Pages - Menu

Showing posts with label gambar. Show all posts
Showing posts with label gambar. Show all posts

10.2.14

Fotografi Jalanan | Si Tukang Kasut




Tukang kasut...kat mana-mana pun mudah buat mereka bertapak. Tak perlu kerusi seempuk baldu, mahupun penghawa dingin penyejuk badan. Sedikit tempat berteduh, ada ketika di kaki lima, mereka terus bakti buat sesiapa yang perlu. Aku kerap juga baiki kasut sebelum ni, kasut kerja...kasut sukan, biasanya aku ambil peluang nak bualkan apa sahaja.

Banyak perkara yang mampu dibincangkan, mungkin pelanggan mereka juga pelbagai ragam orang...jadi,  Tukang kasut menjadikan mereka jauh lebih terbuka, ada ketika memberikan idea2 lebih segar...itu lah yang tak berlaku dalam dunia maya...perang siber, anak muda khususnya masing2 berbicara penuh sombong menegakkan hujah tak seberapa... Tukang kasut...jangan pandang sebelah mata. =)


25.1.14

Foto.Inspirasi #6 | Kerja Satu Amanah!



20140124-IMG_3036-2

20140124-IMG_2986

Kerja satu ibadah, buat dengan amanah. Hah! Pesan untuk aku paling utama...apa sahaja kerja yang dilakukan, kerja yang menuntut kepada gaji, menuntut kepada apa sahaja hasil. Lakukan penuh amanah. Kagum melihat perkerja sekitar pasar Chow Kit, laju ke sana ke mari...bersungguh-sungguh bekerja! Yang santai dalam penghawa dingin tu jangan kerap sangat layan FB...haha

Selamat Bekerja! =)


4.12.13

Kisah dan Falsafah Si Pemilik Kapcai Honda Bulat!


 gambar hiasan
tempat: Pekan Cina, Alor Star


kapcai Honda bulat. Falsafah si pemakai biasanya "orang lama". Motor klasik yang mencecah puluhan tahun masih utuh dibawa, ke kebun, ke bandar, ke masjid, ke kenduri kendara...itulah gelagat warga lama yang sentiasa akrab dengan kapcai honda bulatnya. Kapcai ini menaburkan bakti menyara keluarga, mendidik anak, menjadi teman ke mana sahaja. Dengan kain pelikat, kain sarung dibelit di kepala...berbalut pagoda di tubuh cukup menjadi syarat pemanduannya. Sesekali bunyi hon dipetik, menyapa tetangga di persimpangan...



Pemiliknya juga tak perlu teori-teori pendidikan setebal "kamus dewan", tak perlu diploma, ijazah, master dan PhD untuk mentarbiah anak mengenal dunia...mengenal yang mana haram dan yang mana halal. Pemiliknya hanya tahu...biar anak ke sekolah mendapat pendidikan...bagi anak-anak pandai tulis dan baca..tambah dan tolak...itu semua dek kerana tidak mahu lagi melihat darah dagingnya mewarisi kesusahan lalu.

Dengan kapcai ini, membesarkan sekian bilangan pewarisnya yang berjaya...kapcai ini tidak pernah menjengah pintu univerisiti, tidak tahu di mana kolej dan fakulti. Walaupun begitu, pemiliknya sentiasa menanti lahirnya suatu masa nanti manusia berbudi pekerti. Bukan tinggi diri dan sombong hanyut dalam duniawi. Generasi kini berkereta besar, berumah bak istana masih gagal mendidik anak apa erti sembahyang lima waktu mengabdirikan diri....terus mengejar projek itu dan ini. Pemilik kapcai buruk jauh lebih gemilang, mereka jauh lebih mengerti...


Kadang-kadang kapcai ini meragam di tengah perjuangan, bertompok karat menghiasi badan. Tidak putus meradung cabaran yang mendatang. Generasi sekarang kian senang, punya harta dan wang. Tapi belum tentu punya semangat dan cekal berdiri segagah pemiliknya kapcai Honda bulat yang utuh puluhan tahun dengan pendirian dan azam.

9.11.13

Kisah Si Tukang Kasut


(Gambar hiasan)

Salam untuk semua,moga dirahmati

Dua tiga hari lepas aku singgah baiki kasut kerja...biasalah dah lama pakai mula haus tapak. Sambil lepak menanti pak cik tukang kasut siapkan, aku bual kosong dengan pak cik tu. Pak cik tu berasal daripada Sumatera, Indonesia. Difahamkan dia dah menetap di Malaysia lebih kurang 30 tahun dah...semua anak2nya lahir di Malaysia. Begitulah lebih kurang kisah ringkasnya...aku cuma menung terasa asyik dengan kecekapannya bertukang walau usia sudah mencecah 60 tahun.

18.9.13

Foto.Inspirasi #4 | Pelajar Sekolah Pondok


Lokasi: Mahaad Darul Hadis PAKSI, Kedah
Pusat pengajian hadis bersanad, dan hafalan Quran.
Terkenal dengan kumpulan Qasidah Darul Hadis (Youtube)
Program: Jamuan Hari Raya 2013


Dulu, yang mengaji pondok/agama dilabel "kelas rendah", malah dinilai produk sekolah pondok tidak akan ke mana2, tiada masa depan cerah. Sekarang, menjadi pilihan alternatif utama ibu bapa kerana mengaji aliran biasa sudah banyak produk "pelik-pelik" yang ada. Jadi, yang masih punya anak-anak, punya cucu, masih berpeluang melorongkan pendidikan mereka ke arah alim agama. Dalam keluarga tak kan tiada sorang pun yang boleh jadi "IMAM"? =)

25.6.13

Bunga + Wanita (Foto)




Wanita
kiasaannya ibarat bunga
cantik rupawan pada mata
segalanya hanya sementara

Yang terus kekal menjadi idaman jejaka
hanyalah wanita yang mulia akhlaknya
akhlak wanita seindah bunga
siraminya dengan iman dan takwa

13.6.13

Memori Pernikahan dan Majlis Perkahwinan Azhan + Hanisah (Gambar)



 

Salam untuk semua, moga dirahmati

Alhamdulillah, majlis pernikahan dan perkahwinan aku selesai baik pada cuti sekolah baru ni. Aku mewakili isteri, Puan Hanisah Harun sekadar ingin kongsikan beberapa memori dan kenangan sebagai tanda terima kasih dan penghargaan kami kepada semua yang menjayakan majlis kami sejak mula hingga akhir. Allah jua selayaknya merahmati kalian.

14.5.13

Kuala Lumpur Dibicarakan | Ibu Negara Untuk Semua?

 
Lokasi: Pasar Seni, Kuala Lumpur


Salam untuk semua,moga dirahmati

Kuala Lumpur. Ibu kota Malaysia tempat tumpuan, gahnya umpama di sini tempat segala lubuk emas dan berlian...dusta, nista malah kadang2 itu propaganda generasi silam. Beberapa waktu dijalanan, banyak aku belajar, erti pengorbanan manusia anak watan yang tiada jawatan. Siapa yang pedulikan? Nasib kurang baik terpaksa gulung tikar, bergegas mencari lubang dek serbuan pihak berkuasa tempatan.

Usia aku membesar di sini hampir mencecah 7 tahun, tidaklah terlalu matang menilai sejarah dan kehidupan kota metropolitan. Benarlah jolokan ibu negera, era dahulu mungkin pusat Malaysia kini agak akrab jika labelnya untuk ibu negara sekalian manusia. Bangla, Indonesia, Nepal, Myanmar, Vietnam, Sri Lanka sesekali muncul negro berkulit hitam...anak watan jarang-jarang muncul, lebih rela memerap diri di kediaman.

Kenang 4 tahun lalu kisah hitam aku ditipu manusia di kota, walaupun niat awal menolong dan membantu namun hangus ratusan ringgit duit itu untuk dibuat belanja pengajian...berapa kerat sangat yang pedulikan niat murni, yang menanti banyak syaitan bertopeng manusia...selamat? Wallahu'alam.

Kuala Lumpur. Anak watan hanya idamkan ibu negara Malaysia! Aku tidak pasti di mana pengakhiran.

12.5.13

Penjual Buah Berangan VS Menteri..?


Salam untuk semua, moga dirahmati

Abg penjual buah berangan ni aku shoot waktu meronda-ronda Pekan Rabu, Alor Star. Memang nampak cool abg ni! ala2 pelakon "Patah Seribu".haha. Berniaga gerai kecil pada pandangan materialistik manusia memang tak popular, yang paling penting bekerja bertujuan menjunjung amanah membawa balik rezeki yang halal dan baik untuk keluarga.

Kerja besar, jadi menteri sekalipun kalau tak amanah, makan rasuah, curi harta rakyat, salah guna wang kerajaan untuk kepentingan peribadi, kronisme...nampak popular, senang lenang dalam bilik berhawa dingin...sejuk dan nyaman...ingat! di dunia memang sejuk..akhirat belum pasti, apakah akan dilayan dengan kepanasan yang mampu menggelegak kepala otak! Na'uzubillah.

Siapa lebih mulia? Pak Menteri atau penjual buah berangan? Yang mulia, yang amanah dan menjaga syariat seorang Muslim semasa bekerja, kerja "lebih pulun" jangan sampai tak solat, solat "lebih khusyuk" jangan sampai lalai dengan amanh manusia.

Moga Allah luaskan rezeki buat abang penjual buah berangan ini...sahabat2 yang ada singgah Pekan Rabu, Alor Staq jangan lupa singgah2 mai gerai abang ni...gerai dia terletak bertentangan dengan komplek Pekan Rabu di seberang jalan...mai pekena dulu. Rindu aku nak balik kg ni...

29.9.12

Raudhah Di Hatiku TV9, Masjid Al-Falah USJ9 (Gambar)

 

Salam untuk semua, moga dirahmati

Hujung minggu ni aku habis masa di Masjid Al Falah, program Raudhah Di Hatiku TV9. Pogram yang sangat menarik! Jadual padat dengan pengisian ilmu dan hiburan santai, yang punya anak2 kecil sesuai sangat menghabiskan hujung minggu dengan program ni. Kebetulan aku sampai, Upin Ipin beraksi beraksi bersama kanak-kanak...haha. Pertama kali aku tengok maskot dua animasi tempatan paling top. Tak teruja pun, cuma seronok.haha.

Pengalaman menarik semalam, sempat bertegur sapa dengan bekas CEO Proton, Dato' Syed Zainal merangkap Tuan Nazir Masjid Al-Falah...ahli korporat yang "Islamik". Tahniah untuk TV9, perbanyakkan program hiburan santai secara sihat begini, berseronok sambil menadah ilmu.Tahniah juga untuk Masjid Al Falah USJ9, sentiasa aktif dan kehadapan dalam melaksanakan program keagamaan. Moga kalian dirahmati.

9.9.12

Program "Ustaz Sayang Anda" (GAMBAR MENARIK)


http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/563053_444495485593605_1757725184_n.jpg

Salam untuk semua, moga Allah rahmati

Alhamdulillah, semalam aku, Anwar (adik) dan Sufi berkesempatan menghadiri program Ustaz Sayang Anda di Stadium MBPJ, Petaling Jaya. Program yang santai dengan iringan hiburan nasyid yang menyegarkan. Program yang berlangsung dengan menjemput barisan para ulama menyampaikan bingkisan pengalaman mereka dalam dakwah.

5.8.12

Aku dan Fotografi | DSLR CANON 650D

 
tasik Putrajaya

Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA

Sebulan yang lepas, aku dah beli sebuah kamera DSLR...mungkin 3 -4 tahun lepas sejak bermula blog ni memang sudah terdetik untuk mendapatkan satu...waktu tu zaman belajar, kekangan duit memang tak mampu lah aku nak beli kamera harganya mencecah ribuan ringgit. Selain menulis, aku rasa gambar mampu menjadi inspirasi kepada pembaca untuk menangkap mesej.

 Hujung minggu baru2 ni terawih dan berbuka di Masjid Putra

Kesilapan awal kerana aku tak survey dulu, tak buat perbandingan model apa dan yang mana ok..harga yang sesuai, bukan nak jadi pro fotografi pun...sekadar suka2 ja.haha..hari nak beli baru aku survey2....tanya orang yang otai2 tentang kamera...asalnya Nikon D90 menjadi pilihan tetapi tak banyak kedai yang ada model ni...model agak lama...dan tauke2 kedai pun majoriti tak sarankan aku beli.


Ok la..makin pening aku nak memilih...sebelum ni pun aku banyak main curi2 model Nikon saja...pinjam dari kawan2...tup3...CANON 650D yang menjadi rezeki. Model yang baru...aku sendiri memang tak pernah cuba langsung apa2 lagi model CANON DSLR...ya la...beginnner macam aku ni memang takut juga...takut salah beli rugi pula. Apa pun sepanjang sebulan ni, sangat berpuas hati. Alhamdulillah. Mudah guna dan gambar cantik!
Apa sahaja kita beli dan usahakan biar menyumbangkan untuk Islam, paling tidak pun untuk diri supaya Allah redha...kalau tidak sia-sia belaka rezeki yang Allah bagi...jangan kufur nikmat yo...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...