Pages - Menu

Showing posts with label artis. Show all posts
Showing posts with label artis. Show all posts

27.12.12

"Pak Cik! kalau popular kena menang anugerah..."

Salam untuk semua, moga dirahmati

Artis itu dah bertudung? Pelakon tu dah bertudung? Soalan2 lazim dikala beberapa tahun ni, fenomena artis bertudung...mestila artis perempuan yop! asal laki bertudung itu bukan perubahan, itu kesesatan. Tahniah makin ramai bertudung! Sekurang2nya penampilan mengajak manusia berdakwah kepada yang baik.

"Apa depa ni, pilih artis nak p bantuan Gaza..." ngomel sorang pak cik ni yang aku jumpa di sebuah program cuti lalu.

"Depa ni mana tau apa pun, melalak...nak popular ja lebih...banyak lagi ustaz2 yang boleh dihantar sana." Sambungnya lagi. Aku tak semena2 jadi bahan "lepas geram" kepada artis. Aku masih membisu sambil otak terpusing2 arah tuju.

"Betul pak cik, depa memang nak popular sebab Gaza tempat pejuang2 yang mati syahid. Kalau popular kena menang anugerah...anugerah mati syahid." Balas aku tersenyum seperti mengembalikan leterannya tadi. Pak cik tadi terdiam, aku membiarkan sahaja sekurang2nya merubah persepsi.
Teringat kisah seorang sahabat nabi, baru sahaja memeluk Islam terus pergi berjihad di medan perang lalu mati syahid. Tidak pernah solat, puasa, zakat haji apatah lagi. Siapa sangka pengakhirannya mulia.

12.12.12

Video Misi Gaza Oleh 3 Orang Artis | Artis Magnet Masyarakat

Afdlin, Zain, Bront (Nasrul) dan Ustazah Maznah

Salam untuk semua, moga Allah rahmati

Allahuakbar! Laungan takbir aku mulakan penulisan hari ni...dalam seminggu dua ni aku memang mengikuti penuh minat perjalanan rombongan Aqsa Syarif ke Gaza melalui FB. Aku percaya sahabat2 yang lain tak kurang juga ikut sama kisah dan info baru. Ni aku nak kongsi pengalaman mereka dalam temubual anjuran Ikram Mesir.

Artis dan Orang Seni

Perjalanan kali ni agak menarik, sebab disertai 3 selebriti. Kuasa artis dan orang seni sangat berikan kesan kepada masyarakat...aku melihat perkembangan rakyat mula memesong dan bersungguh2 bercerita tentang Gaza. Walaupun sebelum2 ni sudah banyak rombongan ke sana, seperti biasa kurang publisiti dan promosi selain kurang minat masyarakat apabila rombongan yang pergi individu yang terlibat bukanlah "IDOLA" masyarakat umum. Lumrah...yang terkenal dan popular akan lebih berkuasa memikat hati.

1.1.11

Faizal Yusuf Kembali Ke Rahmatullah.


faizal yusuf

Salam untuk semua, Alfatihah buat Arwah Faizal Yusuf dan Takziah di ucapkan buat keluarga arwah atas pemergiannya akibat serangan sakit jantung di Hospital Pusrawi Kuala Lumpur pagi ini. Yang terus hidup kita masih berpeluang untuk mengerjakan amal soleh :)

9.12.10

Bahana Sehati Berdansa, Sein Dan Nana Bercerai!


Salam untuk semua, syukur atas nikmat kebahagiaan ('',)

Saya malas nak sentuh entri tentang dunia artis ni sebenarnya, rasa semak blog ni ja tetapi rasa terpaksa sentuh juga dek kerana penceraian yang semakin banyak dalam kalangan artis. Sorry lah kepada pembaca yang minat sangat artis ni.hehe. Cerai berai sama naik saja dengan kahwin sekarang. Apabila bermula dengan keadaan tak baik, suasana tak baik bagaimana akan berakhir dengan kebahagiaan kan? Tepuk dada, tanya iman. Sama2 bentuk keluarga untuk sebuah kebahagiaan yang diredhai-Nya, insyaallah. ('',) 

Sein dan Nana mendirikan rumah tangga 9 Julai 2006. Perkahwinan itu bertahan selama empat tahun dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Syed Taariq Al-Qudsy Syed Hussein, 3, dan Sharifah Inaiya Al-Qudsy Syed Hussein, setahun. Juara program realiti Sehati Berdansa musim ketiga itu menjadi pasangan kelapan yang menyertai program itu, disahkan bercerai. Sebelum ini, tujuh pasangan sudah bercerai.

Mereka ialah vokalis kumpulan Def-Gab-C, Asheed dan Sharifah Noor Shima; Atilia dan Ariff Johan Abdul Aziz serta Dira Abu Zahar dan Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd. Shahid. Tiga pasangan lain ialah penyanyi utama kumpulan OAG, Radhi dan Shazlin Sharif; pelakon Sabrina Ali dan Mohamad Shahrin Abdul Halim serta Anne Ngasri dan Abdul Wafi Hassan.

Azhan: Kalau boleh baik balik apa salahnya kan. Apa pun kita tengok giliran artis mana pula yang akan bercerai? Apabila bercerainya anak adam, maka begegarlah 'Arasy Allah. Penceraian adalah perkara halal yang dibenci Allah. Na'uzubillah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...