Pages - Menu

Showing posts with label Dunia. Show all posts
Showing posts with label Dunia. Show all posts

26.8.13

Canadians React to Chemical Massacre in Syria Video.



Syria! Rakyat Canada turut menitiskan air mata. Simpati atas kemanusiaan.

Video Si Anak Kecil Syria Yang Meruntun Jiwa



Syria...! si kecil comel ini mewakili suara rakyat Syria yang disembelih habis2 oleh Bashar Assad laknatullah...menitis air mata aku...Allahuakbar! Jika sehari-hari berlalu tanpa kita memikirkan nasib teman-teman di sana, malang. Teruskan doa dan menyalurkan sumbangan.

21.8.13

(Video) "Maut untuk Mursi, Maut untuk Yusuf Qaradhawi" Amaran Syiah.



Salam untuk semua,

Aku kongsikan video Kejahatan Syiah yang jelas terang nyata menentang Dr Muhammad Mursi, Dr Yusuf Qaradhawi dan sesiapa sahaja musuh menentang Syiah. Sebelum ini mungkin Syiah lebih banyak dikaitkan dengan Konflik Syria, sekarang terang bersuluh Syiah juga menjadi dalang kejatuhan Mursi, Kerajaan yang sah di Mesir.

16.8.13

Rumusan Ikhwan Muslimin terhadap Isu Terkini MESIR



[Rumusan Risalah Mursyidul Am lkhwan Muslimin Berkaitan Isu Semasa Mesir]

Risalah bertajuk 'Sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mengawasi' (إنَّ رَبَّكَ لَبِالْمِرْصَادِ) 


1. Murshid melahirkan rasa penuh hiba dan sedih dengan pembunuhan beramai-ramai pada 14 Ogos 2013 setelah 50 hari peserta pro demokrasi berhimpun dengan aman dan penuh adab.

22.10.11

Detik Akhir Sebelum Kematian Muammar Gadafi (VIDEO)

Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA

Aku sempat tengok dua video detik2 akhir sebelum kematian Muammar Gadafi.

  • Dia ditangkap oleh rakyatnya sendiri dengan hina, tanda kemenangan besar mereka menjatuhkan rejim yang zalim.
  • Aku juga sangat bersimpati apabila lihat gelagat mereka mengusungnya tanpa ada belas kasihan sebagai seorang yang tua. Tapi apa kan daya hukuman kesilapan lalu…
  • Tempat kematian yang hina, diletakkan di pasar tanpa dipedulikan.
  • Pengajaran, yang berkuasa belum tentu pergi dengan mulia dan dikenangi sebagai wira. Tak mustahil akan dilatu dan caci hina angkara kezaliman kita.

 

4.5.11

Kebanggaan Obama Membunuh Adalah Satu Kebodohan Sebagai Pemimpin


Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA =)

Tindakan Obama mengumumkan bahawa Osama Bin Laden telah berjaya dibunuh mungkin difikirkannya sebagai satu kebanggaan kepada keamaan dunia. Tetapi berbeza dengan beberapa orang tokoh dan pengamal undang2 terkenal menyifatkan tindakan US adalah keterlaluan dan bodoh. US merasakan merekalah raja dalam menentukan pergerakan manusia di dunia ni. Tidak habis dikritik dengan penipuan gambar dan jenazah Osama yang disemadikan di laut, Obama akan terus dilihat sebagai pewaris legasi ZALIM G.W Bush!

Petikan berita

Pembunuhan Osama yang tidak bersenjata adalah melampaui batas dan AS bertindak seperti polis, hakim dan pelaksana hukuman mati ke atas orang paling dikehendaki di dunia itu. Schmidt memberitahu televisyen Jerman, operasi pasukan SEAL tentera laut AS itu juga boleh mendatangkan kesan tidak dijangka di dunia Arab yang kini dilanda pergolakan.

Pandangannya disokong oleh peguam hak asasi manusia Australia, Geoffrey Robertson. "Tindakan AS bukan keadilan, tetapi memutarbelitkan istilah itu, kerana keadilan bermakna membawa orang ke mahkamah, mendapati mereka bersalah berdasarkan bukti dan menjatuhkan hukuman ke atas mereka," kata Robertson kepada televisyen Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) dari London.

Pakar undang-undang antarabangsa berpejabat di Belanda, Gert-Jan Knoops pula berkata, Osama sepatutnya ditangkap dan diekstradisi ke AS. "Pihak Amerika berkata mereka memerangi keganasan dan boleh membunuh musuh mereka di medan perang, tetapi hujah itu sebenarnya tidak dapat dipertahankan," katanya.

Seorang ulama kanan di New Delhi, Syed Ahmed Bukhari, askar AS sepatutnya boleh menangkap Osama dengan mudah. "Amerika menggalakkan hukum rimba di mana-mana sahaja, sama ada di Afghanistan, Iraq, Pakistan atau Libya. Orang sudah lama membisu tetapi kini segala batas telah dilanggar," katanya. - Reuters

2.5.11

Obama Tipu Satu Dunia Tentang Kematian Osama Laden?


Well, I am no expert, but it looks to me from the date stamps on this web page like the picture blasted all over Pakistan TV of the 'Osama' that was killed today ...

... might be a photo that was floating around the internet for the last few months!

And it appears to be photoshopped!

There are other signs of photoshop as well, such as blurred edges on the beard and an obvious difference in sharpness between the eyes and the mouth, It looks like someone took a dead body and pasted the real Obama's mouth onto it to make it look more like him.


Did Obama just fall for a dirty trick by Pakistan's ISI? Inquiring minds want to know! :)

http://whatreallyhappened.com/

1.5.11

Al-Fatihah: Osama Bin Laden Meninggal Dunia, Disahkan Oleh Obama (Video & Gambar)


Musuh nombor satu Amerika Syarikat, Osama Laden meninggal dunia dan pengumuman rasmi berhubung perkara itu akan dibuat tidak berapa lama lagi oleh Presiden Barack Obama.

Wartawan Al Jazeera di Kabul berkata, pihak berkuasa Afghanistan mengesahkan kematian pemimpin Al Qaeda itu dan mayat Osama kini berada dalam tangan Amerika Syarikat. Bagaimanapun, tidak dapat disahkan bahawa allahyarham dibunuh di Afghanistan atau Pakistan.

Osama, hartawan kelahiran Arab Saudi itu menjadi buruan Amerika Syarikat apabila dikatakan terlibat dalam perjuangan bersenjata di seluruh dunia. Antaranya, deliau dilaporkan sebagai pihak di belakang serangan 11 September ke atas negara kuasa besar dunia itu.


24.4.11

Mavi Marmara II, 1000 Orang Aktivis Akan Terlibat! Israel Tidak Senang Duduk Dah..

NEW YORK: Israel memberi amaran kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak akan membenarkan flotila kedua masuk ke Gaza dengan menuduh penganjurnya ada hubungan dengan Hamas dan organisasi pengganas yang lain. 

Armada kapal pengangkut bantuan baru dirancang masuk ke Gaza pada Mei depan, setahun selepas komando Israel menyerbu kapal Turki, Mavi Marmara, menyebabkan beberapa aktivis maut. Flotila baru yang dirancang masuk ke Gaza dijangka lebih besar dengan 15 kapal yang membawa 1,000 orang bagi merempuh sekatan laut Israel di wilayah Palestin.

Ahli lembaga IHH, Huseyin Oruc memberitahu agensi berita bahawa ketika ini aktivis dari lebih 20 negara berminat menyertai flotila itu. Beliau berkata, aktivis yang berminat menyertai misi itu adalah dari Sepanyol, Perancis, Itali, Amerika Syarikat, Britain, Kanada, Norway, Sweden, Ireland, Malaysia dan beberapa negara Teluk yang lain. Ketika bercakap kepada PBB, Duta Israel ke PBB, Meron Reuben berkata: “Ramai peserta yang terbabit dengan rancangan flotila ini membuat kenyataan yang menyusahkan dengan meluahkan kerelaan mereka untuk mati syahid dalam usaha ini,” dakwa Reuben.

Beliau juga menuduh penganjur flotila melakukan provokasi politik dan menghantar bantuan kemanusiaan bukan isu sebenar. Oleh itu, katanya, Israel bertekad untuk menguatkuasa sekatan laut bagi Gaza dan ‘menghentikan lebih ramai pengganas daripada memasuki kawasan itu’.Amerika Syarikat menyokong kenyataan Reuben dengan Duta Amerika Syarikat ke PBB, Susan Rice berkata:

“Ada cara lain untuk menghantar bantuan ke Gaza dan tiada justifikasi untuk berlayar terus ke Gaza,” katanya. Duta Jerman, Peter Witting menyatakan sentimen serupa pada mesyuarat itu dan memberi amaran kemasukan flotila itu akan membuka peluang menaikkan ketegangan di Gaza. “Kita minta organisasi terbabit mencari jalan lain untuk menghantar bantuan kepada penduduk Gaza,” kata Witing. – Agensi

Malam ni ada Gig For GAZA di Putrajaya, insyaAllah ada masa sampai lah sana, jom kita meriahkan!

13.4.11

[Video] Aksi Presiden Czechoslovakia mencuri ballpen milik Istana Presiden Chile

 

Presiden Republik Czechoslovakia , Vaclav Klaus, didapati mengambil ballpen milik Istana Presiden Chile ketika berkunjung ke negeri Amerika Latin itu. Menariknya, aksi Klaus itu ibarat dia sedang mencuri sesuatu, kerana dilakukan diam-diam.

Rakaman aksi Klaus tersebut dipublikasikan ke laman jejaring sosial YouTube dan pengunjung ke akses rakaman itu terus bertambah. Dalam bahasa Inggris rakaman itu berjudul "President of Czech Republic steals pen."

Selama beraksi, Klaus selalu tersenyum di depan hadirin, seolah tidak ada sesuatu yang istimewa. Kotak ballpen yang sudah kosong itu dia tutup lagi. Ballpen itu istimewa, terbuat dari batu lapis lazuli khas Cile. "Itu bukan sembarang ballpen, tapi pena stylus," kata Klaus Selasa lalu, seperti dikutip harian The Guardian.

Juru bicara kepresidenan Czechoslovakia , Radim Ochvat mengatakan bahawa ballpen khas itu memang disediakan khusus untuk tamu negara Chile. Juru bicara presiden Chile, Constanza Cea, juga membenarkan bahawa tamu presiden boleh mengambilnya tanpa harus minta izin tuan rumah.
 
Azhan: Sekali kantoi baik punya.hehe. Apa punya pemimpin la...depan kamera pun berani curi, belakang kamera mesti lagi2...nasib baik pemimpin negara kita baik2 belaka, tak pernah men"curi"2 macam ni... 

12.4.11

Israel Bagi Amaran Kepada Misi Mavi Marmalla II



PM Yahudi Netanyahu telah bagi warning pada NGO dan aktivis-aktivis dari lebih 25 buah negara agar tak meneruskan misi flotilla kemanusian ke Gaza. Ini merupakan misi kedua Mavi Marmara setelah misi sebelumnya pada bulan Februari 2010 diserang oleh komando Yahudi yang mengakibatkan 9 orang aktivis Turki terbunuh termasuk sorang rakyat US keturunan Turki.

Netanyahu berucap kepada ketua-ketua misi EU di Jurusalem dan menegaskan flotilla baru ni "mesti dihalang" demi kepentingan Israel dan Eropah. Beliau mendakwa bahawa misi ini merupakan satu cubaan provokasi yang akan dilancarkan pada bulan Mei atau Jun, dan akan menimbulkan suasana genting di Timur Tengah.

Wakil-wakil dari 25 buah negara akan mencuba misi flotilla kedua ini pada bulan Mei bagi memperingati ulang tahun peristiwa berdarah dalam misi flotilla pertama dulu, di mana ianya telah dihalang oleh komando Yahudi lahanat. Pertubuhan bantuan Islam Turki, atau iHH, baru-baru ini mengumumkan ia sedang membuat persedian untuk melancarkan satu flotilla bantuan yang baru ke Gaza. Semenanjung Gaza mengalami sekatan sejak 2006 oleh regim Yahusi setelah seorang askar Yahudi ditawan militan Palestin.

Yahudi mengetatkan lagi impot dan ekspot setahun kemudian bila Hamas memperolehi kuasa dan mentadbir kawasan yang didiami 1.5 juta penduduk, menendang keluar para penyokong Mahmoud Abbas.



Azhan: Amaran? puak2 yahudi laknat ni penakut juga sebenarnya...mungkin Iran dan Turki boleh main peranan penting dalam membawa armada laut mengiringi misi Mavi Marmala II.



Benjamin Netanyahu...memang laknat!

12.3.11

Gempa dan Tsunami Jepun, Gambar Menarik!

Salam untuk semua, moga dirahmati ('',)

Jom layan gambar di bawah sebagai pengajaran pada kita yang sentiasa riang dan tersenyum. Jepun yang gah dengan teknologi pun tidak mampu menyekat apa yang telah ditakdirkan oleh Allah. Apakah manusia masih terus nak sombong dan bongkak dengan apa yang ada pada nya? Moga semua dirahmati ('',)

Gambar gempa dan Tsunami dijepun

Gambar gempa dan Tsunami dijepun

Gambar gempa dan Tsunami dijepun

24.2.11

Krisis Libya: 2000 Orang Dibunuh Oleh Gaddafi!

 Keluarga Muammar Gaddafi

Gaddafi izin tentera tembak sesuka hati

PARIS: Seramai 2,000 orang terbunuh di Libya selepas pemimpinnya, Muammar Gaddafi mengizinkan anggota keselamatan mengganas bagi menghentikan protes antipemerintah, kata seorang menteri kanan Itali dan bekas pegawai kanan Tripoli.

Ini didedahkan oleh duta hak asasi Perancis, Francois Zimeray dalam wawancara dengan agensi berita. “Kekacauan dan pertumpahan darah itu umpama pengusiran pengikut Nabi Musa oleh Firaun,” kata Menteri Luar Itali, Franco Frattini sambil meramalkan beribu-ribu warga Libya akan lari ke negaranya.{Berita Harian}

Azhan: Siapa menetang, ditembak sampai mati! Rupanya dalam dunia moden macam ni ada lagi pemimpin yang gila kuasa sampai sanggup mengorbankan nyawa rakyat...

13.2.11

Revolusi Mesir: Gambar Menarik Jutaan Manusia Di Dataran Tahrir

 Azhan: Suara Rakyat Suara Keramat!

11.2.11

Revolusi Mesir: Husni Akhirnya Meletakkan Jawatan! (Video Menarik)

Video Omar Suleiman umumkan Hosni letak jawatan

KAHERAH, 12 Feb — Presiden Hosni Mubarak akhirnya tunduk kepada desakan kebangkitan rakyat — meletakkan jawatan pada hari ke-18 demonstrasi semalam (tengah malam waktu Malaysia). Naib Presiden Omar Suleiman mengumumkan Hosni sudah menyerahkan kuasa kepada tentera. Ia disambut dengan gembira oleh penunjuk perasaan.

Beberapa jam sebelum Omar membuat pengumuman laporan awal menyebut Hosni telah meninggalkan ibu negara Mesir bersama keluarganya sementara momentum tunjuk perasaan yang masuk hari ke-18  terus meningkat — sehari selepas presiden itu menegaskan tidak akan berundur sekarang.

Pihak tentera pula berjanji akan menarik balik perintah darurat yang dikuatkuasakan sejak tiga dekad lalu selepas keadaan semasa reda. Hosni memerintah negara itu sejak 1981 dan kini berhadapan dengan kebangkitan rakyat. Laporan NBC News berkata, Hosni meninggalkan Kaherah untuk menuju resort Laut Merah Sharm el-Sheikh.

8.2.11

Revolusi Mesir: Akhbar Kerajaan Sudah Berpaling Tadah


Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA ('',) 

Revolusi Mesir menggamatkan seluruh dunia dengan pelbagai kejadian yang membimbangkan keselamatan. Gerakan yang bermula daripada rakyat marhaen tidak dapat lagi dibendung, semakin hari semakin kuat menentang. 

Menariknya, akhbar lidah kerajaan juga akhirnya mula membuka topeng sebenar apabila turut menyokong aktivis yang berdemonstrasi serta mengecam kerajaan Husni Mubarak. Apakah wartawan sudah "bebas", tidak dirantai leher lagi...?

Media merupakan salah satu medium yang sangat berpengaruh dalam membentuk pemikiran rakyat, apabila berita yang ditulis adalah "putih", maka "putih" juga pemikiran rakyat yang membaca. Jika sebaliknya yang ditulis, maka hasilnya rakyat terus tertipu dan terpedaya. 

4.2.11

Tok Guru: Akibat Persenda Para Ulama Mesir, Husni Mubarak Ditutup Mulut Oleh Rakyat


KOTA BHARU, 5 Feb: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan pihak yang mahu menutup mulutnya (dari terus memperkatakan Islam) supaya mengambil iktibar dari peristiwa ulama yang ditutup mulut mereka oleh pemerintah Mesir. Beliau yang juga Menteri Besar mahu peristiwa yang berlaku ke atas Presiden Hosni Mubarak diambil ingatan oleh pihak berkenaan.

“Hosni Mubarak lama dah tutup mulut ulama, dan sekarang rakyat pula menutup mulut dia (dalam isu revolusi Mesir yang mahukan Hosni Mubaratk berundur),” katanya pada Kuliah Mingguannya di Medan Ilmu di sini pagi tadi. Terdahulu dari itu beliau mengimamkan solat hajat untukkesejahteraan rakyat Malaysia di Mesir. (gambar)

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini mendakwa ‘fatwa’ yang keluar dari mulut Nik Aziz sering kali bertentangan dengan pendapat Dewan Ulama Pas dan parti itu, justeru beliau yang juga Menteri Pertahanan mahu supaya dicari jalan bagi ‘menutup mulut’ Nik Aziz.

Revolusi Mesir: Sejarah Hitam, Dosa Mesir Kepada Rakyat Gaza

Salam untuk semua, moga sahabat2 sihat dan dirahmati-NYA ('',)
Krisis Mesir kali ni mengingatkan kita akan erti keamanan dan kebahagiaan yang kita kecapi selama ini. Dalam kita berseronok gembira sekarang, jom saya nak kongsi dengan sahabat2 semua tentang penderitaan yang dialami oleh sahabat2 segama kita jauh nun di Gaza. Mungkin sekarang nasib kita lebih baik...apakah kita telah bersyukur dengan nikmat tersebut?


Mereka jauh sekali untuk mengerti apa itu keamanan, melainkan setiap masa takut, menangis, menjerit, meratapi, sakit, mati, dianiaya , disepak terajang dan dipelaku seperti binatang malah lebih teruk lagi diseksa pelbagai cara, itu lah yang  dialami oleh mereka setiap masa dan waktu. 


Kebangkitan rakyat Mesir menentang kerajaan zalim Husni Mubarak menjadi persoalaan besar untuk dijawab, apakah nasib rakyat Gaza selepas ini akan lebih cerah dan bahagia? Di bawah ini adalah sebahagian kecil penderitaan mereka, apakah semua ini akan berubah? Jom layan kisah di bawah sebagai pengajaran dan iktibar kepada rentetan kezaliman yang dialami rakyat Gaza.
 

Moga Allah memberikan kemenangan kepada Umat Islam seluruhnya, moga dirahmati-NYA ('',)

Dosa kerajaan Mesir kepada anak-anak Palestin...terus berjuang menuntut keadilan!

3.2.11

Revolusi Mesir: Pelajar Malaysia Dalam Proses Pulang Ke Tanah Air (Gambar Menarik)

Motosikal pelajar Malaysia diletakkan didalam lobi asrama rumah negeri.
 
Ruang lobi penuh dengan motosikal.

Pelajar Malaysia Pahang sedang berkawal sambil menjamah sedikit makanan. Suhu yang sejuk membuatkan kami cepat berasa lapar dan terpaksa menyalakan unggun api untuk memanaskan badan.



Jalan di belakang asrama pelajar Malaysia. Kelihatan sekatan-sekatan jalan yang dibuat oleh penduduk setempat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...