Pages - Menu

Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

6.8.13

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

Salam untuk semua, moga Allah rahmati

Hari ni terakhir umat Islam berpuasa, sayu dan rindu pasti menyelebungi. Lepas ni masjid kembali kepada asal, masjid yang penuh malam hari dengan solat terawih kembali dengan satu/dua saf di luar bulan Ramadhan. Yang terbiasa bangun seawal pagi bersahur, terus menunaikan solat berjemaah Subuh kembali kepada rutin asal. Masa bangun yang asal, paling menyedihkan terus subuh + solat dhuha...diharapkan kita dapat kekalkan rutin Ramadhan!

8.9.10

Sejarah Aidilfitri, Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin

SEJARAH hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka.

Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri.

Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadat.


Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna.
Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, di mana jika dilakukan akan terbatal puasanya. Kerana itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu.
Kalimat ‘fitri’ sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah yang asal. Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda.
Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja diumumkan hari raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...