16.1.14
Buat Baik Dibalas Baik, Akhlak Mulia Peniaga Jelly Kelapa
1.12.13
Kisah Aku Zaman Kanak-kanak dulu | Kenapa Makin Maju Makin Tak Selamat?
Salam untuk semua,
9.11.13
Kisah Si Tukang Kasut
30.10.13
Kisah Pemandu Teksi...

Salam untuk semua, moga Allah rahmati
2.10.13
Masih berpantun "Malaysia Aman.."
Salam untuk semua,
8.9.13
Kisah Si Pemengut Kotak
5.9.13
"Saya bukan datang beli minyak, datang pun jalan kaki..."
Salam untuk semua,
26.8.13
"Saya bukan Penjenayah, Peragut, Pencuri..."
25.8.13
Apabila Nasi Lemak Juga Berunsur Freemason + Iluminiti...Boikot?
24.8.13
"Saya kurang wang, saya ada tangan, kaki, mata, boleh cakap, boleh dengar...."
23.8.13
Kisah Tauladan Keluarga | "Mak dah penat sepanjang hari kerja..."
Mak saya suka memasak tapi mak bukan seorang suri rumah, mak seorang engineer. Ada satu malam, mak balik sangat kepenatan tapi masih perlu memasak untuk saya dan abah.
Mak hanya mampu masak ayam kunyit, sayur kailan ikan masin dan nasi. 3 hidangan itu diletakkan di meja makan di mana ayah duduk goyang kaki menunggu makan.
18.8.13
Kisah BENAR Memilukan Seorang Rakyat MESIR Mencari Jenazah Bapa
Sesungguhnya bilangan para jenazah terlampau tinggi, dan para jenazah ini telah dibahagikan ke banyak hospital, kami yang ingin mencari jenazah Ayah terdiri daripada saya, Umar, Dr Ahmad kawan ayah saya dan Rasya sahabat kami, kami tidak tahu bagaimana mahu memulakan pencarian kecuali dengan mengagihkan setiap seorang ke satu tempat.
25.6.13
Cerita Antara Messi dan But "Toyu"
20.5.13
Bersediakah Untuk Tua? | Ziarah Tok Ngah
15.5.13
Selamat Hari Guru | "Ini pula hadiah dari saya..."
Awal-awal pagi, seorang guru melangkah bersemangat sambil melewati beberapa rumput hijau yang memagari sekitar bangunan sekolah. Tanggal 16 Mei sentiasa dinantikan oleh para pendidik kerana hari itu istimewa buat mereka. Murid yang nakal, kembali bersopan menyantuni para gurunya, begitulah kebiasaan kisah pada tarikh keramat itu."Cikgu, ni hadiah untuk cikgu." Seorang murid menghulurkan seperca kain batik terpakai.
"Ini pula hadiah dari saya..." ujar yang lain. Murid lelaki berambut kerinting, berbaju kusam membalut sebatang pensel yang telah diguna dengan beberapa helai daun-daun hutan lalu dihulurkan penuh bangga kepada gurunya.
"Sekejap, saya pun ada hadiah untuk cikgu." Seorang murid perempuan berambut panjang menarik sesuatu dari koceknya. Dikeluarkannya gulungan buku kecil terpakai. Tak kurang murid lain turut manfaatkan hari istimewa buat guru."Kami ucapkan Selamat Hari Guru." Laungan bersama sekumpulan murid berketurunan anak orang asli di pedalaman negeri Sarawak.
12.3.13
"Saya ni pernah ambil Dadah la ya...?"
"Jarum suntikan ini digunakan oleh orang yang ambil dadah" cikgu mula menjelaskan.
20.1.13
Mak Cik Tua, penjual kerepek di tengah malam
17.4.12
Kisah Seorang Bapa Menyambut Kepulangan Anak
Beberapa hari lepas aku bertugas di sekolah semasa waktu murid-murid selesai sesi persekolahan...aku hanya terpacak sahaja di tepi pagar memantau keselamatan murid keluar masuk sambil dijemput oleh ibu bapa masing2...yang datang semua berkereta besar...yang paling kaya aku tengok datang dengan berkereta Hummer...kalau langgar motorsikal aku pun boleh hancur...satu2nya guru bermotorsikal di sini...hehe
Cuaca petang sekitar jam 1.45 petang memang sangat terik...aku diteduhi bumbung bersebalahan pagar sekolah...sambil mata tak putus melihat gelagat2 ibu bapa yang menjemput...tertarik aku dengan seorang "uncle"...dia datang dengan motorsikal...siap sedia menunggu di depan pagar menanti anaknya...aku hanya memerhati...jarang2 la ibu bapa SJK datang dengan motorsikal...depa ni kaya raya...
4.1.12
Cerita Orang Kampung Kita...[Part 9] | Suara Anak Muda!
Kedai kopi Pak Mail tidak putus pengunjung saban tahun sejak dibukanya di awal usia muda dulu. Ketika itu kedai tidak lagi beratap genting, dahulu nipah menjadi teduhan tetamu. Dinding buluh sudah lama digantinya batu bata yang kukuh. Perkampungan nelayan menggamit suasana pemandangan laut yang cantik, sesekali ombak bergelora tinggi mengimbau kenangan mudanya bertarung nyawa di laut.
“Assalamualaikum Pak Mail….” Badek tiba-tiba muncul melenyapkan lamunan Pak Mail.
“Menung panjang tu Pak Mail…fikir apa tu…?” terjah Badek lalu melabuhkan punggung di hadapan Pak Mail.
“Wa’alaikumusalam… tak dak apa lah. Saja tengok ombak. Kadang-kadang surut hingga ke tengah laut. Ada waktu pasang memecah pantai.” Pak Mail perlahan-lahan bertutur, matanya masih mengikut irama ombak yang bermain mencuit usia senjanya.
“Budak orang suruh hantar mengaji kau dok buat kacau bilau…itu lah susah…” tanpa salam Botak serbu masuk ke kedai. Wajahnya merah menyala.
“Apa hal kau ni Botak…? Kena sampuk hantu raya ka?” Pak Mail pelik melihat gelagatnya. Botak mengambil tempat di sisi Badek.
“Mak Siti…teh ‘O’ panas satu….” Laung Botak kepada Mak Siti yang masih memasak sesuatu di dapur.
“Alah…! Pak Mail ni…ketinggalan lah. Ni kes budak universiti buat kacau…dah kena pukul marah pula…” Botak mula membuka cerita yang sudah lama diperamnya.
“Biarkan saja…! Dah kena pukul insaflah budak2 tu nanti…” sambung Botak lagi. Pak Mail diam membisu. Membiarkan sahaja Botak melepaskan amarahnya.
“Masa depan pun belum tentu…nak memberontak pula…” Badek kawan Botak yang setia menyokong apa sahaja.
“Sebut tentang orang muda yang belajar tinggi ni…aku teringat zaman kita nak merdeka dulu…” Pak Mail kembali merenung pantai seperti mencari sesuatu.
“Orang muda yang mengaji tinggi balik dari Mesir dan tak kurang yang mengaji di negara orang putih…mereka balik bawa pembaharuan kepada rakyat Tanah Melayu…” Sesekali angin pantai bertiup membawa ketenteraman kepada mereka.
“Waktu orang kampung susah dengan harga getah sekitar tahun 70’an…orang muda juga turun menuntut hak orang kampung yang miskin. Aku rasa waktu tu ramai kena tangkap budak-budak mengaji universiti ni…sekarang ramai jadi pemimpin negara…” Lembut tutur kata Pak Mail, kelembutan yang penuh berbudi.
“Mungkin kalau bukan orang muda yang mengaji tinggi…kita tidak duduk bersama menghirup udara nyaman pantai…entah aku hidup atau tidak. Orang kampung mungkin terus menjamah ubi kayu rebus…” sambung Pak Mail lagi.
“Tapi ikut sangat darah muda tu…nak memberontak saja!” Botak masih tidak puas hati.
“Kalau bukan suara anak muda yang memberontak…tidak sedar orang kampung tentang kezaliman penjajahan.” Pak Mail menyambut.
29.12.11
Si Tua Akhiri Usia Yang Memilukan | Nasib Dihari Tua
Salam untuk semua, moga dirahmati
Lama benar tak bercerita dan berkongsi sesuatu…aku nak bercerita satu kisah yang dilalui dua minggu lepas…kisahnya bermula di kampung halaman di sebuah daerah jauh nun di sana. (tempat dirahsiakan…hehe)
Aku balik ke kampung ketika tu atas sebuah urusan…aku sekadar menemani mak dan bapa saudara aku saja…dalam sibuk2 berurusan aku dan bapa saudara berjalan kaki ke suatu arah…terpandang dari sebelah kanan seorang lelaki tua terjatuh atas ban(jalan kecik) bendang…di sisinya sebuah basikal tua sambil terikat kemas bungkusan makanan dan minuman…
“La…Pak Lang (bukan nama sebenar) dari mana ni….orang lain dah pesan jangan keluar sorang2 macam ni…tengah matahari rembang panas lagi…” Lebih kurang macam tu nasihat Bapa Saudara aku…aku diam sekadar menolong menongkat semula basikal tuanya…aku lihat kepala dan tapak tangannya berdarah…tidak kurang bau pakaian yang entah berapa lama tidak ditukar…Pak Lang kelihatan tidak terurus…wajahnya malu sebenarnya…tetapi cuba melemparkan senyuman dan berkata sesuatu.
Aku difahamkan Pak Lang berusia lingkungan 70 tahun ke atas…Bapa Saudara aku membiarkan seketika Pak Lang mengambil hela nafas…Pak Lang tercungap2 penat disamping menahan darah yang mengalir…dipapahnya supaya berdiri…Pak Lang sebenarnya tidak punya kudrat lagi untuk berjalan…manakan tidak tenaganya sekadar mampu menggerakkan setapak2 langkah… aku sendiri hairan sejak pukul berapa Pak Lang keluar rumah untuk membeli sarapan kerana ketika itu jam sudah menghampiri 12 tengah hari…melihat kudrat tuanya lagi….
Bapa Saudara aku terpaksa meminjamkan kereta sorong tetangga kampung yang terdekat untuk mengantar Pak Lang pulang ke rumah…aku sendiri tak sampai hati nak bawa pakai kereta sorong…keadaan terpaksa….jarak lebih kurang seratus meter dari ban bendang tersebut. Untuk memapahnya berjalan mungkin Pak Lang sendiri tidak berdaya lagi…
Berhenti kereta sorong di hadapan sebuah rumah usang…seperti rumah tinggalan orang sejak 5 tahun…buruk…semak samun ditumbuhi lalang…kelihatan bertaburan plastik2 sampah…sisa makanan yang tidak dibuang di atas lantai rumah…bau tidak terkata lagi…aku memapah Pak Lang hingga ke kerusi malas yang dilapik sebuah bantal buruk…”Kenapa nasibnya sebegini….? Biar betul pak cik ni dok rumah ni….?” aku tertanya2 sendirian…aku sendiri pertama kali bertemu Pak Lang.
“Nasib hari tua tiada siapa yang tahu…Pak Lang anak ramai…tapi sorang pun tak ambik peduli…ada la yang balik jenguk…semingu dua minggu sekali macam tu…” Bebel Bapa Saudara aku semasa berjalan pulang…aku diam sahaja…sangat simpati…entah siapa peduli mandi pakai Pak Lang seharian. Apa nasib hari tua kita nanti akan dikelilingi riuh rendah anak cucu atau sendirian menunggu mati?
“Bukan untuk mengaibkan…tapi waktu muda jagalah hubungan tetangga dengan baik…yang paling penting hubungan kita dengan Allah…” Bapa Saudara aku terus menambah lagi…mungkin Pak Lang ada sejarah kurang baik ketika muda dahulu…aku tidak bersoal lagi…cuba memahami perkara yang dimaksudkan. Kasih Allah menasihati diri melalui insan yang lalu…moga Pak Lang diampunkan dosa dan dirahmati-NYA. Sebelum keluar dari rumah buruk Pak Lang…aku terpandang ditangannya masih digenggam tasbih…