Kisah Imam Syafie Menuntut Ilmu
Imam Shafie merupakan salah seorang Imam Mazhab yang empat. Beliau mempunyai ketajaman akal dan kecerdikan yang luar biasa. Beliau telah menghafaz al-Quran seawal umur 9 tahun lagi. Setahun kemudian pula, beliau menghafal kitab al-Muwatta’ karangan Imam Malik. Beliau merupakan seorang yang sangat mencintai ilmu. Lantaran itu, pada satu hari beliau meminta izin daripada ibunya untuk keluar menuntut ilmu ke Madinah. Ia merupakan kali pertama Imam Shafie keluar daripada tempat kelahirannya, Makkah dan mengembara untuk meluaskan ilmu.
Apabila tiba di Madinah, beliau terus menuju ke Masjid Nabawi dan menunaikan solat sunat dua rakaat. Setelah selesai solat, beliau terpandang satu Majlis ilmu yang disampaikan oleh seseorang yang sangat hebat dalam masjid tersebut. Orang tersebut sedang bersyarah di hadapan begitu ramai anak-anak muda yang kesemuanya khusyuk mendengarnya. Orang itu ialah Imam Malik yang sedang mengajar murid-muridnya tentang hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Dengan langkah yang tertib, Imam Shafie terus menuju ke tempat Imam Malik dan duduk bersama murid-murid beliau. Imam Shafie lantas mengambil sebatang lidi lalu membasahkannya dengan air liur. Beliau menulis segala apa yang diajar oleh Imam Malik tersebut di atas tapak tangannya. Tanpa di sedari, Imam Malik memerhati segala tingkah lakunya.
Selesai pengajian, Imam Malik pun memanggil Imam Shafie untuk menegur beliau. Sangkanya Imam Shafie berbuat perkara kurang sopan ketika belajar. Imam Malik bertanya kepada Imam Shafie, “Apakah kamu berasal dari Makkah”. Jawab Imam Shafie, “Benar”. Imam Malik kemudian bertanya, “Mengapakah engkau bermain-main dengan lidi dan air liurmu semasa aku sedang mengajar?”. Jawab Imam Shafie, “Maaf tuan. Sebenarnya saya tidak bermain-main. Oleh kerana saya tidak ada kertas dan pena, segala yang tuan ajar saya tulis di atas tapak tangan saya dengan menggunakan lidi dan air liur untuk saya menghafalnya”.
Apabila Imam Malik membelek-belek tangan Imam Shafie, beliau tidak menjumpai sebarang tulisan pun. Beliau terus berkata, “Tetapi kenapa tapak tangan engkau ni kosong sahaja”.
Kata Imam Shafie, “Benar tuan. Namun demikian tuan, saya telah pun menghafal semua hadis-hadis yang tuan riwayatkan itu”.
Setelah beliau disuruh membaca apa yang dihafalnya, Imam Malik mendapati tidak ada satu hadis yang tinggal daripada 20 hadis yang diajar hari itu. Perkara yang aneh ini belum pernah terjadi sebelumnya. Imam Malik begitu tertarik hati dengan kebijaksanaannya. Semenjak peristiwa itu, Imam Shafie dijemput untuk menetap di rumah Imam Malik sebagai tetamu sekali gus menuntut ilmu dengan Imam Malik. Selama 18 bulan Imam Shafie berguru dengan Imam Malik. Hatinya yang terang memudahkan beliau memahami dan menghafal kitab al-Muwatta’. Sehingga akhirnya, murid kesayangan Imam Malik ini sering diberi penghormatan bersyarah dan mengajar murid-murid yang lain.
Pengajaran:
1.Diperhatikan kehadiran Imam Shafie yang sedikit lewat dalam majlis ilmu Imam Malik telah sedikit sebanyak mengganggu perhatian Imam Malik untuk menyampaikan ilmu sepenuhnya. Lantaran itu, dalam menuntut ilmu sebaik-baiknya biarlah berada di dalam majlis seawal mungkin dan tepat pada masanya kerana sesungguhnya ilmu itu ditunggu dan bukannya menunggu. Hal ini juga dapat mengelak daripada penyampai ilmu dan penerima ilmu yang berada dalam majlis merasa terganggu dengan keterlewatan kita itu.
2. Dalam majlis ilmu, tumpuan perhatian yang sepenuhnya perlu diberikan kepada penyampaian ilmu. Apa sahaja perlakuan yang tidak berkaitan seharusnya dielakkan. Perlakuan Imam Shafie sahaja yang sedang mencatat isi pengajaran kuliah Imam Malik dengan menggunakan lidi dan air liur di atas tapak tangan pun sudah begitu mengganggu tumpuan Imam Malik untuk mengajar apatah lagi sekiranya ada anak-anak murid yang bercakap-cakap atau melakukan hal-hal lain yang tidak berkaitan semasa pengajaran.
3. Seorang pendidik yang baik akan mengenal pasti kebolehan dan keistimewaan anak muridnya dalam mendidik, agar dengan itu proses pendidikan dapat dilakukan dengan tepat, sesuai dengan kebolehan dan keupayaan murid tersebut. Menyedari kemampuan dan keistimewaan Imam Shafie, Imam Malik terus mengajak Imam Shafie ke rumah beliau untuk terus dididik dan dipertajamkan kebolehannya sehingga akhirnya ilmu tersebut dapat dimanfaatkan untuk kebaikan umat.

Nasihat Imam Syafie
Imam al-Syafie tokoh ilmuan yang terkenal dengan ketekunan dalam menuntut ilmu, penegak sunnah, penegak kebenaran dan imam besar dalam bidang fekah. Beliau banyak meninggalkan kata-kata nasihat yang boleh dijadikan panduan kepada para pelajar. Antaranya ialah :
1. Imam al-Syafie pernah bersyair:
Aku mengadukan kepada Waki’ (guru beliau) tentang buruknya hafalan
Maka beliau membimbingku untuk meninggalkan perbuatan maksiat
Dan berkata, ‘Ketahuilah bahwa ilmu adalah cahaya
Dan cahaya Allah tidak diberikan kepada pelaku maksiat’
2.Beliau Berkata :
Barangsiapa ingin agar Allah membukakan hatinya atau meneranginya, maka dia harus meninggalkan pembicaraan yang tidak bermanfaat, meninggalkan dosa-dosa, menghindari perbuatan-perbuatan maksiat dan menyembunyikan amalan yang dikerjakan antara dia dan Allah. Jika dia mengerjakan hal tersebut, maka Allah akan membukakan ilmu baginya yang akan menyibukkan dia dari yang lainnya. Sesungguhnya dalam kematian terdapat perkara yang menyibukkan.”
Antara pengajaran yang boleh diambil daripada nasihat Imam al-Syafie ialah :
1. Menghindari maksiat kerana maksiat merupakan hijab atau penghalang untuk mendapat ilmu. Hati yang dicemari dengan dosa tidak akan dapat menyimpan ilmu yang bermanfaat.
2. Meninggalkan percakapan atau aktiviti-aktiviti yang sia-sia. Sesungguhnya masa itu amat berharga bagi seorang pelajar.
3. Melakukan amalan-alaman sunat secara tersembunyi dan tidak diketahui oleh sesiapapun. Ini antara cara untuk ikhlas dalam beramal soleh.
4. Orang yang mendapat bimbingan Allah sentiasa menghabiskan masanya dengan ilmu dan amalan yang berfaedah untuk dunia atau akhiratnya.
5. Orang yang berilmu juga hendaklah selalu mengingati mati kerana mati itu akan menyibukkan seseorang itu dengan perkara yang bermanfaat untuk kehidupannya selepas mati.
Azhan: Sebut sahaja kisah peradaban Islam zaman silam, pasti ramai yang merinduinya, kehebatan kerajaan khilafah yang pernah menguasai sepertiga dunia, suatu masa lampau. Apakah tips dan resipi kejayaan zaman itu? Segalanya perlu bermula dengan kehebatan dan keagungan ilmu pengetahuan. Turunnya wahyu pertama kepada baginda nabi, sudah menjelaskan betapa pentingnya menuntut ilmu.
*thumbs up untuk post ni*
ReplyDeletesangat-sangat suka pada imam syafie...
like..thanks entry ni ^_^
ReplyDeleteTerimakasih sahabat,sudi berkongsi cerita menarik.saya baru pertama kali baca kisah ni.Betapa hebatnya kecintaan Imam Syafie kepada ilmu.
ReplyDeleteThanks cz brkongsi byk ilmu2 yg brguna.
ReplyDeleteentri yang sangat bermanfaat. jazakallah, dik atas perkongsian ilmu ;)
ReplyDeleteya allah...terang betul hati beliau...
ReplyDeletemina kagum sgt...
skrng ni mina tgh kumpul buku 'novel sejarah islam'
penulisnya abdul latip talib...
mmg terbaik...try la cari..huhuhu
nice!!!agar kita terdolong dalam golongan berilmu yang mengamalkan ilmu berfaedah dunia dan akhirat
ReplyDeletenice sharing,mana dapat artikel ni?
ReplyDeletesalam..jazakallah kerana sudi berkongsi ilmu di ruangan ini...saya sangat2 menghargainya...namun saya kira ada sedikit kekhilafan yang mungkin saudara terlepas pandang..sebenarya peradaban Islam semasa zaman Khalifah Umayyah telah berjaya meluaskan empayarnya sehingga menguasai dua per tiga dunia...jika bukan kerana Lautan Atlantik yang menghalang kuda yang ditunggangi Utbah Bin Nafi' dari menyeberanginya nescaya U.S juga akan menjadi tanah jajahan Islam..sesungguhnya adalah menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk mengetahui sejarah dan salasilah kita kerana seandainya ia diabaikan maka semakin terhakislah kekuatan umat ini.Sekadar renungan bersama, Moshe Dayan(bekas Menteri Luar Israel) pernah berkata bahawa kelemahan umat Islam itu adalah berpunca dari sifat malas mereka, mereka tewas dalam mengkaji dan mengambil iktibar dari sejarah umat mereka yang terdahulu serta gagal dalam membuat perancangan yang teliti..maka ayuh, bersamalah kita mengumpul kekuatan dan bangkit untuk mengembalikan semula zaman kegemilangan itu agar ia tidak hanya terus menjadi kenangann indah dalam lipatan sejarah..insyaALLAH..sesungguhnya yang baik dan indah itu datangnya dari ALLAH S.W.T. dan yang buruk itu datangnya dari hambanya yang serba kekurangan ini..wallahualam..salam..
ReplyDeleteterima kasih diatas perkongsian ilmu ini...moga dirahmati Allah
ReplyDeleteMohon share artikel ini difacebook
Wasalam...
alhamdulillah. ilmu yang berguna. mohon izin utk dikongsikan di blog sy.
ReplyDeletepbssainsonline.blogspot.com
terima kasih
bgus sangat berguna untuk kaum pelajar
ReplyDeletesangat bermanfaat untuk kami ^^
ReplyDeletemohon copy untuk pengajaran..syukran
ReplyDelete