Pages - Menu

1.6.11

Info Sihat: Kebaikan Epal Hijau


Tahukah anda, Malaysia kini mempunyai ladang epal hijau? Mungkin ada yang menjawab -tentulah ada di Cameron Highlands! Tapi, adakah anda tahu bahawa epal hijau juga turut ditanam di Sarawak? Iaitu ditanam di Ladang Kampung Buduk Nur, Ba Kelalan di Sarawak. Ladang yang luasnya 10 hektar ini diusahakan oleh suku kaum Lun Bawang atau dikenali sebagai Orang Gunung.

Epal hijau kaya dengan zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A, vitamin B dan serat.

Berikut adalah beberapa kelebihan dan khasiat epal hijau yang perlu kita ketahui:

1. Membantu mencegah pembinaan kolestrol dalam dinding salur darah.
2. Mengurangkan risiko penyakit jantung.
3. Membantu kesihatan membran paru-paru.
4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolestrol darah.
6. Membantu mengekalkan berat badan.
7. Mengurangkan tekanan penyakit asma.
8. Mengurangkan risiko barah.
9. Adalah digalakkan untuk memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
10. Untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalan ini dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
11. Untuk kesegaran kulit wajah pula, potong epal hijau dan rendamkan seketika dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan hirisan epal hijau tersebut di atas muka dan biarkan selama 15 minit. Pasti anda dapat rasakan kesegarannya dan jika diamalkan selalu boleh melicinkan kulit muka.

Sumber : Saji November 2008

Azhan: Semalam makan epal dengan mak sambil digaul kuah rojak, sedap! Korang nak tahu lebih lanjut cuba tanya blogger GreenAppleKu. Betul tak akak? hehe. Blog yang menarik dengan header Apel Hijau yanng bergerak-gerak =)


7 comments:

  1. my fav. tapi tak tau pulak khasiatnya yang sebegini besar. thanks for sharing

    ReplyDelete
  2. tapikan...kat kismis tok guru punya info ckp tak digalakkan makan epal hijo sebab menyebabkan pelupa....em, mungkin ada pro n kontra kan

    ReplyDelete
  3. @belogkiter: hebat kuasa Allah ciptkan buah-buahan =)

    @atok: yaka? owh, tak tau akan sebabkan lupa.huhu

    ReplyDelete
  4. rasanya kalu dipelbagaikan epal hijau ni tentu lebih menarik...lebih2 lagi diadun menjadi kek...hingga menjilat jari...

    ReplyDelete
  5. assalam..

    sy mmg suka buah tp lebih ska mkn tembikai

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Eh, sama jer cara kita makan epal hijau yer. Cecah ngan sambal rojak. Ada juga yang letak dalam burger, sebagai ganti timun.

    Kepada ibu-ibu yang mengidam, bagus amalan epal hijau sebagai snack. Boleh membantu mengurangkan rasa loya-loya di tekak.

    Setiap tumbuhan yg Allah ciptakan, ada kebaikkannya yg tersendiri. Kena rajin mencari info, apa kebaikkannya.

    Minyak wangi DKNY (greenapple) pun best juga baunya. Hehe..
    Terima kasih sebab tag nama blog akak yer.

    June 1, 2011 6:57 AM

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...