Pages - Menu

Showing posts with label IBU BAPA. Show all posts
Showing posts with label IBU BAPA. Show all posts

25.6.13

Cerita Antara Messi dan But "Toyu"


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiO8qozJ1e4x2jqQIi4w-YjE5pMScvRHnGL5RO1O1QvMIKPQ6uJ4scHmaPtoC2OK2Bi_TAV_eufIiuBhTnQ6QMMs7HUCky8tCiP6bIK39vIHjtbkTaNUXw-Eur_lhEASMtYNB-tvgvD8bc/s1600/V23954_IPMAINCOMP_FI1.jpg
Adidas Adizero F50


Seorang bapa membawa anak lelakinya ke kedai kasut sukan. Si bapa sudah lama janjikan untuk membeli kasut bola jika anaknya berjaya mewakili sekolah dalam pasukan bola sepak. Latihan bola sepak akan diadakan tak lama lagi, si anak merengek beberapa kali untuk dibelikan kasut bola kerana sebelum ini si anak hanya memakai kasut sekolah biasa semasa bermain.

Tiba di kedai, si bapa dan anaknya berpusing-pusing beberapa kali kedai sukan mencari kasut bola yang sesuai untuk anaknya.

26.8.12

Bersedia Berjauhan Lagi | Kisah Aku dan Keluarga

Salam untuk semua, moga dirahmati

Habis sudah seminggu bercuti sambut Aidilfitri...kembali bertugas dan belajar. Kali ni aku sambut raya agak berbeza rasa...memandang aku dan keluarga akan berjauhan dengan adik yang bongsu (Ayi) ke Mesir, seminggu cuti agak terhad untuk aku tolong apa patut persiapan Ayi. Adik kedua, Anwar pula sambung degree di UiTM Shah Alam...aku macam biasa...belajaq kat KL...akhirnya ditempatkan kerja juga di ibu kota ni. Mak dan ayah bakal berdua tanpa anak2 lepas ni.

17.4.12

Kisah Seorang Bapa Menyambut Kepulangan Anak

Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA

Beberapa hari lepas aku bertugas di sekolah semasa waktu murid-murid selesai sesi persekolahan...aku hanya terpacak sahaja di tepi pagar memantau keselamatan murid keluar masuk sambil dijemput oleh ibu bapa masing2...yang datang semua berkereta besar...yang paling kaya aku tengok datang dengan berkereta Hummer...kalau langgar motorsikal aku pun boleh hancur...satu2nya guru bermotorsikal di sini...hehe

Cuaca petang sekitar jam 1.45 petang memang sangat terik...aku diteduhi bumbung bersebalahan pagar sekolah...sambil mata tak putus melihat gelagat2 ibu bapa yang menjemput...tertarik aku dengan seorang "uncle"...dia datang dengan motorsikal...siap sedia menunggu di depan pagar menanti anaknya...aku hanya memerhati...jarang2 la ibu bapa SJK datang dengan motorsikal...depa ni kaya raya...

29.12.11

Si Tua Akhiri Usia Yang Memilukan | Nasib Dihari Tua

Salam untuk semua, moga dirahmati

Lama benar tak bercerita dan berkongsi sesuatu…aku nak bercerita satu kisah yang dilalui dua minggu lepas…kisahnya bermula di kampung halaman di sebuah daerah jauh nun di sana. (tempat dirahsiakan…hehe)

Aku balik ke kampung ketika tu atas sebuah urusan…aku sekadar menemani mak dan bapa saudara aku saja…dalam sibuk2 berurusan aku dan bapa saudara berjalan kaki ke suatu arah…terpandang dari sebelah kanan seorang lelaki tua terjatuh atas ban(jalan kecik) bendang…di sisinya sebuah basikal tua sambil terikat kemas bungkusan makanan dan minuman…

“La…Pak Lang (bukan nama sebenar) dari mana ni….orang lain dah pesan jangan keluar sorang2 macam ni…tengah matahari rembang panas lagi…” Lebih kurang macam tu nasihat Bapa Saudara aku…aku diam sekadar menolong menongkat semula basikal tuanya…aku lihat kepala dan tapak tangannya berdarah…tidak kurang bau pakaian yang entah berapa lama tidak ditukar…Pak Lang kelihatan tidak terurus…wajahnya malu sebenarnya…tetapi cuba melemparkan senyuman dan berkata sesuatu.

Aku difahamkan Pak Lang berusia lingkungan 70 tahun ke atas…Bapa Saudara aku membiarkan seketika Pak Lang mengambil hela nafas…Pak Lang tercungap2 penat disamping menahan darah yang mengalir…dipapahnya supaya berdiri…Pak Lang sebenarnya tidak punya kudrat lagi untuk berjalan…manakan tidak tenaganya sekadar mampu menggerakkan setapak2 langkah… aku sendiri hairan sejak pukul berapa Pak Lang keluar rumah untuk membeli sarapan kerana ketika itu jam sudah menghampiri 12 tengah hari…melihat kudrat tuanya lagi….

Bapa Saudara aku terpaksa meminjamkan kereta sorong tetangga kampung yang terdekat untuk mengantar Pak Lang pulang ke rumah…aku sendiri tak sampai hati nak bawa pakai kereta sorong…keadaan terpaksa….jarak lebih kurang seratus meter dari ban bendang tersebut. Untuk memapahnya berjalan mungkin Pak Lang sendiri tidak berdaya lagi…

Berhenti kereta sorong di hadapan sebuah rumah usang…seperti rumah tinggalan orang sejak 5 tahun…buruk…semak samun ditumbuhi lalang…kelihatan bertaburan plastik2 sampah…sisa makanan yang tidak dibuang di atas lantai rumah…bau tidak terkata lagi…aku memapah Pak Lang hingga ke kerusi malas yang dilapik sebuah bantal buruk…”Kenapa nasibnya sebegini….? Biar betul pak cik ni dok rumah ni….?” aku tertanya2 sendirian…aku sendiri pertama kali bertemu Pak Lang.

“Nasib hari tua tiada siapa yang tahu…Pak Lang anak ramai…tapi sorang pun tak ambik peduli…ada la yang balik jenguk…semingu dua minggu sekali macam tu…” Bebel Bapa Saudara aku semasa berjalan pulang…aku diam sahaja…sangat simpati…entah siapa peduli mandi pakai Pak Lang seharian. Apa nasib hari tua kita nanti akan dikelilingi riuh rendah anak cucu atau sendirian menunggu mati?

Bukan untuk mengaibkan…tapi waktu muda jagalah hubungan tetangga dengan baik…yang paling penting hubungan kita dengan Allah…” Bapa Saudara aku terus menambah lagi…mungkin Pak Lang ada sejarah kurang baik ketika muda dahulu…aku tidak bersoal lagi…cuba memahami perkara yang dimaksudkan. Kasih Allah menasihati diri melalui insan yang lalu…moga Pak Lang diampunkan dosa dan dirahmati-NYA. Sebelum keluar dari rumah buruk Pak Lang…aku terpandang ditangannya masih digenggam tasbih…

22.2.11

Kasih Ibu Bapa Membawa Ke Syurga


Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA ('',) 

Oleh:Hanisah Harun
 
Lahirnya ke dunia, seorang bayi meraung dan menangis memecah kesunyian, saat di mana manusia sekililing menunggu ketibaan insan baru dalam kehidupan. Tangisan bayi comel itu membawa khabar gembira kepada sepasang suami isteri yang bergelar ibu dan bapa. Tangisan itu melakarkan senyuman yang berpanjangan. Penantian yang panjang selama 9 bulan 10 hari terasa sangat bermakna, pengorbanan ibu melahirkan anaknya suatu pengorbanan teragung yang tiada tolak banding.

Namun sangat memilukan apabila pusat penjagaan orang-orang tua sentiasa penuh dan bertambah dengan kedatangan penghuni-penghuni baru setiap masa. Persoalannya, apakah anak-anak sekarang sudah buta dalam menilai dan menghargai? Sedangkan nilai kasih sayang seorang ibu tidak terhingga terhadap anak yang dilahirkan. Ibu yang mendidiknya bermula dengan belajar meniarap hinggalah anak itu pandai berlari-lari, malah tidak kurang yang sangat petah berkata-kata.

RASULULLAH menangis, hiba hatinya mendengar luahan hati seorang ayah mengenai anaknya. Lelaki tua itu berkata: “Ketika kecil, tanganku inilah yang memberimu makan. Engkau kehausan, akulah yang menuangkan. Jika kau sakit, tiada aku tidur sepanjang malam, sakitmu itu membuatku kerisauan. Tetapi kini selepas engkau mencapai tujuan. Kulihat dalam dirimu apa yang tidak kuharapkan. Kau balas dengan kekerasan dan kekasaran. Seolah-olah nikmat dan anugerah itu engkau yang berikan.”

Berlinangan air mata Rasulullah, baginda memanggil anak itu dan bersabda kepadanya: “Kamu dan semua milikmu, semuanya adalah milik ayahmu.” Hadis riwayat Ibn Majah, Imam Ahmad dalam al-Musnad, Ibnu Hibban dalam Sahihnya dan al-Baihaqi dalam al-Sunan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...