Tiada apa lagi nak dibanggakan, sekadar semangat gegak gempita dan sorakan ratusan ribu penyokong sahaja. Permainan hambar, pemain2 Malaysia tidak punya ruang mencipta pelbagai gerakan. Pemain tua Singapura pula tak habis dengan lakonan hanjing mereka di dalam padang...jelas pemain tua berpengalaman yang tidak punya semangat kesukanan. Habis suara aku maki hamun pakcik2 tua tu...prestasi moral terburuk aku sepanjang aku ke stadium.
Dulu Rajagopal pernah kata bahawa dia akan pilih pemain yang punya prestasi semasa yang terbaik...aku jelas hairan dengan pemilihan pemain yang sama prestasi yang sudah mula merudum. Hinggakan terdesak menggunakan Aidil yang jelas belum cergas untuk diturunkan, akhirnya dikeluarkan begitu sahaja...perkara sama pernah berlaku waktu Safee Sali belum cergas dulu...
Pertahanan Malaysia jelas longgar, beberapa kali melepaskan bola dengan mudah...beberapa orang Jurulatih tempatan telah mencadangkan nama-nama pertahanan yang sedang meningkat naik...tetapi Rajagopal terus berdegil, masih sayangkan anak-anak buahnya...hasilnya telah terbukti. Aku puji Apek, berusaha keras menyelamatkan beberapa percubaan.
Midfilder hampir sahaja tidak punya idea untuk mencipta gerakan yang lebih sempurna dan baik ke arah serangan. Aku tak nampak sangat fungsi Ismail Faruqi..lebih banyak membawa bola bersendirian, lambat membuat hantaran ke atas. Amar main dengan baik, memandang gandingan asalnya, Syafiq tak dapat diturunkan, Amar lebih banyak bekerja keras untuk patahkan asakan. Bahagian serangan terlalu banyak bergantung kepada Safee mencipta jaringan. Hadi Yahya terus tenggelam mencipta ruang dan jaringan.
Lepas ni Rajagopal perlu terus saja merombak pasukan, masih ramai pemain yang terus meningkat naik..tak salah menguji lebih ramai pemain. Prestasi lalu bukan ukuran masa depan lagi...sejarah terus jadi sejarah. Mungkin ni game last aku kat SNBJ untuk tahun ni...tahun depan aku dah mula posting, entah tak tahu lagi masih ada peluang atau tidak...penutup yang mengecewakan~