golongan ulama bagi menghalalkan perbuatan mereka.

Menurut Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kudeta dan diktator bukan lagi pilihan manusia lagi di era sekarang.

“Di mana-mana sahaja, ada ulama dipergunakan untuk menentang gerakan Islam,” kata Nik Abdul Aziz dalam satu kenyataannya pagi ini.

“Tebalnya kulit kitab yang dipelajari dan panjangnya ekor serban bukan jamiman seseorang ulama itu celik politik,” tambah beliau lagi.

2.7.13

Konflik Mesir 2013 | Apakah Arab Spring Di Persimpangan?



gambar penyokong Presiden Mesir Mohamed Morsi


Presiden Mesir, Mohamed Morsi telah menolak ultimatum tentera yang menggesa agar segera menyelesaikan masalah dalam negara tersebut dalam masa tempoh 48 jam..

Langkah tentera memberikan untimatum 48 jam tersebut hanya semata-mata memberikan ransangan kepada penentang-penentang Morsi yang sedang berdemo dan seolah-olah pihak tentera memihak kepada para penentang tersebut.Pun begitu juga pihak polis. Tiada kelihatan pasukan polis mengawal keadaan menyebabkan kekacauan dan keganasan maut berleluasa dan menggugat keselamatan rakyat dan negara tersebut.

20.8.12

Adik bongsu sambung belajar di Mesir

Photo: Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin daripada Mohamadazhan dan keluarga-1 Syawal 1433H.
 Selamat Hari Raya dari Mohamadazhan.com sekeluarga buat teman-teman.
(Ayi, emak ayah tersayang, Anwar, Azhan.) Hero belaka...haha


27.6.12

Presiden Mesir Dr. Muhammad Mursi | Langkah Awal Sebagai Presiden Mesir


Salam untuk semua, moga Allah merahmati

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!  Dr. Muhammad Mursi, Presiden Baharu Mesir! Gema dan berkumandang laungan takbir di seluruh pelusuk Mesir khususnya dan negara Arab serantau...itulah yang aku bayang-bayangkan sejak akhir2nya ini, dan sahabat2 pembaca juga mampu merasai bagaimana rasa syukurnya dengan kemenangan Islam di bumi para anbiya' dan alim ulama itu! Jauh ribuan batu antara kita dan mereka...tidak kekok untuk turut sama bergembira...dari situ terasa indahnya persaudaraan Islam. Jarak bukan pemisah dan benteng kepada talian ukhwah, doa seluruh umat Islam mengutuhkan lagi pertalian dan memberikan kekuatan kepada mereka berjuang.

Selepas kemenangan Dr Muhammad Mursi sebagai Presiden Mesir yang baharu, beliau telah membuat beberapa keputusan yang mampu direnungi dan dicontohi oleh para pemimpin Islam seluruh dunia khususnya di negara Malaysia yang dicintai.

22.6.12

Siapa Dr. Muhammad Mursi | Sejarah Ringkas Revolusi Mesir


Salam untuk semua, moga dirahmati

Alhamdulillah, kemenangan Dr. Muhammad Mursi calon Parti Keadilan dan Kebebasan kelolaan Ikhwaanul Muslimin sebagai Presiden Republik Arab Mesir (tidak rasmi sehingga tarikh ini-21 Jun 2012) telah diketahui pada pagi Isnin, 18 Jun 2012. Dr.Muhammad Mursi memperoleh 13,237,000 undi atau nisbah 52% berbanding lawannya, Ahmed Syafiq, sekutu kuat Husni Mubarak memperolehi 12,338,973 dengan nisbah 48% daripada jumlah undi keseluruhan 25,575,973.

13.2.11

Revolusi Mesir: Gambar Menarik Jutaan Manusia Di Dataran Tahrir

 Azhan: Suara Rakyat Suara Keramat!

11.2.11

Revolusi Mesir: Husni Akhirnya Meletakkan Jawatan! (Video Menarik)

Video Omar Suleiman umumkan Hosni letak jawatan

KAHERAH, 12 Feb — Presiden Hosni Mubarak akhirnya tunduk kepada desakan kebangkitan rakyat — meletakkan jawatan pada hari ke-18 demonstrasi semalam (tengah malam waktu Malaysia). Naib Presiden Omar Suleiman mengumumkan Hosni sudah menyerahkan kuasa kepada tentera. Ia disambut dengan gembira oleh penunjuk perasaan.

Beberapa jam sebelum Omar membuat pengumuman laporan awal menyebut Hosni telah meninggalkan ibu negara Mesir bersama keluarganya sementara momentum tunjuk perasaan yang masuk hari ke-18  terus meningkat — sehari selepas presiden itu menegaskan tidak akan berundur sekarang.

Pihak tentera pula berjanji akan menarik balik perintah darurat yang dikuatkuasakan sejak tiga dekad lalu selepas keadaan semasa reda. Hosni memerintah negara itu sejak 1981 dan kini berhadapan dengan kebangkitan rakyat. Laporan NBC News berkata, Hosni meninggalkan Kaherah untuk menuju resort Laut Merah Sharm el-Sheikh.

8.2.11

Revolusi Mesir: Akhbar Kerajaan Sudah Berpaling Tadah


Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA ('',) 

Revolusi Mesir menggamatkan seluruh dunia dengan pelbagai kejadian yang membimbangkan keselamatan. Gerakan yang bermula daripada rakyat marhaen tidak dapat lagi dibendung, semakin hari semakin kuat menentang. 

Menariknya, akhbar lidah kerajaan juga akhirnya mula membuka topeng sebenar apabila turut menyokong aktivis yang berdemonstrasi serta mengecam kerajaan Husni Mubarak. Apakah wartawan sudah "bebas", tidak dirantai leher lagi...?

Media merupakan salah satu medium yang sangat berpengaruh dalam membentuk pemikiran rakyat, apabila berita yang ditulis adalah "putih", maka "putih" juga pemikiran rakyat yang membaca. Jika sebaliknya yang ditulis, maka hasilnya rakyat terus tertipu dan terpedaya. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...