6.6.12
Jadual Euro 2012 (Waktu Malaysia)
27.11.11
Malaysia vs Bahrain: Harimau Muda Tewas 3-2 Selepas Mendahului | GOL Nazmi Faiz Terbaik!
Salam untuk semua, moga dirahmati
Tewas selepas mendahului selesa dengan jaringan 2-0? Huh! hakikat yang aku sendiri sukar nak terima…dalam masa 6 minit Bahrain mudah rentapkan sokongan rakyat Malaysia dengan 3 jaringan…! Sangat mengecewakan…dipenghujung masa, pemain2 masih membuka ruang dan berasa selesa dengan asakan Bahrain…aku mengharapkan ini kemenangan pertama tapi terus gagal…mungkin saingan kumpulan Kelayakan Olimpik boleh dilupakan walaupun masih berbaki 3 perlawanan lagi…
Aku melihat kesilapan barisan yang diturunkan adalah memasukkan Irfan Fazail yang jelas belum cergas sepenuhnya, akibatnya coach tak mampu nak keluarkan selepas kecederaan pemain2 lain. Thamil Arasu…? Apa lu buat malam ni….?? Ayoyo…. Pemain paling berbakat? Nazmi Faiz, wonderkid yang mula disebut2 oleh para penyokong membuktikan kehebatan dengan jaringan jarak jauh yang cantik!
22.11.11
Tahniah Harimau Malaya Sukan SEA 2011 !!! | Malaysia Bakal Bertemu Syria Kelayakan Olimpik London
Salam untuk semua, moga dirahmati..
Berakhir sudah debaran, jawapan sudah termaktub! Malaysia berjaya mempertahankan maruah bola sepak…terus kekal kuasa bola sepak Asean…Alhamdulillah, aku percaya seluruh rakyat Malaysia tak lepas peluang tengok game final bertemu Indonesia…memang mendebarkan apabila ketinggalan minit2 awal…tapi sokongan padu penonton tuan rumah sedikit tidak menjejaskan rentak permainan Harimau Malaya! Tahniah kerana berjaya menghukum penonton2 Indonesia yang terlalu ego dan kurang menghormati negara serantau terutama Malaysia….
.
Apek dan back four yang diketuai Fadhli sangat mantap menyerap asakan2 serangan…walapaun Apek awal2 nampak sedikit hilang posisi selepas tewas sepakan sudut minit ke-5. Bad berjaya memainkan peranan kapten sebaiknya! Tahniah bro..balik s.p nanti aku belanja…haha. Permainan game final ni memang menghiburkan, walaupun ramai tonggak utama negara tak main, tetapi OKs (Ong Kim Swee) berjaya mencaturkan strategi tersendiri dengan merombak posisi2 sayap…
.

Tahniah kerana anda berjaya merakam sejarah penting Bola Sepak ASEAN 2011! Macam kenal no 13 tu…hehe.siapa ek? Suspek rakyat Malaysia ni…haha
.
Balik Sukan SEA, kembali dengan perlawanan lebih penting…Kelayakan Olimpik London…bertemu Syria…apa lagi semua, jom turun Stadium Nasional Bukit Jalil nanti! Aku dah book tiket dah…insyaAllah akan turun…kepada penyokong jangan lupa tunaikan dahulu solat Maghrib…jangan kerana sukan kita diazab akhirat, na’uzubillah…
.
Ni suspek aku yang bakal menyerlah masa depan…ada pontensi besar, memang berbakat…tingkatkan kelajuan dan agresif…komen member rumah aku, Muhamad (Juventus fan..hehe)
TAHNIAH RAKYAT MALAYSIA!
19.11.11
Perlawanan Akhir Sukan SEA 2011 Malaysia vs Indonesia
Malaysia vs Indonesia
21 November 2011 (Isnin)
Stadium Gelora Bung Karno
Jam 8 malam live RTM 1, TV3 dan Astro Arena 801
Salam untuk semua, moga dirahmati
Perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA 2011 akan menemukan dua gergasi Asia Tenggara, Indonesia vs Malaysia. Aku menjangkakan Vietnam akan layak tetapi tuan rumah lebih bertenaga menudukkan pasukan Vietnam pada semi-final. Macam biasa…bertemu kembali buku dan ruas…pantang berjumpa ada saja cerita. Terutama penyokong Indonesia yang over…over…fanatik…ada saja usaha sabotaj dan provokasi yang cuba diwujudkan mereka.
Tapi aku harap pemain negara sudah biasa dengan keadaan dan tekanan seumpama itu. Sudah biasa menaiki kereta perisai ke stadium….Perlawanan akhir, tekanan mungkin lebih dirasai oleh Indonesia selaku tuan rumah yang terdesak untuk menang, disamping imej mereka pernah tercalar teruk dibaham pada Piala Suzuki AFF tahun 2010 lepas. Lebih tepat misi balas dendam untuk gama final nanti…! Aku jangkakan Harimau Malaya mampu menjaringkan 3 gol tanpa balas (Izzaq Hatrik)…haha.apa pandangan anda??
22hb ni muka depan akhbar, gambar Safee diganti Izzaq Fariss….hehe. Berusahalah Izzaq menutup mulut pengkritik..!!! Terus mendoakan kejayaan mereka…Harimau Malaya meneruskan legasi kegemilangan bola sepak, Tahniah anak2 muda negara!
Harimau Malaya Layak Ke Peringkat Akhir Sukan SEA 2011 | Fakri Wira Negara!
Salam untuk semua, moga dirahmati
Perlawanan semi-final yang mendebarkan…di minit ke 85 pasukan negara baru berjaya menjaring gol kemenangan hasil tindakan bijak Fakri Shaarani yang meloloskan diri di sudut kanan gawang gol. Fakri juga menjadi nadi penting pada 2 tahun lalu apabila menjaringkan gol kemenangan negara semasa bertemu Thailand pada peringkat yang sama!
Komen aku secara peribadi tentang Fakri, pemain yang keras terhadap lawan, tidak jemu berlari mencari bola, dan larian kencang yang konsisten. Kadang2 penyudah di hadapan gol menjadi punca Fakri dikritik penyokong…tetapi gol2 itu datang di saat2 penting seumpama ni…menakjubkan~
Tahniah Fakri! Izzaq Farris selaku penyerang utama Harimau Muda memerlukan sesuatu untuk meningkatkan lariannya dan ketangkasan dengan pihak lawan…agak lemah aku tengok Izzaq ni, tetapi ada fizikal yang baik kerana susk tubuh yang tinggi. Teruskan berusaha anak2 muda negara, masa masih panjang dan peluang masih terbuka untuk anda membina karier bola sepak yang gemilang!
9.11.11
Video Jaringan Malaysia 2-1 Thailand (SEA Games 2011)
sumber: sokernet.com
Tahniah buat anak-anak muda negara yang berjaya membenam bekas juara 8kali bola sepak Sukan Sea, Thailand. Gol jaringan Baddrol & Izzaq Fariss. Skuad negara punya banyak peluang yang gagal disudahkan dengan baik. Aku harap game akan datang bertemu Kemboja bakal menyaksikan lebih banyak gol sebelum bertembung pasukan tuan rumah Indonesia.
Perlawanan akan datang
MALAYSIA vs Kemboja, 13 Nov,
Jam 5.00 petang.
LIVE Astro Arena an RTM1
16.8.11
Cesc Fabregas Di Barcelona
28.7.11
Prestasi Hambar Pasukan Malaysia | Pak Cik Tua Hebat Berlakon
27.7.11
Lawan Terus Melawan...Isi & Tulang Jadi Santapan
Malam ni malam buat kita semua...sesekali terlalu hormat lawan, lupa bisa dan taringnya...sudah mencakar, terus saja membaham, isi dan tulang jadi santapan...lawan terus melawan...
85,000 tiket Malaysia lawan Singapura habis dijual
Beliau berkata, penjualan tiket yang menggalakkan dan di luar jangkaan itu membuktikan sokongan padu rakyat Malaysia terhadap pasukan bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya tetap kukuh.
"Petang ini semua 85,000 tiket sudah habis dijual yang membuktikan rakyat Malaysia sememangnya yakin dengan pasukan kebangsaan.
"Saya menyeru semua penyokong datang memberi sokongan padu sehingga kita menang saingan ini,” katanya kepada Bernama ketika ditemui dalam tren KLIA Transit dalam perjalanan ke KL Sentral bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak serta anggota kabinet yang lain bagi kempen kibar Jalur Gemilang.
Sebanyak 60,000 tiket telah dibeli pada hari pertama tiket perlawanan itu dijual Selasa lalu. Malaysia kalah 3-5 pada perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar di republik itu, Sabtu lalu.
26.7.11
Aku Berpanasan Kerana Tiket Bola Sepak Malaysia Vs Singapura
Harap ada pemain Harimau Malaya yang baca luahan aku ni....hehe. Jangan hampakan harapan penyokong yang masih tak putus2 memberikan sokongan untuk perlawanan penentu Khamis ni..! Rehat seketika, petang keluar beriadah main bola dengan rakan guru di padang sekolah.
21.7.11
Yoosi Bernayoun Kelahiran Israel Di Booooo Oleh Penyokong Malaysia
Tapi, perkara pertama yang menjadi perhatian adalah kepada seorang pemain Chelsea kelahiran Israel berketurunan Yahudi yang lulus untuk masuk ke bumi Malaysia ini...Yoosi Bernayoun menggunakan kerakyatan Sepanyol untuk ke Malaysia. Setiap kali dapat bola, dia akan di booo panjang oleh penonton yang berada di stadium...sangat menarik! Biar kasi protes juga kepada kezaliman Israel...
16.7.11
Sedutan GOL Malaysia Vs Liverpool | Gol Syafiq Rahim Berkelas Dunia
15.7.11
Asia Tour 2011: Malaysia Vs Liverpool 16 Julai 2011
12.7.11
Harimau Malaya Vs Arsenal 13 Julai 2011, Stadium Nasional Bukit Jalil
Secara logiknya Harimau Malaya seperti sukar membenam salah satu daripada kelab gergasi Eropah, tetapi aku tetap optimis pasukan negara bakal melakukan sesuatu yang luar biasa. Tunggu dan saksikan perlawanannya esok...live in Astro Supersport(817) jam 8.45 malam.
3.7.11
Malaysia Layak Pusingan Kedua | Gol Aidil Zafuan Berkelas Dunia
28.6.11
Sejarah Bola Sepak Malaysia | Mengimbau Kembali Kegemilangan (Gambar Menarik)
Pasukan bola sepak Malaya bersama pasukan Burma sewaktu Pestabola Merdeka tahun 1957 (imej dari Arkib Negara Malaysia) Sebelum terbentuknya Malaysia, pasukan bola sepak Malaysia dikenali sebagai pasukan bola sepak Malaya. Pasukan ini amat digeruni dan antara pasukan terkuat di Asia pada awal 1950-an sehingga 1960-an bersama-sama dengan pasukan bola sepak kebangsaan Korea Selatan. Pencapaian terbaik Malaya ialah berjaya memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1962 di Jakarta setelah menewaskan Vietnam Selatan 4-1. Pasukan ini memasyhurkan nama-nama pemain seperti Abdul Ghani Minhat yang digelar "Raja Bola" (sekarang Dato'), Arthur Koh, G.Govindaraju, Robert Choe, Edwin Dutton dan Stanley Gabriel.

MALAYSIA VS TAIWAN: Kelayakkan Piala Dunia 2014 Brazil | Senarai Pemain Harimau Malaya
Taiwan ranking FIFA [160], Malaysia ranking FIFA [143]. Ranking tidak boleh dijadikan ukuran semata-semata...harapan tetap ada dengan permainan yang konsisten pasukan negara. Jika Malaysia menang, pasukan negara akan bertemu dengan Singapura [144] sebelum melangkah ke peringkat kumpulan bersama negara-negara lain terbaik Asia.
Jom semua rakyat Malaysia, meriahkan Stadium Nasional Bukit Jalil untuk sama2 memberikan sokongan padu kepada pasukan Harimau Malaya! Aku rasa Malaysia boleh menang game ni...jangkaan 2-0. Lama dah aku tak pergi SNBJ...insyaAllah esok akan bertemu dengan anda semua di sana...hehe...bajet macam pemain...siapa nak jumpa boleh jumpa di sana =)
Kepada semua penyokong Harimau Malaya terutama geng Ultras dari semua negeri, berhati-hati dalam perjalanan ke SNBJ...moga perjalanan anda selamat pergi dan pulang, insyaAllah.
Senarai Pemain Harimau Malaya


