Dahsat! Urat tangan dah nak terkeluar tu..
Salam untuk semua, moga sihat dan ceria ('',)
Senaman membina stamina individu, menghindari daripada penyakit berbahaya dan meningkatkan motivasi rohani dan jasmani. Pilihan senaman yang bertepatan mampu menjamin kualiti hidup yang lebih sempurna dan mengelak daripada kecederaan tulang, sendi dan otot.
1. Senaman Ketahanan
Aktiviti ini berkesan melancarkan sistem pernafasan dan degupan jantung selain meningkatkan kesihatan paru-paru dan sistem peredaran darah. Ketahanan tinggi bukan saja baik untuk kesihatan malah memberi stamina konsisten bagi memudahkan anda melakukan aktiviti seperti menaiki tangga.
Mengamalkan senaman jenis ini melindungi diri daripada penyakit yang disebabkan faktor usia seperti kencing manis, strok, sakit jantung dan kanser kolon. Antara yang tergolong dalam senaman ini adalah aktiviti berjalan kaki, joging dan berenang.
2. Senaman Keseimbangan
Senaman jenis ini membantu melindungi masalah biasa yang dialami golongan dewasa misalnya, terjatuh. Bagi, warga tua terjatuh mampu menyebabkan sendi dan bahagian badan tidak berfungsi dengan baik dan keadaan ini menyebabkan mereka terpaksa bergantung kepada orang lain untuk melakukan sesuatu perkara.
Sebahagian daripada senaman keseimbangan ini mampu menguatkan otot kaki dan memberi jangka hayat panjang kepada tubuh dan sendi untuk kekal berfungsi. Senaman jenis ini adalah tekan tubi dan lompat tali.
3. Senaman Fleksibiliti
Ia adalah senaman regangan. Mempraktikkan senaman regangan pada bahagian otot dan tisu akan membuatkan tubuh menjadi mudah lentur dan bebas melakukan pelbagai posisi dan gerakan.
Ahli terapi fizikal dan pakar kesihatan menggunakan teknik senaman regangan bagi membantu pesakit melakukan pemulihan sendi akibat kecederaan. Antara contoh senaman jenis ini ialah yoga, gimrama dan aerobik. (Yoga diharamkan untuk muslim)
4. Senaman Kekuatan
Senaman jenis ini bertujuan membina otot tubuh bagi memberi kelebihan kepada diri melakukan sesuatu pekerjaan. Senaman kekuatan membantu meningkatkan kadar metabolisme serta mengawal berat badan dan gula dalam darah.
Ia penting kerana penyakit seperti kencing manis dan obesiti adalah masalah kesihatan yang paling banyak berlaku di kalangan orang dewasa. Malah, senaman jenis ini mampu mengurangkan risiko asteoporosis. Angkat berat adalah jenis kekuatan. (Main dumbell sudah memadai.)
Justeru, pilihlah senaman yang tepat dan bersesuaian dengan kemampuan anda. Pilihan senaman yang tepat penting bagi mengelak kecederaan. Senaman perlu dilakukan secara perlahan-lahan dan berperingkat.
Ramai yang terlalu tergesa-gesa ketika melakukan senaman, sekiranya aktiviti kecergasan dilakukan secara mengejut tanpa melakukan pemanasan ringan ia mampu menyebabkan tisu dan otot badan cedera. Kecederaan ini kadang kala mengambil masa lama untuk pulih.
Tip senaman yang baik
Pilih aktiviti senaman yang menyenangkan dan menghiburkan hati anda bukan sebaliknya. Bagi golongan yang mempunyai penyakit berbahaya anda disaran bertemu doktor bagi mendapatkan nasihat senaman yang bersesuaian. Pakai pakaian yang bersesuaian dengan senaman yang dilakukan bagi mengelak ketidakselesaan dan kecederaan.

Pilih waktu dan tempat yang sesuai supaya anda berasa lebih selesa dan jadikan senaman satu tabiat yang fleksibel. Jika perlu gunakan muzik untuk mendapatkan mood senaman anda. Lakukan aktiviti riadah dengan orang yang paling disenangi seperti keluarga, jiran dan rakan bagi meningkatkan tahap psikologi dan motivasi diri.
saya suka senaman ketahanan.. lepas jogging aje rasa bernafas tu lebih baik dan lebih selesa..
ReplyDeletesenaman berjalan kaki untuk tempoh berapa lama, ya? kalau jalan keluar masuk dapur dalam 3-4 kali dikira x? ;)
ReplyDelete@wahida: betul tu, rajin jog dapat ingkatkan daya tahan kardiovaskular (utk kebaikan paru2 bernafas)
ReplyDelete@siti muthiah:boleh lah juga kalau dapur jauh berautus meter.hehehe
berjalan sekurang2nya 20minit sudah memadai :)
macam mana tu nak wat?
ReplyDeleteaku tak faham ar senaman2 tu semua
ReplyDeleteapa kata ko wat practical sikit
macam mamat kat yg dlm gambar tu
pastu confirm ar aku mesti faham nye ar ngeh3
ENTRY HOT : Lucah Day :p
dah lama aku x senaman..
ReplyDeleteasik main bola ja.. stretching dak pon.. haha..
dah lama dah xjogging..bdn pun semakin naikk..ohh keje tolong g jauh2!! aku nak jogging blkk..hihi
ReplyDeleteMeh singgah: Time2 mcm nie br nak wat keje!!
sini jugak: Lelaki ke Perempuan nie??!
salam. senaman salah satu punca umur kaum lelaki singkat drpd kaum wanita :D
ReplyDelete