Pages - Menu

Showing posts with label Info Sihat. Show all posts
Showing posts with label Info Sihat. Show all posts

7.11.11

Daging Kambing Rendah Lemak Tepu


Berapa orang makan ni???

Salam untuk semua, moga dirahmati

Raya Qurban ni hampir semua tempat akan jalankan ibadah qurban. Kadang2 satu khariah(masjid) melebihi 10 ekor lembu/kerbau/kambing. Murah betul rezeki kita, alhamdulillah...sakit juga perut aku ni byk makan daging. Aku jarang2 juga tgk kambing dibuat qurban, mungkin yang memakannya itu juga jarang...yalah daging kambing ni bau sikit...ada pula yang tak lepas tekak nak telan...tapi byk khasiatnya.


Daging kambing adalah rendah kandungan lemak tepu (PUNCA PEMBULUH DARAH TERSUMBAT) yang boleh menyebabkan pembentukan plak yang akan menyempitkan seterusnya membuatkan arteri kita tersumbat. Fakta ini disahihkan apabila anda memanggang daging. Daging lembu, bebiri dan ayam mengeluarkan lebih banyak lemak yang jatuh atas arang berbanding daging kambing. Lopas ni try2 la makan kambing pula, tgk pak arab belasah seekor hidagan kambing 4 orang ja...

5.7.11

Fungsi Kulit Manusia | Lapisan Nipis Suatu Penciptaan Hebat


Lubang-lubang berukuran sangat kecil yang ada di kulit kita disebut pori-pori. Jumlahnya sangat banyak, berjuta-juta. Pori-pori ini membantu tubuh dalam mengeluarkan air dalam bentuk keringat yang berfungsi dalam menjaga suhu tubuh tetap dingin, membuang garam-garam mineral dan asam urat dari tubuh, dan mengeluarkan sedikit minyak tubuh agar kelembapan tubuh tetap terjaga.



Menurut lembaga riset 'Old Spice' yang dilakukan di kota New York, USA pada saat cuaca yang panas, di siang hari yang terik (73,8 F) penduduk kota tersebut menghasilkan 4.921.035,34 liter peluh setiap jam, beertin jumplah peluh cukup untuk memenuhi kolam 'Central Park' seluas 48 hektar dalam 32 hari.

1.6.11

Info Sihat: Kebaikan Epal Hijau


Tahukah anda, Malaysia kini mempunyai ladang epal hijau? Mungkin ada yang menjawab -tentulah ada di Cameron Highlands! Tapi, adakah anda tahu bahawa epal hijau juga turut ditanam di Sarawak? Iaitu ditanam di Ladang Kampung Buduk Nur, Ba Kelalan di Sarawak. Ladang yang luasnya 10 hektar ini diusahakan oleh suku kaum Lun Bawang atau dikenali sebagai Orang Gunung.

Epal hijau kaya dengan zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A, vitamin B dan serat.

Berikut adalah beberapa kelebihan dan khasiat epal hijau yang perlu kita ketahui:

10.5.11

Tips Menghadapi Cuaca Panas Dan Jerebu

 Ni kalau panas sangat dapat main air macam ni memang terbaik!

Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA =)

Dah masuk 6 hari hujan tak turun, memang terasa bahang sangat terutama kalau nak tidur waktu malam. Tekak pun dah rasa lain macam dah, kering sangat. Katanya cuaca panas ni disebabkan oleh kesan Tsunami di Jepun lepas, ada kata kerana pembakaran jerami di Indon. Entah lah mana satu betul, tetapi cuaca panas ni ditambah pula dengan jerebu yang semakin hari makin tebal.

Sebelum pergi kelas petang ni, nak kena cari mask lah, lain macam dah rasa habuk waktu bawa motor tadi.  Kepada sahabat2 semua, sambil main blog tu, sediakan air kat sebelah laptop/PC anda ya, jaga kesihatan sebaiknya. =)  

Di bawah ni ada beberapa tips ringkas hadapi cuaca panas dan jerebu:-

9.5.11

Aku Sudah Berani Jumpa Doktor Gigi

Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA =)

Dah hampir 6 tahun tak jumpa doktor gigi ni, hari ni berjaya cipta rekod peribadi memberanikan diri untuk terima rawatan gigi.hehe. Hebat tak? haha. Memang dasar penakut betul aku ni! Semalam pun sebelum nak jumpa beberapa kali call mak bagi tahu, adoi. Masalah betul budak sorang ni, sekurang2nya dapat cakap dengan mak dapat semangat sikit =)

Tadi jumpa sebab kena buat rawatan, geraham terserpih sikit. Doktor cuma buat tampalan saja, memang nyilu juga. Tetapi rasa berbeza waktu kecik2 jumpa doktor dulu, dulu lagi sakit rasanya. Sekarang tengok alat2 yang digunakan semua canggih2 belaka, sakit pun tak rasa la sangat. Kepada sahabat2 yang dah lama tak jumpa doktor cek gigi tu, cepat2 lah jumpa ya sebelum gigi ada rosak dan hilang dari gusi =)

Terserpih sikit gigi dah terasa hilang satu nikmat, susah hati dibuatnya. Itu baru gigi, betapa besarnya dan hebatnya ciptaan Allah. Hilang gigi dah tak boleh dah cari yang sama macam ori, tak ori yang boleh tanggal2 ada la. Tadi terpaksa lah buat muka cool ja atas kerusi waktu rawatan sebab ramai pulak nurse pembantu, tak kan nak buat muka penakut pulak kan.haha. Padahal dalam hati dah beribut kencang dah.

Lebih kurang 20 minit, selesai rawatan, bersyukur alhamdulillah. Lepas ni saya bertekad nak jaga makan dan jaga kesihatan gigi. 6 bulan sekali sebaiknya jumpa doktor gigi untuk pemeriksaan. Kepada sahabat2, jaga gigi anda sebaiknya ya, nikmat yang tidak boleh dicari ganti =)

Jom klik untuk tengok bagaimana menjaga gigi supaya sentiasa sihat (Miecyber)

1.4.11

Jom Beriadah Di Taman Rekreasi Bukit Jalil (Gambar Menarik)

Salam untuk semua, moga dirahmati ('',)

Hujung minggu ni seperti biasa, saya perlu ubah sikit rutin mingguan yang banyak dihabiskan terperuk di bilik saja....kadang2 tidur ja, memang buang masa.ish2. Awal pagi sahaja, seorang kawan ajak jogging, susah juga nak jogging kat area2 rumah sewa ni, dah la banyak anjing kat taman perumahan ni. Rupanya tak jauh dari rumah ni, lebih kurang 10 minit  dari rumah ada sebuah taman reakreasi yang sangat menarik....ni pertama kali saya jejak kaki situ. Teruja dengan taman tu, terus nak kongsi dengan sahabat2 semua. Siapa yang tinggal area K.L mungkin boleh datang bawa keluarga beriadah. Berbaloi2....Kawasannya sangat luas, ada dua tasik yang besar dan dikekelilingi tumbuhan yang pelabagai. 
Taman Bukit Jalil adalah sebuah taman rekreasi yang terdapat di Bukit Jalil. Ia terletak berhampiran dengan Bukit Jalil Golf Club di tepi Lebuhraya Sungai Besi Puchong. Taman ini lebih luas berbanding Bukit Komanwel. Ia meliputi kawasan berhutan dan kawasan lapang dan sesuai sekali untuk dijadikan tempat beriadah pada bila-bila masa sebelah siang. Ini kerana terdapat kawasan yang dilindungi pokok-pokok yang menghijau dan mengujudkan suasana yang dingin. Anda boleh berjoging di trek-trek yang dibina di dalam kawasan berhutan tanpa merasakan panas bahang mata hari.


Kawasan ini boleh dibahagikan kepada dua kawasan iaitu kawasan yang ditumbuhi pokok-pokok hitan tropia dan juga satu lagi kawasan yang telah diubahsuai dan lapang. Setiap kawasan itu mempunyai tasiknya sendiri dan dihuni oleh kura-kura dan ikan air tawar termasuklah ikan keli dan kan Jepun. Aktiviti memancing adalah dilarang di dalam kedua-dua tasik berkenaan.

20.3.11

Info Sihat: Bahaya Radiasi Telefon Bimbit (Video)

Salam untuk semua, moga ceria2 ('',)

Kemungkinan ramai sudah tahu akan perkara ni, radiasi antara telefon apabila buat panggilan memang sangat tinggi gelombangnya sehinggakan sampai boleh masak makanan. 

Kajian sains sudah lama membuktikan bahawa antenna yang dipakai pada telefon bimbit itu boleh mendeposit atau menyampaikan radiasi (RFR) pada badan manusia, boleh menembusi tisu manusia, apatah lagi menembusi otak manusia yang sudah pasti organ manusia paling lembut dan paling sensitif.

Penyelidikan yang disiarkan akhbar The Independent menunjukkan penggunaan telefon bimbit sebelum tidur menyebabkan orang ramai mengambil masa lebih panjang untuk tidur dan kurang mendapat tidur selesa, sekali gus menjejaskan kemampuan tubuh memperbaiki kerosakan yang dialami pada siang hari.

Saintis merumuskan: "Kajian menunjukkan ketika pendedahan kepada frekuensi 884 'megahertz' membolehkan isyarat tidur disalurkan dan dipercayai penting untuk pulih dari kerosakan pada siang hari, terjejas."

Mengikut satu carta yang disediakan dalam sebuah laman web tajaan CNET, 10 jenis telefon bimbit di Amerika Syarikat yang dianggap hampir ke tahap merbahaya (tapi masih lagi di bawah paras maksimum yang ditetapkan oleh FCC) adalah seperti berikut -
(a) Ericsson T28 World – kadar SAR 1.49
(b) Nokia 5170i – kadar SAR 1.49
(c) Nokia Digital 5160 – kadar SAR 1.45
(d) Nokia 5170 – kadar SAR 1.45
(e) Denso TP 2200 – kadar SAR 1.44
(f) Samsung Uproar – kadar SAR 1.437
(g) Nokia 6162 – kadar SAR 1.42
(h) Nokia 6185i – kadar SAR 1.41
(i) Qualcomm QCP – 1960 – kadar SAR 1.41
(j) Kyocera QCP-6035 – kadar SAR 1.41

16.3.11

Cadangan Aktiviti, 4 Asas Senaman Untuk Kesihatan

Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA ('',)

Entri ni merupakan lanjutan kepada entri lepas iaitu  Info Sihat: 4 Asas Senaman Untuk Kesihatan.  Mungkin timbul sedikit kekeliruan tentang aktivti senaman yang disenaraikan. Saya akan senaraikan cadangan aktiviti yang dapat dilakukan berpandukan kepada 4 Senaman Asas:-

1. Senaman Ketahanan

 Aktiviti 1: Berjalan kaki

15.3.11

Info Sihat: 4 Asas Senaman Untuk Kesihatan

Dahsat! Urat tangan dah nak terkeluar tu..

Salam untuk semua, moga sihat dan ceria ('',)

Senaman membina stamina individu, menghindari daripada penyakit berbahaya dan meningkatkan motivasi rohani dan jasmani. Pilihan senaman yang bertepatan mampu menjamin kualiti hidup yang lebih sempurna dan mengelak daripada kecederaan tulang, sendi dan otot.

1. Senaman Ketahanan

Aktiviti ini berkesan melancarkan sistem pernafasan dan degupan jantung selain meningkatkan kesihatan paru-paru dan sistem peredaran darah. Ketahanan tinggi bukan saja baik untuk kesihatan malah memberi stamina konsisten bagi memudahkan anda melakukan aktiviti seperti menaiki tangga. 


Mengamalkan senaman jenis ini melindungi diri daripada penyakit yang disebabkan faktor usia seperti kencing manis, strok, sakit jantung dan kanser kolon. Antara yang tergolong dalam senaman ini adalah aktiviti berjalan kaki, joging dan berenang.

2. Senaman Keseimbangan

Senaman jenis ini membantu melindungi masalah biasa yang dialami golongan dewasa misalnya, terjatuh. Bagi, warga tua terjatuh mampu menyebabkan sendi dan bahagian badan tidak berfungsi dengan baik dan keadaan ini menyebabkan mereka terpaksa bergantung kepada orang lain untuk melakukan sesuatu perkara. 


Sebahagian daripada senaman keseimbangan ini mampu menguatkan otot kaki dan memberi jangka hayat panjang kepada tubuh dan sendi untuk kekal berfungsi. Senaman jenis ini adalah tekan tubi dan lompat tali.

19.12.10

Info Sihat: Kebiasaan Yang Salah

Apabila melibatkan kesihatan, perkara kecil akan menjadi besar. Sedar atau tidak, perkara biasa yang dilakukan walau sekecil zarah sekalipun boleh mendatangkan masalah yang besar kepada kesihatan sekiranya tidak diambil berat.

Sarung Bantal dan Tilam Lama

Selalunya anda akan menyalahkan orang yang berada di sekeliling anda kerana menjadi punca anda dijangkiti. Tahukah anda bantal dan tilam yang digunakan untuk tidur merupakan salah satu agen penyakit yang paling dekat dengan kita. Pernahkah anda menukar bantal atau tilam yang saban tahun.  Tentu anda pernah bangun dengan mata bengkak dan kepala rasa sakit. Tahukah anda semasa tidur, anda menyedut habuk bersama-sama enzim pencernaan dan kotoran pada bantal dan tilam.  Alergen terkumpul pada bantal berpotensi mencetuskan alahan dan asma. Mencuci dan menukarkan sarung bantal serta tilam, mungkin dapat mengelakkan diri daripada dihinggapi penyakit.  Ini boleh dilakukan setiap dua minggu sekali.   

Menggunakan Berus Gigi Lama

Bilakah kali terakhir anda membeli berus gigi baru. Bakteria, kulat dan virus adalah sesuatu yang kita tidak boleh nampak. Sedar atau tidak mereka juga terdapat di dalam berus gigi anda. Ianya amat berpotensi untuk mendatangkan bahaya kepada kesihatan gigi dan mulut anda. Bakteria dikaitkan dengan penyakit periodontal dan kesihatan jantung. Ianya berkembang biak. Jangkitan kulat oral juga boleh berlaku kepada setiap penghuni rumah atau kembali menjangkiti pengguna berus gigi tersebut. Paling lama sebatang berus gigi boleh digunakan ialah sekitar tiga bulan atau empat bulan sahaja. Bagi kanak-kanak, gantikan berus gigi baru setiap dua atau tiga minggu. Kepada mereka yang menggunakan kawat gigi (braces), kesihatan gigi anda akan terjamin jika kerap menukar berus gigi.

9.12.10

Syukur Atas Nikmat Kesihatan Yang Dikurniakan.

(gambar hiasan)
Sihat bukan pada fizikal sahaja, tetapi rohani juga perlu sihat

Salam untuk semua, syukur atas nikmat-Nya('',)


Sebelum makan malam nak post satu entri, sebelum post ni sempat jenguk2 contest Cik Ain Zulaika, sangat menarik dan unik. Petang tadi ada kesempatan ikut ayah pergi hospital ziarah Pak Njang (bapa saudara) yang masuk wad semalam kerana masalah pernafasan. Pak Njang dah tua, umur lebih kurang 71 tahun. Biasa lah hospital, tempat parking kereta pun penuh ja setiap hari. Kebetulan ayah kerja situ mudah sikit nak parking. 

Pak Njang tengah tidur ja, saja tak nak gangu, lepak2 sembang dengan Mak Njang. Mak Njang kelihatan tenang walaupun saya tahu badannya tidak cukup rehat, kerana setiap minggu kena bawa Pak Njang ulang alik 3 kali seminggu untuk hemodealisis Pak Njang. Begitulah kasih seorang isteri, tidak mengeluh dan sentiasa senyum. Dalam hati saya sangat kagum lihat kecekalannya, umur pun dah semakin lanjut juga tetapi kudrat tuanya terus menabur bakti kepada Pak Njang. 

Mak Njang banyak bercerita tentang pesakit2 yang berjiran dengan Pak Njang. Ada yang masih muda, umur lingkungan 30-40 an. Tetapi dah ada sakit macam2 dah. Seorang pak cik tu, saya tengok kaki dia dah busuk akibat penyakit kencing manis yang tinggi, menakutkan juga. Kesian dan simpati. 

Ada seorang lagi mengalami jangkitan kuman di otak, umur baru 31 tahun. Lihat semua ni saya rasa sangat bersyukur, masih mampu berjalan, makan, berlari, bersukan dan macam2 aktiviti. Alhamdulillah atas nikmat yang dikurniakan ni. Moga tubuh badan yang sihat ni dapat terus berbakti pada agama dan keluarga ('',).

8.12.10

Info Sihat: Senaman Ringan Untuk Blogger Tegar!

Salam untuk semua, syukur atas nikmat-NYA ('',)

Senaman ni sangat sesuai untuk blogger2 tegar yang menghabiskan masa 5-6 jam mengadap PC atau laptop. Juga sesuai untuk pekerja dan mahasiswa yang sentiasa berurusan dihadapan komputer untuk siapkan assignment yang bertimbun2.hehe. Lakukan senaman ini selama 4 minit, setiap 2 atau 3 jam selepas menggunakan komputer. atau lakukan nya sekiranya anda sudah berasa letih.

Senaman ini boleh mencergaskan kembali diri anda, dan mengembalikan kesihatan anda, pengaliran darah menjadi lancar serta otot – otot menjadi longgar.Insya’Allah anda tidak akan berada dalam keadaan stress.


Selamat mencuba!!!

5.12.10

INFO SIHAT: Pemakanan Seimbang Elakkan Obesiti.


Salam untuk semua, syukur atas nikmat sihat yang diberikan ('',)
Sedikit perkongsian tentang info kesihatan, iaitu tentang pemakanan seimbang. Tajuk macam bosan kan, selalu dah dengar dan baca. Tapi yang amalkannya amat sedikit, termasuk lah saya ni...hehe kena mulakan tekad menajaga makan ni. Tambahan dengan musim cuti sekolah ni, banyak kenduri pelbagai juadah hidangan yang menarik dan menguji iman.

Saya ada juga buat sedikit pemerhatian terutama kawan2 yang ada tabiat makan secara tidak sihat. Ada kisah seorang kawan ni, dia ni memang jenis susah sangat minum susu dan makan sayur. Kadang2 saya ada la juga tegur sebab cara pemakanan dia, yala kawan perihatin kan.hehe. Bukan apa kesian kan kawan, tengok makan macamtu. Ada satu hari ni, tengah ramai lepak2 kat rumah sewa, semua penat baru habis kelas. Kawan yang saya ceritakan ni ada lah beli coklat. Tengah khusyuk makan tiba2 ada satu bunyi yang jarang2 dengar. Semua kawan semua terdiam, tercari-cari bunyi apa. 

Member yang tengah makan tadi tiba2 senyum tengok kami semua, senyum pun nampak lain dah. Gigi depannya terserpih separuh, terkejut juga tengok. Makan coklat sampai patah gigi! Member2 lain apa lagi, gelak gila2 lah, macam nak pecah rumah.hehe. Dalam hati tak sampai hati pula nak gelakkan mamat ni, muka pun dah lain dah sebab malu. Geleng kepala dibuatnya, contoh tragedi akibat kurang mengambil berat tentang pemakanan. Pengajaran untuk semua. Muda2 lagi dah kurang kalsium.

Jom kita tengok beberapa kelas pemakanan yang sepatutnya dimakan untuk seharian. Makanan terdiri dari tiga kumpulan iaitu makanan yang memberi tenaga, menjauhi dari penyakit dan membina sel-sel dan tisu tubuh.

28.11.10

Info Sihat: Jom Amalkan Madu Lebah.

Salam untuk semua, syukur atas nikmat kesihatan dari-NYA ('',)

Info SIhat kali ini saya nak kongsikan sikit dengan sahabat2 tentang khasiat pengambilan madu. Madu adalah pemakanan sunnah yang diamalkan oleh baginda nabi. Minum madu bukan saja sihat malah mendapat pahala sunnah lagi. Saya sendiri mengamalkan pengambilan madu sejak 2 tahun yang lepas dan kesannya sangat positif, memberikan tenaga kepada diri ketika menjalankan aktiviti lasak atau bersukan.  Untuk sahabat2 yang bersukan boleh try resipi ringkas ni, ada satu tips pemakanan yang sering saya amalkan sebelum bersukan, mula2 rebus telur separuh masak dan dimakan dengan dicampur sedikit madu. Ya..rasanya best dan memberikan tenaga! Nanti sahabat semua boleh try ok.. ('',)

Dibawah ni ada beberapa kebaikan pengambilan madu. Selepas baca, tekad mulakan perubahan untuk kesihatan anda. Sihat2 selalu ;)

1. BAYI/KANAK-KANAK:
a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.

25.11.10

Info Sihat: Gambar Menarik Molekul Air, Rahsia Air Kosong


Salam untuk semua, entri info sihat yang lepas adalah berkaitan tentang kebaikan minum air kosong. Sekarang saya ingin kongsikan pula tentang air kosong yang dibacakannya dengan ayat2 Al Quran yang mulia. Lihat gambar di atas! Subhanallah, cantik dan indah kan, itu adalah molekul air zam-zam. Dibawah dikisahkan tentang isi ceramah yang disampaikan oleh Ust Abdullah, seorang penceramah UM. Jom layan info menarik ni.. 

Penemuan ini sungguh menakjubkan dan wajib dikongsi bersama, kenapa dgn keizinanNYA air penawar boleh menyembuhkan penyakit, baca dan hayatilah petikan di bawah:

Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah.

Ustaz kemudian bercerita bahawa dia telah berkesempatan menghadiri satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru ini yang mana kebanyakan participant yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari UM).

24.11.10

Info Sihat: Jom Ketahui Rahsia Air Kosong, Semoga Bertambah Sihat


Salam untuk semua, mulakan hari dengan lafaz pujian kepada Allah dan berfikiran positif untuk kehidupan. ('',)

Entri kali ni saya nak kongsi dengan sahabat semua tentang suatu amalan yang mungkin kadang2 kita terlepas pandang iaitu minum air kosong dengan kadar yang mencukupi. Pada kebiasaannya air kosong selalunya akan dimasak terlebih dahulu, ataupun sekarang ni kan banyak penapis air yang canggih2 yang menggunakan teknologi Nano, bermakna kita sebenarnya mudah untuk memperoleh air kosong sebagai minuman harian. 

Baiklah, kita mulakan perubahan dan gaya hidup dengan lebih sihat dengan mengetahui rahsia air kosong. Jom layan sekejap tentang kajian ni...

Kenapa Anda Perlu Minum Air?
Kita semua memerlukan air sebagai nutrien penting bagi kehidupan. Air bagi memastikan sel dalam badan kita berfungsi dengan sempurna. Dianggarkan sebanyak 55 hingga 75 peratus tubuh badan kita terdiri daripada air. Seseorang dapat hidup hingga 70 hari tanpa makanan tetapi hanya bertahan hingga 10 hari sahaja sekiranya tiada air. Ini bermakna air sangat penting untuk kehidupan.

Air juga penting sebagai ajen yang membantu mengangkut nutrien dan bahan kumuh, membantu penyerapan makanan selain memastikan tahap suhu badan keadaan stabil.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...