Agak lama aku tak update blog ni. Dah lama tak menulis, agak beku rasa kepala ni untuk menggarap idea-idea menulis. Ingin aku kongsikan kisah yang mungkin memberikan satu pengajaran. Hal ini berlaku masa aku balik dari surau menghadiri satu majlis ilmu. Kalau ada program2 agama biasanya banyaklah jualan-jualan di sekitar masjid/surau...bermula dengan pakaian hingga ke pelbagai jenis makanan.
Dalam banyak gerai tu, aku cuma tertarik dengan sebuah bekas anyaman rotan bertingkat....apa tu? Kuih Pau! haha. aku bungkus tiga biji untuk aku , mak dan ayah. Lepas kuih pau, aku ke sebuah motorsikal yang menjual jelly kelapa...bekasnya lebih kurang dadih tu. Sebelum beli aku beberapa kali memandang motorsikal abang penjual tu...agak buruk dan daif. Motor yang terpaksa di ubah suai untuk diletakkan sebuah tong besar di belakang agak menyukarkan.
Niat awal aku cuma nak beli 2 bekas ja...saja nak rasa ja, kongsi2 dengan mak ayah aku. Aku pun mintaklah dua bekas kat abang tu. Sementara abang tu bungkuskan, aku memadangnya lagi, cukup tertib dan wajahnya gambaran kecekalannya mencari rezeki. Terlintas di hati doakannya..."Ya Allah, murahkan rezeki abang ni, lapangkan urusan rezekinya..."
Aku hanya memikirkan kecekalannya mencari rezeki untuk ahli keluarganya. Begitulah juga kerap kali apabila bertemu orang yang kurang kemampuan, nak latih hati aku supaya terus mendoakan mereka. Aku pun teruk juga, banyak juga masalahnya...cuma dengan sedikit harapan apabila kita rajin mendoakan kebaikan orang, malaikat-malaikat turut mendoakan kita. Hanya dengan lintasan doa di hati, tak perlu mengeluarkan sesen wang, atau berpeluh tenaga cuma sedikit simpati dengan doa.
Beberapa minit lepas tu abang tu hulurkan plastik, aku pun buka plastik sambil aku tengok dalam plastik tu ada 3 bekas....aku cuma nak beli 2 bekas saja. Lagipun aku cuma bayar RM2. Aku pun nak pulangkan satu bekas, atau nak bayarkan saja untuk 1 bekas lebih tu. Abang tu cuma senyum saja... "Ambiklah, saja bagi lebih 1 bekas. Kita selalu kena bisikkan di hati untuk buat kebaikan. Rezeki Allah bagi..." Allahuakbar!
Terkesima aku...aku hanya mampu tersenyum sambil ucap terima kasih, indahnya akhlak seorang penjual. Walaupun kelihatan serba kekurangan, tidak menghalangnya untuk membuat kebajikan kepada orang lain. Tawakal, berserah hati tinggi kepada kurniaan rezeki Allah....kalaulah sekian penjual dan peniaga berhati begini tidaklah berlaku penipuan barang, jual barang rosak, tipu pelanggan, malah akhlak baik menjadikan lagi rezeki penuh berkat!
Benarlah, buat baik akan dibalas baik. Tak di dunia di akhirat. Aku cuma terlintas mendoakan, si peniaga turut nak buat kebajikan pula. Walaupun hanya hal yang kecil, aku merasakan satu pengajaran bahawa kita jangan "kedekut" hati untuk mendoakan sesiapa sahaja ditimpa musibah, janganlah dicela, latihlah hati bersangka baik....buanglah sikap-sikap hati yang memakan pahala kebajikan seperti "bara memakan tunggul api."
good sharing..
ReplyDeletenak latih hati jugak..supaya tidak berburuk sangka dan sentiasa mendoakan org lain..