Pasukan bola sepak Malaya bersama pasukan Burma sewaktu Pestabola Merdeka tahun 1957 (imej dari Arkib Negara Malaysia)
Sebelum terbentuknya Malaysia, pasukan bola sepak Malaysia dikenali sebagai pasukan bola sepak Malaya. Pasukan ini amat digeruni dan antara pasukan terkuat di Asia pada awal 1950-an sehingga 1960-an bersama-sama dengan pasukan bola sepak kebangsaan Korea Selatan. Pencapaian terbaik Malaya ialah berjaya memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1962 di Jakarta setelah menewaskan Vietnam Selatan 4-1. Pasukan ini memasyhurkan nama-nama pemain seperti Abdul Ghani Minhat yang digelar "Raja Bola" (sekarang Dato'), Arthur Koh, G.Govindaraju, Robert Choe, Edwin Dutton dan Stanley Gabriel.
Ghani Minhat (Raja Bola)
Mulai 16 Sep 1963 (selepas pembentukan Malaysia) pasukan Malaya dikenali sebagai pasukan bola sepak Malaysia. Kegemilangan pasukan Malaysia berterusan dengan para pemain ternama seperti adik beradik, Namat dan Shahrudin Abdullah, Wong Fook Chuan, Wong Chun Wah, Zulkifli Norbit, M.Chandran yang berjaya ke Olimpik 1972 di Munich. Dua tahun kemudian, Malaysia mengulangi pencapaian pada 1962 apabila sekali lagi memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1974 di Teheran. Kejayaan pasukan Malaysia berterusan apabila layak berturut-turut ke Piala Asia pada tahun 1976 dan 1980.
dari kiri: Namat Abdullah,Shaharudin Abdullah, Ali Bakar dan Isa Bakar
dari kiri: Osman Abdullah, Wan Zawawi Yusof dan dan Soh Chin Aun
Supermokh (Kapten Malaysia 1979-1986)
Pada zaman ini pasukan bola sepak memperlihatkan peningkatan satu generasi pemain legenda, satu gabungan kental yang diketuai oleh penyerang serba boleh Mokhtar Dahari, pasangan pertahanan kebal; Santokh Singh dan Soh Chin Aun serta penjaga gawang goal yang tangkas, R.Arumugam atau 'spiderman'.
M.Chandran (Kapten Malaysia 1970-74)
R. Arumugam (legenda spiderman Malaysia)
Buat kali keduanya, Malaysia layak ke Sukan Olimpik di Moscow (1980), malangnya kerajaan Malaysia memboikot Sukan Olimpik 1980 kerana membantah pencerobohan USSR ke Afghanistan. Ini menyebabkan pasukan bola sepak Malaysia tidak dapat beraksi pada kejohanan tersebut. Kali ini, pasukan kebangsaan masih terus menghasilkan pemain berkualiti seperti "pemain pertama menjadi pemain pertahanan "overlapping" di dunia, Serbegeth Singgh (Shebby), Zainal Abidin Hassan Ali, Dollah Saleh, Bakri Ibni, Isa Bakar, Vithialingam, Lim Tiong Kim dan Shukor Saleh (Kapten).
Zaman kegemilangan pasukan Malaysia mulai runtuh pada 1994 apabilaberlakunya rasuah terbesar yang melanda bola sepak Malaysia. Ramai tonggak utama pasukan Malaysia yang terlibat di dalam skandal rasuah seperti Matlan Marjan dan Azizol Abu Hanipah yang sekaligus menghancurkan bola sepak Malaysia. Walaupun Malaysia masih mampu melahirkan pemain berprofil tinggi seperti Azman Adnan dan Khairul Azman Mohamed namun mereka gagal memulihkan imej pasukan bola sepak negara. sumber
Skuad Harimau Malaya ke Olimpik Munich, Jerman 1972
Pasukan Bolasepak negara setelah melayakkan diri
ke Sukan Olimpik Munich, Jerman Barat 1972
Senarai Pemain Skuad Olimpik 1972: Ali bakar, Isa bakar, Shukor Salleh = '' Osvaldo Ardiles '' Ardiles Malaysia, Santokh Singh, Mokhtar Dahari = Super Mokh , Then Aru, M. Chandran , Bakri Ibni, Abdullah Ali, James Wong = Balak, Soh Chin Aun = Towkey , Hassan Sani , Cheow Chee Keong = Asian Stainless Steel Gate, Saharuddin Abdullah = Black Cat & Harimau Malaysia, Wong Choon Wah
Pasukan bolasepak "Skuad Pra-Olimpik 1972" merupakan pasukan bolasepak pertama di sukan Olympik setelah berjaya menjuarai ujian kelayakan Pra-Olympik yang berlangsung di Seol, Korea Selatan, yang berada di bawah pengurusan Datuk Harun Idris. Malaysia yang ketika itu dilatih oleh Dave Mclaren jurulatih dari England mengalahkan Taiwan 3-0, Korea Selatan 1-0, Jepun 3-0 dan Filipina 6-0 untuk melayakkan diri sebagai wakil dari negara Asia.
Pasukan bolasepak "Skuad Pra-Olimpik 1972" merupakan pasukan bolasepak pertama di sukan Olympik setelah berjaya menjuarai ujian kelayakan Pra-Olympik yang berlangsung di Seol, Korea Selatan, yang berada di bawah pengurusan Datuk Harun Idris. Malaysia yang ketika itu dilatih oleh Dave Mclaren jurulatih dari England mengalahkan Taiwan 3-0, Korea Selatan 1-0, Jepun 3-0 dan Filipina 6-0 untuk melayakkan diri sebagai wakil dari negara Asia.
Skuad Olimpik Harimau Malaya 1980, Moscow
Pada awal 1960an hinggalah awal 1980an, bola sepak Malaysia amat disegani. Dalam tempoh tiga dekad itu Malaysia berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik iaitu pada 1972 di Munich dan 1980 di Moscow dengan barisan pemain seperti M Chandran, Syed Ahmad, Namat Abdullah, Soh Chin Aun, R Arumugam, James Wong dan Hassan Sani. Dua kali Malaysia berjaya menampilkan diri dalam Piala Asia secara merit iaitu 1976 dan 1980 serta meraih pingat gangsa Sukan Asia pada 197 di Teheran.
Azhan: Malam ni bertemu Taiwan mungkin permulaan semula kepada kegemilangan bola sepak negara...harapan semua~
semoga zaman kegemilangan akan berulang kembali
ReplyDeletegambar yang klasik lah...
ReplyDelete,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
ReplyDelete//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
diy buat mudguard dari fibreglass
yupppp dulu Bola Malaysia mmg meriah... penuh kejayaan.... harap ianya akan berulang kembali
masa kecik2 tringat nama mokhtar dahari.....
ReplyDeleteWalaupun mereka amatur tetapi mereka hebat...
ReplyDeleteMesin ATM Untuk Ikan Di Pulau Tioman
Rasa nak main bola pulak, tapi lawan antara department pun 17 tahun yang lalu...
ReplyDeletesaya tak reti main bola..
ReplyDeleteDULU DEPA MAIN BOLA ,LA NIE DEPA MAIN DUIT HEHEHE ...
ReplyDeletePemai dahulu bermain kerana minat dan juga menjaga nama negara,skg bermain kerana duit,dua keadaan yg berbeza
ReplyDeleteterbaik entry nie...
ReplyDeletejom letak Nizam Ijam dalam Bloglist :)
”Malaysia Vs Chinese Taipei.. Ulasan dan keputusan”
good info
ReplyDeletebola sepak malaysia dulu memang hebat!
ReplyDeletediharapkan pasukan malaysia yg sedia ada skrg dpt mengembalikan zaman kegemilangan era lalu..
ReplyDeleteteam malaysia main semalam tak best
ReplyDeletexsama macam skuad olimpik main
Kisah Joyah Dan Bedah
Tgk la body org zaman dulu tu mcm mana, sorang aku tgk taf2...maknanya diaorg ni jaga gak fizikal..paler skrg ni malas jaga fizikal. Contohila jepun & korea apa diaorg wat..Jaga pemakanan pon ye gak..Aku ada dgr dari sorang sahabat yg pnh jaga team malaysia & jepon..jauh beza dia ckp..Team Malaysia makan tak jaga, semua bedal..Team jepon kalo esok lawan mlm ni xleh kuar pg mana2, kena duk duk dlm bilik & banyak lagi la disiplin yg diaorg jaga...So faham2 sndri la nape jepun leh beat Malaysia skrg...
ReplyDeleteHarap maaf, Senarai nama pemain yang layak ke Munich Olympic banyak yang salah. nama2 seperti isa bakar, Shukor Salleh, Mokhtar Dahari, Arumugan, Bakri Ibni, Abdullah Ali, James Wong, Hassan Sani, Chow Chee Keong. Tolong perbetul nama2 pemain yang sebenarnya. Begitu juga nama nama pemain yang melayakkan pasukan ke Moscow Olympic 1980.
ReplyDeleteTerharu baca blog mngnai bolasepak negara pada zaman dahulu..begitu hbat..
ReplyDeletemohon dijadikan sbg rujukan sejarah bolasepak di malaysia..
Terima kasih
cukup sedih. Nama Syed Aahmad pemain yang menyebabkan Malaysia ke Olimpik 1974 tidak disebut. Sejarah apa ni????
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete