Pages - Menu

Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

23.1.14

Foto Inspirasi #5 | Ayah


Pengorbanan seorang bapa tiada nilai tara. Tak melontar banyak kata, hanya sentiasa bertindak dengan akal dan kasih sayangnya. Sentiasa tenang dan sabar melayan karenah anak-anak, belajar erti hidup dengan pengalaman susah dan perit. Terus mendoakan moga ayah dirahmati Allah dalam senegap kehidupannya.
Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil - See more at: http://www.doaharian.mytoha.net/2013/04/doa-untuk-kedua-ibu-bapa.html#sthash.2AElKuZw.dpuf

 Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin.
Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil - See more at: http://www.doaharian.mytoha.net/2013/04/doa-untuk-kedua-ibu-bapa.html#sthash.2AElKuZw.dpuf

Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil - See more at: http://www.doaharian.mytoha.net/2013/04/doa-untuk-kedua-ibu-bapa.html#sthash.2AElKuZw.dpuf
Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil - See more at: http://www.doaharian.mytoha.net/2013/04/doa-untuk-kedua-ibu-bapa.html#sthash.2AElKuZw.dpuf

1.12.13

Kisah Aku Zaman Kanak-kanak dulu | Kenapa Makin Maju Makin Tak Selamat?



Salam untuk semua,

Jenayah makin gila-gila...paling sedih tengok berita 3 orang kanak-kanak ditemui mati. Susah nak gambarkan hati ibu ayah yang hilang 3 orang anak sekali...aku teringat zaman sekolah dulu...aku sekolah era 90-an. Abang dan kakak yang era 70-80an lebih2 punya kenangan manis zaman tu. Umur aku 8 tahun (darjah 2) mak ayah dah ajar aku duduk sorang2 di rumah waktu siang...aku sekolah petang, mak ayah kerja. Jadi disebabkan selesa di rumah sendiri, adik2 aku sahaja dihantar ke rumah pengasuh.

24.9.13

Aku 25




Salam untuk semua,

Alhamdulillah. 25 dah umur aku pada tarikh 25 Sep 2013. Aku syukur pada Allah panjangkan usia. Panjang usia memberi aku peluang bertaubat, berubah, berhijrah, bermuhasabah, apa sahaja kekurangan dan kekhilafan sepanjang usia hidup ini. Makin meningkat usia, makin pendek baki umur. Makin dekat dengan kematian...! Jangan buat syok sangat tu...huhu

Blog aku lepas ni mungkin agak slow, aku baru mula sambung belajar untuk peringkat sarjana. Masa untuk mengadap blog makin kurang. Tak taulah sejauh mana mampu habis.hehe. Aku harap dapat siapkan pengajian ni dengan baik. Apa pun, aku harapkan aku tidak "memandang" sijil itu segalanya, yang penting ilmu itu mampu memberikan sumbangan yang bermanfaat kepada semua.

25. TQ Allah, TQ Mak,Ayah,Mama,Abah disayangi, TQ Isteri tercinta, TQ semua keluarga, TQ para guru, TQ Sahabat2 blogku, TQ semua! Doakan, Moga Allah rahmati semua.

18.9.13

Tips Mendidik Anak Soleh



Salam untuk semua,



Soleh/Solehahkan diri, Soleh/Solehahkan anak.

"Bagaimana acuan begitulah kuihnya," perumpamaan ini sesuai sekali untuk menggambarkan sedikit sebanyak  bahawa ibubapa adalah cerminan bagi anak-anaknya. Oleh kerana itulah, sebelum kita memiliki cita-cita tinggi untuk mendapatkan anak yang soleh dan solehah, memang sebaik-baiknya para orang tua mensoleh/solehahkan dahulu diri mereka. Orang tua juga selayaknya melengkapi diri dengan berbagai ilmu, agar dapat digunakan dalam pengasuhan dan pendidikan anak-anak. Ketika anak dibekalkan dengan bangunan keagamaan yang baik, maka perkara ini akan menciptakan langkah berjaga-jaga terhadap bencana keruntuhan akhlak anak-anak di masa hadapan. Jadi, jika hanya sekadar memerintahkan anak-anak untuk berbuat kebaikan tetapi mereka sendiri sebaliknya, maka tidaklah cukup untuk membentuk karakteristik dan peribadi yang soleh/solehah pada diri mereka. Oleh yang demikian, orang tua juga harus bersiap sedia untuk memberikan tauladan dalam berbuat kebaikan.

17.9.13

Selamat Hari Lahir Emak Tersayang



Salam untuk semua,

Ibu, emak, mama, bonda, umi, apa sahaja panggilan setia si anak buat insan yang melahirkannya. Kali ni aku dedikasikan ucapan Selamat Hari buat emak aku yang ke-52, tanggal 18hb Sept 2013. Aku dan isteri wakil dua orang adik, Anwar dan Adli, mendoakan emak moga panjang umur, dirahmati usia, murah rezeki dan segala kebaikan untuknya. Amin ya rab.

Selagi ibu disisi, hargailah insan tersayang kerana doanya terus menguatkan kehidupan si anak.

23.8.13

Selamat Hari Lahir buat teman hidupku...


 Gambaq Hari Raya Aidilfitri 2013...


Salam untuk semua, moga dirahmati

Di awal perkenalan dulu, selepas mengenali peribadinya...melihat kepada tarikh lahir, aku pernah terdetik... "si dia mungkin jodohku..." Itulah kisah beberapa tahun lalu.hehe Beza tarikh lahir kami berdua hanyalah 1 angka bagi setiap hari, bulan dan tahun...aku-25.09.1988. Isteri tercinta-24.08.1989. Haah! Itu sekadar kebetulan sahaja. Tak ada apa sangat pada angka. Lebih penting sekarang, kami perlu belajar untuk mengemudi bahtera keluarga ke arah yang Allah redha, insyaAllah. Amin.

Alhamdulillah, Allah lanjutkan usianya melengkapkan hidup aku. Aku ucapkan Selamat hari lahir buat teman hidupku tercinta yang ke-24 menjelang tarikh 24.8.2013. Moga menjadi isteri dan bakal ibu yang solehah. Amin. Doakan kebahagiaan kami, moga dirahmati semua =)


Kisah Tauladan Keluarga | "Mak dah penat sepanjang hari kerja..."

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjOhz0BKNYPct7X1p05il_aOV_6roF_NZB4C5B4BXQfkgjkJ0UMMQfz8wHa5d4jgkCAunBqlNIxXdpLPP2InFWy9rSiaQxVgQUDcEZ6C-K9eu3nPNTPaACwTFk8tDprlFFHVvEGN7ZtqSk/s320/Hotel+Food-2a.jpg
 
Alkisah sebuah hidangan isteri…

Mak saya suka memasak tapi mak bukan seorang suri rumah, mak seorang engineer. Ada satu malam, mak balik sangat kepenatan tapi masih perlu memasak untuk saya dan abah.

Mak hanya mampu masak ayam kunyit, sayur kailan ikan masin dan nasi. 3 hidangan itu diletakkan di meja makan di mana ayah duduk goyang kaki menunggu makan.

1.8.13

Rindu Kampung, Esok Balik!

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/1/15/Coat_of_arms_of_Kedah.jpg

Salam untuk semua, moga dirahmati

InsyaAllah esok aku dan isteri akan balik kampung (Kedah). Bercuti 2 minggu. Tahun ni aku beraya bersama dua buah keluarga, aku sendiri macam tak percaya.haha. Dok teringat2 lagi raya tahun lepas, balik bercuti dengan kawan2 senegeri. Dah kahwin ni, alhamdulillah keluarga aku dan sebelah isteri cukup baik dan memahami.

25.6.13

Cerita Antara Messi dan But "Toyu"


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiO8qozJ1e4x2jqQIi4w-YjE5pMScvRHnGL5RO1O1QvMIKPQ6uJ4scHmaPtoC2OK2Bi_TAV_eufIiuBhTnQ6QMMs7HUCky8tCiP6bIK39vIHjtbkTaNUXw-Eur_lhEASMtYNB-tvgvD8bc/s1600/V23954_IPMAINCOMP_FI1.jpg
Adidas Adizero F50


Seorang bapa membawa anak lelakinya ke kedai kasut sukan. Si bapa sudah lama janjikan untuk membeli kasut bola jika anaknya berjaya mewakili sekolah dalam pasukan bola sepak. Latihan bola sepak akan diadakan tak lama lagi, si anak merengek beberapa kali untuk dibelikan kasut bola kerana sebelum ini si anak hanya memakai kasut sekolah biasa semasa bermain.

Tiba di kedai, si bapa dan anaknya berpusing-pusing beberapa kali kedai sukan mencari kasut bola yang sesuai untuk anaknya.

28.5.13

10 Ciri Calon Suami Yang Baik


Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut manakala jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut :
  1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

  2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak-ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

  3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

  4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

  5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

  6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu-lalang ketika sedang bercakap-cakap.

  7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

  8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

  9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

  10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa [sumber]

14.5.13

Undangan Perkahwinan Azhan & Hanisah | Doakan Kami

 

Salam untuk semua, moga Allah rahmati

Dengan rasa rendah diri, saya ingin mengundang sahabat2 blog Mohamadazhan.com ke Majlis Perkahwinan Azhan + Hanisah yang akan berlangsung pada bulan Jun 2013. Yang berkelapangan masa, dijemput memeriahkan majlis kami nanti. Tentatif majlis dilampirkan di bawah. Pada 24 Mei 2013, insyaAllah majlis akad nikah saya dan Hanisah akan dilangsungkan. 

Perasaan?? Bercampur baur sebenarnya...gembira, takut, gementar. Moga aku diberikan kekuatan untuk memegang amanah sebagai seorang suami dan bapa yang soleh, memimpin keluarga mencontohi baginda nabi Rasulullah SAW....Doakan kami, moga mendapat kebahagiaan melayari bahtera rumah tangga nanti, amin. Moga segalanya dipermudahnkan-NYA.

Tentatif Majlis

AZHAN
Tarikh : 1 Jun 2013 (Sabtu)
Tempat: Dewan Masjid Sultan Abdul Halim, Taman Ria Jaya, 08000 Sungai Petani, Kedah.

HANISAH
Tarikh : 2 Jun 2013 (Ahad)
Tempat: Restoran Ikan Bakar Anjung Kuala, Seberang Kota, Kuala Kedah, Kedah Darul Aman.

“Ya Allah ya Tuhan kami, kami mohon doa dan restuMu, berkatilah majlis kami dan majlis yang dilangsungkan ini agar berjalan dengan sempurna seperti mana yang kami kehendaki.

Kami mohon padaMu ya Allah, agar melimpahkan nur kebahagiaan kepada kehidupan yang bakal kami tempuhi bersama dan kekalkan perkahwinan ini selama-lamanya hingga ke akhir hayat, dunia dan akhirat. Amin ya Rabbal ‘Alamin.”

26.8.12

Bersedia Berjauhan Lagi | Kisah Aku dan Keluarga

Salam untuk semua, moga dirahmati

Habis sudah seminggu bercuti sambut Aidilfitri...kembali bertugas dan belajar. Kali ni aku sambut raya agak berbeza rasa...memandang aku dan keluarga akan berjauhan dengan adik yang bongsu (Ayi) ke Mesir, seminggu cuti agak terhad untuk aku tolong apa patut persiapan Ayi. Adik kedua, Anwar pula sambung degree di UiTM Shah Alam...aku macam biasa...belajaq kat KL...akhirnya ditempatkan kerja juga di ibu kota ni. Mak dan ayah bakal berdua tanpa anak2 lepas ni.

20.8.12

Adik bongsu sambung belajar di Mesir

Photo: Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin daripada Mohamadazhan dan keluarga-1 Syawal 1433H.
 Selamat Hari Raya dari Mohamadazhan.com sekeluarga buat teman-teman.
(Ayi, emak ayah tersayang, Anwar, Azhan.) Hero belaka...haha


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...