Pages - Menu

11.3.11

Gempa & Tsunami Jepun Menggemparkan Dunia!




TOKYO - Gempa bumi paling kuat dalam tempoh 140 tahun berlaku di laut timur Jepun semalam sekali gus mencetuskan ombak tsunami setinggi 10 meter. Pihak berkuasa Jepun berkata, gempa bumi dengan kekuatan 8.9 pada skala Richter itu menyebabkan beratus-ratus orang dilaporkan terbunuh (sehingga 11.30 malam waktu Malaysia) dan jumlahnya dilaporkan meningkat dalam tempoh enam jam akan datang.

Menurut Agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi yang berpusat 130 kilometer dari pantai timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer. Kira-kira sejuta penduduk mendiami Sendai yang merupakan sebuah kawasan pertanian utama di Jepun.

Bencana alam itu berlaku pada pukul 11.45 pagi waktu tempatan. Perdana Menteri Jepun, Naoto Khan dalam sidang akhbar semalam mengakui gempa bumi tersebut menyebabkan kerosakan besar di utara Jepun. 

Ombak tsunami tersebut membawa tanah dan serpihan sebahagiannya dalam keadaan terbakar menenggelamkan kawasan tanah pertanian di bandar Sendai, timur Jepun yang mempunyai sejuta penduduk.

Azhan: Moga rakyat Malaysia semua selamat...menakutkan..Imbau kenangan Acheh dulu. Kuasa Allah tiada siapa yang mampu menyekat, teknologi tinggi bukan jaminan keselamtan..

9 comments:

  1. Nauzubillah..
    Smoga kita semua dilindungi drp perkara2 bruk..
    Aminn..
    dunia smakin tua.. kiaman makin dekat..

    ReplyDelete
  2. Minta dijauhkan dari bencana macam ni,tahniah Mohammad azhan blogspot dah jadi Dot Com,sejak bila? saya x perasan

    ReplyDelete
  3. @solihin: mudah2an insyaallah :)

    @ijok: baru2 ni ja sahabat, terima kasih atas nsihat dan sokongan semua :)

    ReplyDelete
  4. tahun ni bnyk berlaku bencana..gelora d mesir, d libya, banjir, gempa bumi kat christchurh, dan skrg ni tsunami pulak..Betapa itu bukti tanda2 khiamat smakin hampir..

    dan kt tganu pulak,,air laut kat pantai batu burok naik smpai kt jalan da. tp still bleh lalu..asyik hujan je cni~~

    ReplyDelete
  5. Kuasa TUHAN... Berita menyatakan, Jepun punya teknologi yang boleh 'menghadapi' masalah gempa tetapi masih tidak punya keupayaan menghadapi tsunami..

    Beruntunglah mereka yang mahu memikirkannya...

    ReplyDelete
  6. @ainiadam: air laut sampai jalan? huh, bahaya juga tu..risau

    @siti muthiah: ya kak, manusia makin sombong dgn kecanggihan teknologi

    @bakawali: subhanallah

    ReplyDelete
  7. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    " Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Pada 26.12.2004 Peristiwa Tsunami telah berlaku dan mengorbankan ribuan nyawa. Masihkah kita ingat lagi, di saat umat Islam bersedia meraikan ‘Iduladha, negara kita dikejutkan dengan tragedi tanah runtuh; yang mengorbankan 4 nyawa dan ramai lagi kehilangan tempat tinggal mereka. Kini, setelah lama berlalu, kita mula dirisaukan lagi dengan gegaran-gegaran bumi yang berlaku di negara-negara jiran?. Apakah kita masih merasa selesa lantaran bencana tersebut tidak berlaku di tempat kita?.

    Begitulah antara siri-siri ujian atau mungkin juga bala bencana yang berlaku dan akan terus berlaku seandainya manusia masih lagi berpaling daripada peringatan-peringatan Allah SWT. Ujian atau bala bencana itu tidak terhenti sekadar itu sahaja. Ia mungkin berulang selagi mana manusia masih takabbur, angkuh, sombong dan bangga diri.

    Dengan peristiwa seperti ini, sepatutnya membuka mata hati kita semua supaya segera bertaubat, mentaati dan berserah diri hanya kepada Allah. Manusia tidak seharusnya menyalahkan takdir Allah semata-mata, sedangkan peristiwa-peristiwa malang yang berlaku adalah kerana kerakusan, ketamakan dan kesombongan mereka sendiri. Malang sekali kerana peristiwa sebegini jarang dijadikan iktibar dan panduan. Hanya sekejap sahaja menimbulkan rasa gerun kemudian dilupakan begitu sahaja.

    ReplyDelete
  8. ya allah...ya tuhanku...


    maybe di jepun terlampau byk gejala sosial yg berlaku disana....



    amaran dari ALLAH....semoga kita ambil sbg iktibar...

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...