Apa sahaja yang dilakukan oleh mereka tidak lain sekadar untuk melumpuhkan terus karier politiknya. Dulu mereka perlukan dia, dipujuk rayu berjuang bersama...apabila tidak punya kuasa...dilanyak, dibelasah, difitnah segalanya.
Jangan lupa! Dia ada jasa pada negara. Orang bangga Tun membangun Malaysia, tetapi orang lupa siapa insan dibelakangnya. Dalam perjuangan tak semudah yang disangka...Kelihatan seperti sama, hakikatnya berbeza...sewarna sebangsa seagama...mereka berdiri atas nama bangsa, tetapi penuh kotor jijik di jiwa.
Asal Melayu penuh beradab, tidak sekali berlaku biadap...laungkan sahaja apa yang anda mahu...dia tetap tegar, tidak lagi bergoyang...Usah kalian sombong, kuasa tidak pernah selamanya kekal, sejarah bercerita Firaun yang "hebat" turun takhta penuh hina...
adat manusia, semasa berkuasa disanjung n dipuja ttp bila sudah tiada kuasa.........mrk dihina n dicerca...hidup umpama roda.
ReplyDeleteKerana insan inilah juga baru ramai rakyat M'sia terbuka minda dan mengerti politik yg kotor. Banyak memberi kesedaran pada rakyat bahawa kuasa pemerintah adalah di tangan rakyat.
ReplyDeletesokong..mentri mesia lebih elaun dari buat keje..hampah..rakyat asyik kene tipu..bengang
ReplyDeleteSemoga lahir pemimpin-pemimpin yang ikhlas dan bertanggungjawab.
ReplyDeleteIdea sarkastik Usman Awang
ReplyDelete(Mari Hayatinya)
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
jangan mati anak
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
anak di pangkuan mati kebuluran”
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka!
Salam sahabatku,
ReplyDeleteInilah yang dikatakan Sunnah Pejuang.
Dia memilih untuk menentang pemerintah zalim, maka seperti pejuang yang lain tribulasi,fitnah& mehnah akan selalu singgah....
sokong pernyataan na'im nikmat...sunah berjuang!
ReplyDeletekejayaan bukan semudah mengira 123, maka jerih perih dan ketabahan perlu dalam melawan dugaan yg datang...
ReplyDeletenza: betul kak...mereka tidak lagi menghargai
ReplyDeletekakzakie: saya setju! Reformasi...mengubah pemikiran dan suasana umat Melayu
jaya: biasa bro...lu mau kaya lu naik menteri ma...hehe.
syed: insyaAllah..mudah2an =)
ahmad humairi: saya suka sangat biat2 sajak ni...penuh mesej sedap dibaca!
naim: betul sahabat...kadang2 saya sendiri terlalu simpati keadaan mereka....
albanat: TQ kak =)
fasihah: mudah2an saya pun turut kuat hati utk perjuangan =)
azhan,
ReplyDeleteini memang
TERBAEK!
:)
patut DSAI saman datok T tu banyak2
saman malu/aib
geram sungguh
denda rm5,500 je
sumbat dalam jail ke ISA ke
Perjalanan hidup anwar Ibrahim macam kisah Burhanuddin Hilmi...Beliau juga berjuang demi agama dan bangsa.Tapi kena penjara juga..aduhai..
ReplyDeleteimam mazhab dulu pun pernah kena penjara.
ReplyDeleteNabi Yusuf pun.