Pages - Menu

26.7.11

Aku Berpanasan Kerana Tiket Bola Sepak Malaysia Vs Singapura

Salam untuk semua, moga dirahmati =)

Bahang perlawanan bola Malaysia vs Singapura Khamis ni memang terasa hingga menyusuk tubuh badan aku ni. Lepas saja pulang dari sekolah, aku bergegas ke Stadium Nasional untuk beli tiket perlawanan tersebut, aku diamanahkan oleh sahabat lain membeli 10 keping tiket. Aku sampai jam 3.00 petang. Mula beratur panjang tika tu, tepat jam 3.20 ptg...tiket di Stadium Nasional diumumkan telah hahbis dijual untuk hari ni...katanya penjualan bersambung esok...20 minit aku berpanasan untuk tiket...hati makin panas, kecewa~

Penyokong mula memberontak, ada yang telah berbaris sekian lama, barisan telah capai 80 meter ke belakang. Masing-masing kecewa dengan pengumuman tiket habis. Aku terus panaskan motor bergegas ke Stadium MPPJ, Kelana Jaya...jauh juga tu. Panas bahang matahari menggangu aku membawa motor. Cuaca panas memeritkan kepala yang dilitupi helmet.

Pukul 4 petang aku sampai Stadium MPPJ, terus tercari2 kaunter tiket yang terletak agak ke belakang dari jalan utama. Orang tak ramai yang beratur, tak sampai 3 minit beratur aku telah berjaya membeli 10 keping tiket untuk perlawanan Khamis ni...Fuhhhh! Pengorbanan untuk tiket aku sanggup berpanasan sejak tadi.

Harap ada pemain Harimau Malaya yang baca luahan aku ni....hehe. Jangan hampakan harapan penyokong yang masih tak putus2 memberikan sokongan untuk perlawanan penentu Khamis ni..! Rehat seketika, petang keluar beriadah main bola dengan rakan guru di padang sekolah.

Azhan: Untuk bola mereka sanggup berkorban apa saja, kan lebih baik untuk agama aku melakukan pengorbanan yang sama...muhasabah ramadhan =)

13 comments:

  1. berjaya dapat tiket tu..
    tahniah2..
    x sabar nk gi stadium ni..
    =D

    ReplyDelete
  2. insya-Allah.. semoga kemenangan buat Harimau Malaya

    pstt.. Harap Harimau Malaya jangan tinggal solat! takut Allah murka tak beri kemenangan nanti

    ReplyDelete
  3. diana: tq kak.hehe.

    puteri: insyaAllah, solat berjemaah =)

    hana: teruskan sokongan ! =)

    ReplyDelete
  4. harap2 rajagobal tak setegar spr untuk merombak barisan pertahanan. dah terbukti dalam banyak game mudah bolos.

    ReplyDelete
  5. moga harimau malaya layak ke pusingan seterusnya!

    ReplyDelete
  6. fuh!!!akak baca n3 ni pun boleh rasa kepenatan tu dik.....

    ReplyDelete
  7. update jangan tak update bro..haha

    ReplyDelete
  8. Salam sahabat..

    Harap tak kepanasan jika Malaysia kecundang lagi..

    ReplyDelete
  9. terbaik bro..
    kita kasi penuh..
    aku pun pesan kat member jer

    ReplyDelete
  10. Puas hati kan?, bila pengorbanan tidak sia-sia...membuahkan hasil, tahniah.

    InsyaAllah Malaysia pasti layak ke pusingan seterusnya.

    ReplyDelete
  11. pergh! smangat gila hang..
    sib baek dpt jugak tiket..
    aku sokong kot tv ja.. heheh..

    ReplyDelete
  12. insyaAllah smgt juang yg tinggi mereka boleh pergi ke peringkat seterusnya..mari kite berdoa kejayaan mereka..

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...