Pages - Menu

Showing posts with label Hari raya. Show all posts
Showing posts with label Hari raya. Show all posts

6.8.13

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

Salam untuk semua, moga Allah rahmati

Hari ni terakhir umat Islam berpuasa, sayu dan rindu pasti menyelebungi. Lepas ni masjid kembali kepada asal, masjid yang penuh malam hari dengan solat terawih kembali dengan satu/dua saf di luar bulan Ramadhan. Yang terbiasa bangun seawal pagi bersahur, terus menunaikan solat berjemaah Subuh kembali kepada rutin asal. Masa bangun yang asal, paling menyedihkan terus subuh + solat dhuha...diharapkan kita dapat kekalkan rutin Ramadhan!

1.8.13

Rindu Kampung, Esok Balik!

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/1/15/Coat_of_arms_of_Kedah.jpg

Salam untuk semua, moga dirahmati

InsyaAllah esok aku dan isteri akan balik kampung (Kedah). Bercuti 2 minggu. Tahun ni aku beraya bersama dua buah keluarga, aku sendiri macam tak percaya.haha. Dok teringat2 lagi raya tahun lepas, balik bercuti dengan kawan2 senegeri. Dah kahwin ni, alhamdulillah keluarga aku dan sebelah isteri cukup baik dan memahami.

17.8.12

Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin



Salam untuk semua, moga dirahmati

Tak lama lagi kita dah tinggalkan Ramadhan...siapa yang dihatinya penuh kecintaan pada agama pasti akan tinggalkan ramadhan dengan linangan air mata...sedih, sayu, rindu...Apakah akan bertemu lagi di tahun akan datang? Aku pernah terdengar cerita seorang ustaz...ust kata zaman Rasulullah, sahabat nabi lebih gembira jika sepajang tahun adalah bulan Ramadhan.

Semalam aku kebetulan lalu ke bandar, kelihatan anak-anak muda melepak sana sini...yang menarik perhatian aku sekelompok besar anak muda sedang beraksi tarian Shuffle sambil irigan muzik...terkinja2 melolong sana sini...sangat sedih, apa erti Ramadhan untuk mereka...sambut Aidilfitri seumpama itu? Aku rasa tak salah kita nak berhibur dan bergembira di hari raya...tapi Islam masih menggariskan panduan dan batasannya. Tak membazir, jaga pergaulan antara berbeza jantina, tidak membuang masa menonton televisyen sepanjang masa, makan secara sederhana dan sebagainya.

Jadikan raya sebagai kemenangan kita sepanjang Ramadhan, apabila menyambut sebuah kemenangan pasti diiringi kesyukuran yang tinggi. Sambutan Raya dalam keadaan aman dan damai serba mencukupi berbanding umat Islam yang masih ramai tertindas. Aku nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua sahabat2, mohon maaf salah silap sepanjang aku menulis di blog ni...selamat pulang ke kampung, memandu dengan berhati2...moga Allah rahmati =)

5.11.11

Salam 'Idul Adha Daripada Mohamadazhan.com


Puluhan detik waktu penantian 
demi kecintaan melebihi emas berlian
lahir zuriat penuh keimanan
tanah gersang ujian ampuh buat ibu solehah
hati tetap kasih, bayu pepasir menjadi teman
buat dua insan menunggu hari mendatang

Si kecil merengek kehausan
hati ibu dijentik mutiara kepanasan 
menginjak langkah kecil jauh diterjah
melintasi butiran kecil terik membahang 
Ha! Di bukit sana ada air...
Safa wa Marwah menjadi saksi
luluh hati memaksa si ibu berhenti
syariat 7 pusingan ibadahnya saei
dikuis perlahan membuaknya air
menyuburkan bumi haji umat berzaman

Qurbankan kasih sang ayah
anak soleh mengerti penuh khusyuk 
mentaati jauh sekali mengkhianati
perintah Raja segala Raja, Allahurabbi
kental dugaan, ditarik pisau melingkari
leher anak kecilnya terus diganti 
limpah syukur rahmat Ilahi

mendidik jiwa sekental insan lampau
kakiku berlalu diselati pepasir pantai
jauh sekali kontang dan bahang
ujian dan dugaan kerdil ditempuh 
biar seampuh iman para rasul dan nabi
sekalipun diri leka dan berdosa
mohon keluasan rahmat-Mu ya Rabbi.

Salam Idul Adha, Salam Perjuangan Teman!

24.8.11

Aku Dapat Kad Raya!




Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA =)

Wahhhh...! dekat2 nak raya ni sakan depa dok hantaq mai kad raya...nasib la dalam blog, kalau sampai rumah jenoh juga nak baca satu2 ni...haha.  Apa pun terima kasih banyak kepada dua orang sahabat yang sudi bagi kad raya ni..memang cantik! Kalau dapat duit raya memang cantik lagi tu..hehe..banyak pula minta ni. 

InsyaAllah, esok aku akan bertolak pulang ke kampung, moga perjalanan selamat sampai dan kembali. Memang tak sabar nak balik ni, banyak kali dah mak dok call tanya..hee. Walaupun kita dah dekat nak raya ibadah puasa kita jangan leka ya, teruskan amalan2 baik dibulan2 seterusnya. 

Kepada semua sahabat yang pulang beraya diingatkan berhati-hati di jalan raya, jangan biar beraya dalam tangisan yang sedih. Aidilfitri yang menjelang sebagai tanda kemenangan umat Islam. Salam Idulditri saya ucapkan kepada semua sahabat blog, moga Allah merahmati kalian di hari yang mulia nanti =) 

Azhan: Puisi-puisi kalian hebat belaka, perlu masa untuk menatapi sebaiknya =)

16.11.10

Gambar Menarik Sempena Raya Haji, Erti Sebuah Pengorbanan

Solat sunat hari raya di sebuah daerah di China diadakan di sebatang jalan raya, ribuan jemaah yang membanjiri.
 Berdoa memohon keampunan..

 Ni bukan mangsa banjir...ni lembu korban.

15.11.10

Tazkirah: HAJI PENGORBANAN DAN PENYATUAN


“Labbaikallahumma labbaik, labbaika la syarika laka labbaik, innal hamda, wa ni’mata, laka wal mulk, la syarikalak” (Kami datang menyahut panggilanMu, ya Allah, kami datang menyahut panggilanMu. Kami datang memenuhi panggilan-Mu, tidak ada sekutu bagiMu. Kami datang menyahut seruanMu. Sesungguhnya segala pujian dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaanMu. 

Tiada sekutu bagiMu). Inilah seruan yang dikumandangkan oleh seluruh jemaah haji. Seruan yang diajarkan ole h Rasulullah saw yang merupakan ikrar bagi kaum Muslimin untuk datang memenuhi panggilan Allah dan menerima serta menjalankan perintahNya, tanpa menyimpang sedikitpun dari apa yang Allah telah tetapkan. Pada tanggal 9 Zulhijjah, semua bakal haji akan diwajibkan hadir ke padang ‘Arafah untuk menjalani ibadah wukuf yang merupakan satu daripada rukun haji.

Tidak ada perbezaan di antara yang berkulit putih mahupun hitam, yang kaya dan yang miskin, pemerintah ataupun rakyat – semuanya dibaluti dengan kain putih tidak berjahit dan berada di tengah padang pasir, mengharap pahala dan keredhaan dari Maha Pencipta. Selain itu, ibadah haji juga mengajar kita untuk menanggalkan semua ikatan Jahiliyyah samada berupa ikatan kaum, keturunan, bangsa, negara dan lain-lain ikatan kekufuran. Yang ada dalam setiap fikiran jemaah haji adalah ikatan Lailaha illallah Muhammad Rasulullah. Ini bermakna manusia itu adalah sama di sisiAllah, kecuali ketaqwaan yang membezakan mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...