Pages - Menu

Showing posts with label nasihat. Show all posts
Showing posts with label nasihat. Show all posts

29.9.13

Nasihat Luqman Hakim Kepada Anaknya

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEicTTWeQluQnia66dMyRMCmvKzO9P6be45gozJz-oO8wT7BYhEj1sS0SggiPHCXu5w6PRYRrPWNnssCdi3kr_zYIUgNnn-S_t6leIE9eopm_Fw-yRSjgpPP9F_Ak7IhlLNPMd4Dv2QF5WA/s320/nasihat.jpg


Luqman Al-Hakim mengajar anaknya ilmu yang datang dari sisi Allah Yang Maha Mengetahui. Beliau pernah berpesan dan menasihati anaknya:

1. “Wahai anak kesayanganku! Allah SWT memerhatikan dirimu dalam kepekatan malam, semasa engkau bersolat atau tidur lena di belakang tabir di dalam istana. Dirikan solat dan jangan engkau berasa ragu untuk melakukan perkara makruh dan melempar jauh segala kejahatan dan kekejian."

2. “Wahai anakku! Selalulah berharap kepada Allah SWT tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai Allah SWT. Takutlah kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takut (takwa), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat Allah SWT.”

29.12.11

Si Tua Akhiri Usia Yang Memilukan | Nasib Dihari Tua

Salam untuk semua, moga dirahmati

Lama benar tak bercerita dan berkongsi sesuatu…aku nak bercerita satu kisah yang dilalui dua minggu lepas…kisahnya bermula di kampung halaman di sebuah daerah jauh nun di sana. (tempat dirahsiakan…hehe)

Aku balik ke kampung ketika tu atas sebuah urusan…aku sekadar menemani mak dan bapa saudara aku saja…dalam sibuk2 berurusan aku dan bapa saudara berjalan kaki ke suatu arah…terpandang dari sebelah kanan seorang lelaki tua terjatuh atas ban(jalan kecik) bendang…di sisinya sebuah basikal tua sambil terikat kemas bungkusan makanan dan minuman…

“La…Pak Lang (bukan nama sebenar) dari mana ni….orang lain dah pesan jangan keluar sorang2 macam ni…tengah matahari rembang panas lagi…” Lebih kurang macam tu nasihat Bapa Saudara aku…aku diam sekadar menolong menongkat semula basikal tuanya…aku lihat kepala dan tapak tangannya berdarah…tidak kurang bau pakaian yang entah berapa lama tidak ditukar…Pak Lang kelihatan tidak terurus…wajahnya malu sebenarnya…tetapi cuba melemparkan senyuman dan berkata sesuatu.

Aku difahamkan Pak Lang berusia lingkungan 70 tahun ke atas…Bapa Saudara aku membiarkan seketika Pak Lang mengambil hela nafas…Pak Lang tercungap2 penat disamping menahan darah yang mengalir…dipapahnya supaya berdiri…Pak Lang sebenarnya tidak punya kudrat lagi untuk berjalan…manakan tidak tenaganya sekadar mampu menggerakkan setapak2 langkah… aku sendiri hairan sejak pukul berapa Pak Lang keluar rumah untuk membeli sarapan kerana ketika itu jam sudah menghampiri 12 tengah hari…melihat kudrat tuanya lagi….

Bapa Saudara aku terpaksa meminjamkan kereta sorong tetangga kampung yang terdekat untuk mengantar Pak Lang pulang ke rumah…aku sendiri tak sampai hati nak bawa pakai kereta sorong…keadaan terpaksa….jarak lebih kurang seratus meter dari ban bendang tersebut. Untuk memapahnya berjalan mungkin Pak Lang sendiri tidak berdaya lagi…

Berhenti kereta sorong di hadapan sebuah rumah usang…seperti rumah tinggalan orang sejak 5 tahun…buruk…semak samun ditumbuhi lalang…kelihatan bertaburan plastik2 sampah…sisa makanan yang tidak dibuang di atas lantai rumah…bau tidak terkata lagi…aku memapah Pak Lang hingga ke kerusi malas yang dilapik sebuah bantal buruk…”Kenapa nasibnya sebegini….? Biar betul pak cik ni dok rumah ni….?” aku tertanya2 sendirian…aku sendiri pertama kali bertemu Pak Lang.

“Nasib hari tua tiada siapa yang tahu…Pak Lang anak ramai…tapi sorang pun tak ambik peduli…ada la yang balik jenguk…semingu dua minggu sekali macam tu…” Bebel Bapa Saudara aku semasa berjalan pulang…aku diam sahaja…sangat simpati…entah siapa peduli mandi pakai Pak Lang seharian. Apa nasib hari tua kita nanti akan dikelilingi riuh rendah anak cucu atau sendirian menunggu mati?

Bukan untuk mengaibkan…tapi waktu muda jagalah hubungan tetangga dengan baik…yang paling penting hubungan kita dengan Allah…” Bapa Saudara aku terus menambah lagi…mungkin Pak Lang ada sejarah kurang baik ketika muda dahulu…aku tidak bersoal lagi…cuba memahami perkara yang dimaksudkan. Kasih Allah menasihati diri melalui insan yang lalu…moga Pak Lang diampunkan dosa dan dirahmati-NYA. Sebelum keluar dari rumah buruk Pak Lang…aku terpandang ditangannya masih digenggam tasbih…

7.12.11

Kisah & Pengajaran Daripada Seorang Budak Melaungkan AZAN.

budak-main Kanak-kanak umpama kain putih….

Salam untuk semua, moga dirahmati

Kadang-kadang Allah membiarkan mata dan hati bersatu, supaya kita mengambil suatu iktibar dan ibrah tentang sesuatu. Minggu lepas aku singgah kat sebuah masjid solat Zohor di sebuah daerah yang tidak jauh daripada tempat aku. Lebih kurang 5 minit lagi sebelum masuk waktu…aku sempat luang masa kejap baca info2 pada papan kenyataan masjid…padat & interaktif! Tak berapa lama, jam berdetik2 berbunyi…tanda waktu solat sudah masuk. Aku bergegas ke tempat wudhuk tak jauh dari ruang solat utama.

Allahuakbar….Allahuakbar…..! Azan kuat dilaungkan…jelas…nyaring. "Ya Allah…suara anak sapa tu…sedapnya…”Aku sedikit teruja sebenarnya…tak sabar nak tengok tok bilal yang azan ni…selesai wudhuk aku terus melangkah masuk ke ruang solat utama…dari jauh aku memandang seorang budak berjubah, berkopiah coklat sedang melaungkan azan…dahsyat! aku jangkakan umurnya baru 4 tahun, kecik saja…selesai azan datang seorang budak yang lebih berumur, mungkin abangnya…lingkungan 8 tahun membimbingnya ke tempat solat di hujung saf.

Selesai solat, aku menunggu mak dan ayahku di luar masjid…sempat aku tengok kelibat dua orang budak tadi yang juga sedang melangkah untuk pulang…disamping mereka ditemani seorang ayah. Aku terus hulurkan tangan…rasa kagum dengan lelaki tersebut, bukti didikan agama yang baik pada anak2…tapi aku terasa hiba…tersentak!! Rupanya budak comel yang azan tadi mempunyai masalah penglihatan…buta kedua matanya!! Patutlah selepas azan abangnya datang menjemput ke hujung saf….Ya Allah!!! Terkedu…terus memandang sehingga mereka bergerak pulang dengan motorsikal… 

Seorang budak yang buta punya nilai disisi agama…aku yang sihat ini entah apa sumbangan aku pada agamaku…umur pula sudah jauh berbeza…aku pula terasa malu melihat semua ni…kadang2 Allah sengaja membiarkan kanak-kanak menjadi penasihat. Dewasa umur belum pasti selamat…Tidak Allah ciptakan sesuatu itu sia-sia…moga Allah merahmati kehidupan budak tersebut =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...