Pages - Menu

26.8.11

29 Ramadhan Kemungkinan Malam Lailatul Qadar

Salam untuk semua, moga dirahmati Allah =)

Alhamdulillah, awal pagi tadi aku sempat ikuti kuliah dhuha PAKSI Cawangan Sg Petani yang disampaikan oleh Syeikh Ahmad Fahmi Zam-zam dengan berpandukan kitab Riyadus Solihin karangan Imam Nawawi. Aku nak kongsi fomula Lailatul Qadar, menurut Syeikh Fahmi merujuk kepada imam-imam besar yang membuat congakan bahawa malam lailatul qadar jatuh pada ramadhan ke-29 berpandukan kepada 3 petunjuk utama:

Malam ganjil iaitu pada malam 21,23,25,27,29

Jatuh pada malam Jumaat kerana hari Jumaat merupakan Penghulu Segala Hari

Jatuh pada malam Isnin, merupakan hari yang dimuliakan kerana Rasulullah lahir dan wafat pada hari Isnin.

Pada ramadhan tahun ni, malam ramadhan yang ke-29 sahaja yang menepati ketiga-tiga petunjuk di atas iaitu malam ganjil, tetapi tidak jatuh pada malam jumaat (kerana malam jumaat ramadhan ke-26) tetapi malam ramadhan ke-29 jatuh pada hari Isnin. Begitulah tahun seterusnya, anda boleh lihat perkiraan tersebut dengan 3 Petunjuk Utama.

Petujuk ini adalah berdasarkan pengalaman2 imam-imam besar yang telah melaluinya. Mungkin lailatul qadar boleh datang pada malam-malam yang lain kerana malam tersebut menjadi rahsia Allah kepada hambanya, umat Islam perlu berusaha setiap malam tidak hanya bergantung pada malam tertentu.

Semoga perkongsian ini memberikan sedikit manfaat kepada semua, moga dirahmati-NYA =)

Daripada Aishah r.a dengan pesannya,"wahai Aishah, sekiranya kamu ditemukan Allah dengan malam Qadar, maka perbanyakkan doa memohon kepada Allah yang ditentukan perkara yang hendak dicapai dalam doa itu ialah : Ya Allah ! Kamulah Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Mulia, Ampunkanlah dosa saya."

16 comments:

  1. petunjuk yg menarik..terima kasih berkongsi..pssst dah sampai kg ye..wah syiok nye

    ReplyDelete
  2. Semuga kita bertemu Lailatul Qadar...

    ReplyDelete
  3. ptunjuk yg baik..
    semoga berjumpa lailatul qadar...

    ReplyDelete
  4. tp ramai kata 27.. tp x sangka plak kali ni 29.. xpa2, kena pulun dua2 tarikh nii.. ;)


    MySuaraBlog: Segmen Di Mana Anda Beraya Tahun Ini Bersama Phat Corner

    ReplyDelete
  5. semalam imam kat masjid pun cakap, dia kata imam syafie cakap camtu..

    ReplyDelete
  6. hurm.. terima kasih untuk maklumat ni..:)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,

    Terima kasih berkongsi maklumat berguna ini. Moga pahala mencurah buat saudara. Mari kita bersama memburunya.

    ReplyDelete
  8. Insya Allah ....

    Lailatulqadar bukan senang nak jumpa...

    “Aisyah RA berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Bersungguh-sungguhlah mencari lailatul qadar di sepuluh terakhir dari bulan Ramadhan”, di dalam riwayat Bukhari: “Sentiasa Rasulullah SAW beriktikaf di sepuluh terakhir dari bulan Ramadhan, beliau bersabda: “Bersungguh-sungguh untuk mencari lailatul qadar di sepuluh terakhir bulan Ramadhan”. Di dalam riwayat Bukhari: “Carilah…”. HR. Bukhari,
    dan Muslim,




    Budak-budak main mercun,
    Jangan sampai terbakar tangan,
    Di Aidilfitri kita berhimpun,
    Hulurkan tangan meminta ampun.

    Sudah tiba Hari Raya,
    Setelah kita sebulan berpuasa,
    Hari Raya di sambut gembira,
    Jangan pula ada yang berduka
    ★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
    ----==--Salam Aidilfitri---==----
    --=== Maaf Zahir & Batin ===--
    ★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
    semoga kesalahan dimaafkan, silaturrahim kekal erat
    buat pembaca blog kami
    firestartingautomobil.blogspot.com
    bukandoktorveterinar.blogspot.com
    Jom Terjah entry terbaru ??
    masalah ignition motorsikal tak hidup

    ReplyDelete
  9. salam, good info...Insya-Allah dapat lailatulqadar pd thn ini.

    ReplyDelete
  10. Asslamualaikum...

    Kita cari setiap malam pada 10 malam terakhir Ramadhan..

    TQ..

    ReplyDelete
  11. yups
    biar setiap malam kita beribadat dan beramal supaya lebih diberkati amalan kita kan
    :-)

    ReplyDelete
  12. malam 29.. malam ni la kan...

    smoga diberi kekuatan utk merebut peluang ni..

    ReplyDelete
  13. rahsia Allah.
    kita tak tahu.
    tiada siapa pun tahu.

    ada 30 malam
    mungkin dah lepas
    mungkin belum

    selamat beramal

    ReplyDelete
  14. Salam, nak kongsi sedikit kejadian pelik pada bulan Ramadhan ini, pada sebelum antara hari ganjil tersebut, isteri sedang mengoreng ikan untuk juadah bersahur, saya pula terdengar seperti suara budak atau remaja lelaki atau perempuan bersuara "ehmmm!" sewaktu bau ikan goreng mula menusuk ( seperti kesedapan dengan bau ikan goreng ), saya telah sedar tetapi masih pejam mata. Lepas sahur tidur semula.
    sekitar Jam 6.20 pagi seperti biasa waktu bangun untuk sholat dan bersiap untuk bekerja, tapi rasa malas pula nak bangun, tiba-tiba terdengar lagi suara yang sama berkata dengan ria "sembayang!" , saya pun bangun, tetapi pada waktu itu dengar lagi suara yang sama seperti mengiakan usaha saya untuk bangun "ehmmm!". Itulah yang pelik, suara siapa?

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...