Pages - Menu

Showing posts with label Kahwin. Show all posts
Showing posts with label Kahwin. Show all posts

13.6.13

Memori Pernikahan dan Majlis Perkahwinan Azhan + Hanisah (Gambar)



 

Salam untuk semua, moga dirahmati

Alhamdulillah, majlis pernikahan dan perkahwinan aku selesai baik pada cuti sekolah baru ni. Aku mewakili isteri, Puan Hanisah Harun sekadar ingin kongsikan beberapa memori dan kenangan sebagai tanda terima kasih dan penghargaan kami kepada semua yang menjayakan majlis kami sejak mula hingga akhir. Allah jua selayaknya merahmati kalian.

4.6.13

Syukur Selesai Sudah | Kenduri Kahwin


Salam untuk semua, moga dirahmati

Alhamdulillah, aku panjat rasa syukur. Selesai sudah majlis perkahwinan aku dengan isteri, Puan Hanisah Harun. Majlis kedua-dua belah pihak berjalan baik. Syukur. Penat. Gembira. Terharu. Seribu satu perasaan aku rasa sejak bergelar suami. Nak cerita panjang, yang belum kahwin cepat2kan ke arah itu...hehe.

Aku ucap terima kasih sangat ahli keluarga terdekat kedua pihak, saudara mara, adik beradik semua yang tolong dari awal majlis hingga ke akhir. Nak sebut satu-satu nama panjang dan cukup ramai yang terlibat. Lebih kurang seminggu lebih lepas akad nikah dan majlis, aku rasa gembira dan terharu dengan sokongan kedua-dua belah pihak keluarga, mak/ayah dan mama/abah...moga Allah rahmati semua. Terima Kasih! Jika sempat aku akan upload beberapa foto majlis lepas.

Doakan kami, doakan keluarga kami. Allah rahmati kalian jua =)

28.5.13

10 Ciri Calon Suami Yang Baik


Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut manakala jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut :
  1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

  2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak-ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

  3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

  4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

  5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

  6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu-lalang ketika sedang bercakap-cakap.

  7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

  8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

  9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

  10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa [sumber]

23.5.13

Makna "Aku Terima Nikahnya..."

Aku terima nikahnya si fulanah binti si fulan dengan mas kahwinnya RM...."

Apa yang tersirat disebalik lafaz ini ialah:

"Aku tanggung dosa-dosa si fulanah ini dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Akulah orang yang bertanggung jawab dalam memberinya nafkah zahir dan batin, memberinya ilmu dunia akhirat dan juga bertanggung jawab memegang tanganya bersama-sama berlari bertemu-Mu Allah. Aku juga sedar, sekiranya aku gagal dan aku lepas tangan dalam menunaikan tanggung jawab, maka aku fasik, suami yang dayus dan aku tahu bahawa nerakalah tempatku akhirnya dan malaikat Malik akan melibas aku sehingga pecah hancur badanku. Akad nikah ini bukan sahaja perjanjian aku dengan si isteri dan si ibu bapa isteri tetapi ini adalah perjanjian terus kepada Allah" (sumber)


Moga Allah memudahkan segala urusan pernikahan aku petang ini. Menggigil apabila memahami makna tersirat disebalik "Lafaz Nikah". Aku akan berubah status, perlu bersedia memikul tanggungjawab besar memimpin sebuah keluarga. Moga Allah memudahkan urusan duniaku dan akhiratku. Kurniakan kami kebahagiaan dunia dan akhirat. Amin.  

Doakan aku wahai sahabat...
24.5.2013 / 14 Rejab 1434



14.5.13

Undangan Perkahwinan Azhan & Hanisah | Doakan Kami

 

Salam untuk semua, moga Allah rahmati

Dengan rasa rendah diri, saya ingin mengundang sahabat2 blog Mohamadazhan.com ke Majlis Perkahwinan Azhan + Hanisah yang akan berlangsung pada bulan Jun 2013. Yang berkelapangan masa, dijemput memeriahkan majlis kami nanti. Tentatif majlis dilampirkan di bawah. Pada 24 Mei 2013, insyaAllah majlis akad nikah saya dan Hanisah akan dilangsungkan. 

Perasaan?? Bercampur baur sebenarnya...gembira, takut, gementar. Moga aku diberikan kekuatan untuk memegang amanah sebagai seorang suami dan bapa yang soleh, memimpin keluarga mencontohi baginda nabi Rasulullah SAW....Doakan kami, moga mendapat kebahagiaan melayari bahtera rumah tangga nanti, amin. Moga segalanya dipermudahnkan-NYA.

Tentatif Majlis

AZHAN
Tarikh : 1 Jun 2013 (Sabtu)
Tempat: Dewan Masjid Sultan Abdul Halim, Taman Ria Jaya, 08000 Sungai Petani, Kedah.

HANISAH
Tarikh : 2 Jun 2013 (Ahad)
Tempat: Restoran Ikan Bakar Anjung Kuala, Seberang Kota, Kuala Kedah, Kedah Darul Aman.

“Ya Allah ya Tuhan kami, kami mohon doa dan restuMu, berkatilah majlis kami dan majlis yang dilangsungkan ini agar berjalan dengan sempurna seperti mana yang kami kehendaki.

Kami mohon padaMu ya Allah, agar melimpahkan nur kebahagiaan kepada kehidupan yang bakal kami tempuhi bersama dan kekalkan perkahwinan ini selama-lamanya hingga ke akhir hayat, dunia dan akhirat. Amin ya Rabbal ‘Alamin.”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...