Mahasiswa dari kota tanah air
bangunlah!
angkat matamu dari buku
lampaui dinding lampaui tembok
semua menunggu
mengajakmu bersama ke tengah jalan raya kota.
Lihat betapa temanmu telah berdiri di sini
sebaris dengan kami
para buruh dan petani di jalan sungai besi
sederap belajar dari hidup berani
Lepaskan tangan halus kekasih di tasik
atau bersamanya berjalan ke parlimen
kerana tenagamu dengan ilmu di dada
akan merombak erti hidup sebuah negara.
Usman Awang, September 1961
Azhan: Ditujukan sebuah puisi ini buat semua sahabat yang berjuang sebagai penuntut ilmu di muka bumi Allah. Selagi mata terbuka jantung berdenyut selagi itu tanggungjawab penuntut tidak akan putus pada talian ilmu.
kita tuntutlah ilmu sebelum ilmu menuntut kita...
ReplyDeletesajak tahun 61 tu.. masih relevan
ReplyDeleteBelajar selagi mampu dan jgn mudah mengalah . :)
ReplyDeletewalau akak duk rumah..tp msh juga beli buku utk di baca..moga dpt satu ilmu sehari...it dah cukup dr duduk termenung kan?
ReplyDeletemndalam puisi ni ~
ReplyDeletesajak utk guru dr beliau pn amat menyentuh hati.....
ReplyDeletesungguh puitis... :)
ReplyDelete