Pages - Menu

Showing posts with label Foto. Show all posts
Showing posts with label Foto. Show all posts

27.9.14

Fotografi | Rezeki Yang Berkat | Berkebun | Ayah






Berbudi pada tanah moga ada hasilnya. Menebas sedikit demi sedikit, seawal pagi hingga kadang2 menjangkau terik mentari. Aku membesar dalam serba ada, sukar membayangkan kehidupan dulu dengan pendapatan sepenuhnya dengan hasil tani. Keluarga sebelah emak dengan anak 12 beradik membesar sihat dan berjaya dengan haisil usaha sawah dan tani arwah tok wan dan tok. 

"Susah cari duit dulu. Rezeki kena berkat baru cukup..." selalu mak aku cakap benda ni. Sejak bekeluarga aku mula memahami. Buat apa Allah suruh, tinggal apa Allah larang, insyaAllah berkat.



8.8.14

PHUKET Trip | Part 1 | Fotografi Jalanan | Street photography |



Salam untuk semua,

Trip ke Phuket tahun lepas, untuk Part 1 aku kongsikan beberapa keping gambar tentang sketsa kehidupan peniaga di sana. Bergerak ke sana dengan laluan darat menaiki bas banyak meninggalkan kenangan kerana lebih banyak berpeluang melihat perjalanan hidup masyarakat sekitar khususnya masyarakat muslim Thailand.

14.6.14

Flower Photography | Fotografi Bunga | Bunga dan Lebah


"Dan Allah menurunkan hujan dari langit, lalu ia menghidupkan dengan air hujan itu akan bumi sesudah matinya sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan Kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang mendengar (peringatan ini dan memahami)" - Surah An-Nahl, ayat 65


Dengan alam, banyak yang kita patut renungi dan muhasbah diri...


Manusia hanya penumpang rezeki haiwan-haiwan yang tidak pernah ingkar dan melakukan dosa...


12.6.14

Fotografi : Warna-Warni Hidup! Gembira dan Tenang



Kita yang mencorak hidup. Corak ikut pegangan nilai diri dan ilmu yang ada. Siapa sahaja mengidamkan kegembiraan dan ketenangan sepanjang masa, tetapi sejauh mana "gembira" dan "tenang" itu diterjemahkan...difahamkan??? Aku pernah melihat seorang yang miskin dan susah, hidup dalam serba kurang mampu sentiasa tenang dan gembira...senyuman menghiasi wajahnya. Namun, ada juga insan harta berlimpah ruah, malangnya muka sentiasa masam mencuka. Setiap masa berusaha mencipta "patung-patung ketenangan" untuk di"post"kan dalam FB, Twitter dan sebagainya...


Kata orang tua, harta yang banyak berkat...hidup tenang dan gembira. 


Jangan korban yang besar untuk menggapai kegembiraan yang palsu! Aku pesan untuk aku...

10.2.14

Fotografi Jalanan | Si Tukang Kasut




Tukang kasut...kat mana-mana pun mudah buat mereka bertapak. Tak perlu kerusi seempuk baldu, mahupun penghawa dingin penyejuk badan. Sedikit tempat berteduh, ada ketika di kaki lima, mereka terus bakti buat sesiapa yang perlu. Aku kerap juga baiki kasut sebelum ni, kasut kerja...kasut sukan, biasanya aku ambil peluang nak bualkan apa sahaja.

Banyak perkara yang mampu dibincangkan, mungkin pelanggan mereka juga pelbagai ragam orang...jadi,  Tukang kasut menjadikan mereka jauh lebih terbuka, ada ketika memberikan idea2 lebih segar...itu lah yang tak berlaku dalam dunia maya...perang siber, anak muda khususnya masing2 berbicara penuh sombong menegakkan hujah tak seberapa... Tukang kasut...jangan pandang sebelah mata. =)


25.1.14

Foto.Inspirasi #6 | Kerja Satu Amanah!



20140124-IMG_3036-2

20140124-IMG_2986

Kerja satu ibadah, buat dengan amanah. Hah! Pesan untuk aku paling utama...apa sahaja kerja yang dilakukan, kerja yang menuntut kepada gaji, menuntut kepada apa sahaja hasil. Lakukan penuh amanah. Kagum melihat perkerja sekitar pasar Chow Kit, laju ke sana ke mari...bersungguh-sungguh bekerja! Yang santai dalam penghawa dingin tu jangan kerap sangat layan FB...haha

Selamat Bekerja! =)


23.1.14

Foto Inspirasi #5 | Ayah


Pengorbanan seorang bapa tiada nilai tara. Tak melontar banyak kata, hanya sentiasa bertindak dengan akal dan kasih sayangnya. Sentiasa tenang dan sabar melayan karenah anak-anak, belajar erti hidup dengan pengalaman susah dan perit. Terus mendoakan moga ayah dirahmati Allah dalam senegap kehidupannya.
Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil - See more at: http://www.doaharian.mytoha.net/2013/04/doa-untuk-kedua-ibu-bapa.html#sthash.2AElKuZw.dpuf

 Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin.
Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil - See more at: http://www.doaharian.mytoha.net/2013/04/doa-untuk-kedua-ibu-bapa.html#sthash.2AElKuZw.dpuf

Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil - See more at: http://www.doaharian.mytoha.net/2013/04/doa-untuk-kedua-ibu-bapa.html#sthash.2AElKuZw.dpuf
Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil - See more at: http://www.doaharian.mytoha.net/2013/04/doa-untuk-kedua-ibu-bapa.html#sthash.2AElKuZw.dpuf

4.12.13

Kisah dan Falsafah Si Pemilik Kapcai Honda Bulat!


 gambar hiasan
tempat: Pekan Cina, Alor Star


kapcai Honda bulat. Falsafah si pemakai biasanya "orang lama". Motor klasik yang mencecah puluhan tahun masih utuh dibawa, ke kebun, ke bandar, ke masjid, ke kenduri kendara...itulah gelagat warga lama yang sentiasa akrab dengan kapcai honda bulatnya. Kapcai ini menaburkan bakti menyara keluarga, mendidik anak, menjadi teman ke mana sahaja. Dengan kain pelikat, kain sarung dibelit di kepala...berbalut pagoda di tubuh cukup menjadi syarat pemanduannya. Sesekali bunyi hon dipetik, menyapa tetangga di persimpangan...



Pemiliknya juga tak perlu teori-teori pendidikan setebal "kamus dewan", tak perlu diploma, ijazah, master dan PhD untuk mentarbiah anak mengenal dunia...mengenal yang mana haram dan yang mana halal. Pemiliknya hanya tahu...biar anak ke sekolah mendapat pendidikan...bagi anak-anak pandai tulis dan baca..tambah dan tolak...itu semua dek kerana tidak mahu lagi melihat darah dagingnya mewarisi kesusahan lalu.

Dengan kapcai ini, membesarkan sekian bilangan pewarisnya yang berjaya...kapcai ini tidak pernah menjengah pintu univerisiti, tidak tahu di mana kolej dan fakulti. Walaupun begitu, pemiliknya sentiasa menanti lahirnya suatu masa nanti manusia berbudi pekerti. Bukan tinggi diri dan sombong hanyut dalam duniawi. Generasi kini berkereta besar, berumah bak istana masih gagal mendidik anak apa erti sembahyang lima waktu mengabdirikan diri....terus mengejar projek itu dan ini. Pemilik kapcai buruk jauh lebih gemilang, mereka jauh lebih mengerti...


Kadang-kadang kapcai ini meragam di tengah perjuangan, bertompok karat menghiasi badan. Tidak putus meradung cabaran yang mendatang. Generasi sekarang kian senang, punya harta dan wang. Tapi belum tentu punya semangat dan cekal berdiri segagah pemiliknya kapcai Honda bulat yang utuh puluhan tahun dengan pendirian dan azam.

9.11.13

Kisah Si Tukang Kasut


(Gambar hiasan)

Salam untuk semua,moga dirahmati

Dua tiga hari lepas aku singgah baiki kasut kerja...biasalah dah lama pakai mula haus tapak. Sambil lepak menanti pak cik tukang kasut siapkan, aku bual kosong dengan pak cik tu. Pak cik tu berasal daripada Sumatera, Indonesia. Difahamkan dia dah menetap di Malaysia lebih kurang 30 tahun dah...semua anak2nya lahir di Malaysia. Begitulah lebih kurang kisah ringkasnya...aku cuma menung terasa asyik dengan kecekapannya bertukang walau usia sudah mencecah 60 tahun.

18.9.13

Foto.Inspirasi #4 | Pelajar Sekolah Pondok


Lokasi: Mahaad Darul Hadis PAKSI, Kedah
Pusat pengajian hadis bersanad, dan hafalan Quran.
Terkenal dengan kumpulan Qasidah Darul Hadis (Youtube)
Program: Jamuan Hari Raya 2013


Dulu, yang mengaji pondok/agama dilabel "kelas rendah", malah dinilai produk sekolah pondok tidak akan ke mana2, tiada masa depan cerah. Sekarang, menjadi pilihan alternatif utama ibu bapa kerana mengaji aliran biasa sudah banyak produk "pelik-pelik" yang ada. Jadi, yang masih punya anak-anak, punya cucu, masih berpeluang melorongkan pendidikan mereka ke arah alim agama. Dalam keluarga tak kan tiada sorang pun yang boleh jadi "IMAM"? =)

6.8.13

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

Salam untuk semua, moga Allah rahmati

Hari ni terakhir umat Islam berpuasa, sayu dan rindu pasti menyelebungi. Lepas ni masjid kembali kepada asal, masjid yang penuh malam hari dengan solat terawih kembali dengan satu/dua saf di luar bulan Ramadhan. Yang terbiasa bangun seawal pagi bersahur, terus menunaikan solat berjemaah Subuh kembali kepada rutin asal. Masa bangun yang asal, paling menyedihkan terus subuh + solat dhuha...diharapkan kita dapat kekalkan rutin Ramadhan!

8.7.13

Foto.Inspirasi #3 | Salam Ramadhan Al-Mubarak!


 


Salam untuk semua, moga Allah rahmati

Alhamdulillah, Ramadhan bakal menjelma lagi. Rasa baru saja sambut Ramadhan tahun lepas, alhamdulillah kita semua masih diberikan ruang bertemu tetamu istimewa yang dalamnya mempunyai seribu satu ganjaran hebat. Kali ni aku sambut Ramadhan sedikit berbeza mungkin. Kalau dulu bersama sahabat2, kali ini berdua bersama isteri, syukur.

Ramadhan ada dua jenis manusia. Pertama ada yang gembira tiba Ramadhan kerana peluang dan ruang lebih luas mengimarahkan masjid dan majlis ilmu. Kedua, golongan manusia menjadikan Ramadhan ruang buatnya rutin sebulan menyusun pelbagai juadah makanan, membuat beberapa pusingan pasar malam dan pasar raya. Aku dan anda golongan mana? Muhasabah bro...jangan buat leceh.

Aku ucapkan Salam Ramdhan buat semua sahabat2, puasa comey2 boh...yang mana boleh baiki, tingkatkan atau kurangkan semua bergantung pada diri. Sahabat2 yang merokok berazamlah untuk tinggalkan tabiat "membunuh diri" bermula Ramadhan kali ni. Moga Allah rahmati semua di bulan yang mulia. Rebut peluang...!



2.7.13

Jejaka Masjid | Foto.Inspirasi #2



 Masjid Muhammadi, Kelantan. Jun 2013


Beruntunglah wahai pemuda, berkhidmat untuk rumah Allah yang mulia. Jejaka yang paling kacak ialah jejaka yang bersedia berkorban diri, masa dan tenaga untuk jalan agama. Si dara di luar sana, intai-intailah masjid memilih jejaka hati anda =)

“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana harta kekayaannya, kedudukannya, kecantikannya dan kerana agamanya. Hendaklah memilih yang taat beragama, nescaya engkau akan beruntung.”(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

1.7.13

Amalan Membaca Al-Quran | Foto.Inspirasi #1

Masjid Muhammadi, Kelantan. Jun 2013.


Tak lama lagi kita akan menyambut tetamu yang istimewa, Bulan Ramadhan. Allahuakbar, sekejap saja masa. Aku baru ja rasa bahang Ramadhan lepas, kini menyambut Ramadhan tahun baru. Antara amalan yang kita dapat tingkatkan adalah membanyakkan amalan membaca Al-Quran. Kalau hari biasa baca satu muka surat, masuk bulan Ramadhan kita tambah dua muka surat. Biar sikit janji Istiqamah! Lagi comey kita baca bersama makna ayat-ayat sucinya. Mulakan sekarang ^_^


25.6.13

Bunga + Wanita (Foto)




Wanita
kiasaannya ibarat bunga
cantik rupawan pada mata
segalanya hanya sementara

Yang terus kekal menjadi idaman jejaka
hanyalah wanita yang mulia akhlaknya
akhlak wanita seindah bunga
siraminya dengan iman dan takwa

13.6.13

Memori Pernikahan dan Majlis Perkahwinan Azhan + Hanisah (Gambar)



 

Salam untuk semua, moga dirahmati

Alhamdulillah, majlis pernikahan dan perkahwinan aku selesai baik pada cuti sekolah baru ni. Aku mewakili isteri, Puan Hanisah Harun sekadar ingin kongsikan beberapa memori dan kenangan sebagai tanda terima kasih dan penghargaan kami kepada semua yang menjayakan majlis kami sejak mula hingga akhir. Allah jua selayaknya merahmati kalian.

14.5.13

Kuala Lumpur Dibicarakan | Ibu Negara Untuk Semua?

 
Lokasi: Pasar Seni, Kuala Lumpur


Salam untuk semua,moga dirahmati

Kuala Lumpur. Ibu kota Malaysia tempat tumpuan, gahnya umpama di sini tempat segala lubuk emas dan berlian...dusta, nista malah kadang2 itu propaganda generasi silam. Beberapa waktu dijalanan, banyak aku belajar, erti pengorbanan manusia anak watan yang tiada jawatan. Siapa yang pedulikan? Nasib kurang baik terpaksa gulung tikar, bergegas mencari lubang dek serbuan pihak berkuasa tempatan.

Usia aku membesar di sini hampir mencecah 7 tahun, tidaklah terlalu matang menilai sejarah dan kehidupan kota metropolitan. Benarlah jolokan ibu negera, era dahulu mungkin pusat Malaysia kini agak akrab jika labelnya untuk ibu negara sekalian manusia. Bangla, Indonesia, Nepal, Myanmar, Vietnam, Sri Lanka sesekali muncul negro berkulit hitam...anak watan jarang-jarang muncul, lebih rela memerap diri di kediaman.

Kenang 4 tahun lalu kisah hitam aku ditipu manusia di kota, walaupun niat awal menolong dan membantu namun hangus ratusan ringgit duit itu untuk dibuat belanja pengajian...berapa kerat sangat yang pedulikan niat murni, yang menanti banyak syaitan bertopeng manusia...selamat? Wallahu'alam.

Kuala Lumpur. Anak watan hanya idamkan ibu negara Malaysia! Aku tidak pasti di mana pengakhiran.

12.5.13

Penjual Buah Berangan VS Menteri..?


Salam untuk semua, moga dirahmati

Abg penjual buah berangan ni aku shoot waktu meronda-ronda Pekan Rabu, Alor Star. Memang nampak cool abg ni! ala2 pelakon "Patah Seribu".haha. Berniaga gerai kecil pada pandangan materialistik manusia memang tak popular, yang paling penting bekerja bertujuan menjunjung amanah membawa balik rezeki yang halal dan baik untuk keluarga.

Kerja besar, jadi menteri sekalipun kalau tak amanah, makan rasuah, curi harta rakyat, salah guna wang kerajaan untuk kepentingan peribadi, kronisme...nampak popular, senang lenang dalam bilik berhawa dingin...sejuk dan nyaman...ingat! di dunia memang sejuk..akhirat belum pasti, apakah akan dilayan dengan kepanasan yang mampu menggelegak kepala otak! Na'uzubillah.

Siapa lebih mulia? Pak Menteri atau penjual buah berangan? Yang mulia, yang amanah dan menjaga syariat seorang Muslim semasa bekerja, kerja "lebih pulun" jangan sampai tak solat, solat "lebih khusyuk" jangan sampai lalai dengan amanh manusia.

Moga Allah luaskan rezeki buat abang penjual buah berangan ini...sahabat2 yang ada singgah Pekan Rabu, Alor Staq jangan lupa singgah2 mai gerai abang ni...gerai dia terletak bertentangan dengan komplek Pekan Rabu di seberang jalan...mai pekena dulu. Rindu aku nak balik kg ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...