Pages - Menu

Showing posts with label Kuala Lumpur. Show all posts
Showing posts with label Kuala Lumpur. Show all posts

14.5.13

Kuala Lumpur Dibicarakan | Ibu Negara Untuk Semua?

 
Lokasi: Pasar Seni, Kuala Lumpur


Salam untuk semua,moga dirahmati

Kuala Lumpur. Ibu kota Malaysia tempat tumpuan, gahnya umpama di sini tempat segala lubuk emas dan berlian...dusta, nista malah kadang2 itu propaganda generasi silam. Beberapa waktu dijalanan, banyak aku belajar, erti pengorbanan manusia anak watan yang tiada jawatan. Siapa yang pedulikan? Nasib kurang baik terpaksa gulung tikar, bergegas mencari lubang dek serbuan pihak berkuasa tempatan.

Usia aku membesar di sini hampir mencecah 7 tahun, tidaklah terlalu matang menilai sejarah dan kehidupan kota metropolitan. Benarlah jolokan ibu negera, era dahulu mungkin pusat Malaysia kini agak akrab jika labelnya untuk ibu negara sekalian manusia. Bangla, Indonesia, Nepal, Myanmar, Vietnam, Sri Lanka sesekali muncul negro berkulit hitam...anak watan jarang-jarang muncul, lebih rela memerap diri di kediaman.

Kenang 4 tahun lalu kisah hitam aku ditipu manusia di kota, walaupun niat awal menolong dan membantu namun hangus ratusan ringgit duit itu untuk dibuat belanja pengajian...berapa kerat sangat yang pedulikan niat murni, yang menanti banyak syaitan bertopeng manusia...selamat? Wallahu'alam.

Kuala Lumpur. Anak watan hanya idamkan ibu negara Malaysia! Aku tidak pasti di mana pengakhiran.

22.2.13

Tangan Di Atas Lebih Baik Daripada Tangan Di Bawah (Fotografi)

 Warga kota...diluar sana yang layu bersaing dalam daerah pembangunan yang pesat menggila. Dicelah metropolitan, kudrat diperah berjuang demi sedikit harapan.

Salam untuk semua, moga dirahmati


Dari Hakim bin Hizam r.a katanya: Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya. (Riwayat Bukhari)

Huraian Hadith: 

BERSEDEKAH dalam Islam bukan sekadar memberi wang ringgit kepada mereka yang memerlukan. Konsep bersedekah dalam Islam adalah luas, membabitkan perkara yang membawa kebaikan sama ada dalam bentuk kerohanian mahupun fizikal. Setiap orang yang berbuat kebajikan nescaya diberkati Allah dengan dikurniakan kesejahteraan hidup dan mendapat rahmat-Nya. Allah juga akan mengelakkan hartanya daripada kecurian atau hilang. Dalam surah al-Lail, Allah telah menyatakan tentang sifat kedekut dan ego di mana orang yang bersifat demikian kehidupannya akan dipenuhi dengan liku yang sukar dan bermasalah. Bahkan Seseorang yang tidak suka bersedekah adalah umpama seseorang yang mempunyai benih tanaman, tetapi tidak pula ia menanamnya. Orang yang tidak suka bersedekah ini tidak akan dapat memungut atau menuai hasil rezekinya itu.
sumber hadis: JAKIM


Azhan: InsyaAllah kita pakat2 saling tolong menolong, tak kira apa bangsa dan agama. Walaupun keutamaan kepada agama sendiri, tetap tidak salah membantu sesama manusia demi sifat kemanusiaan yang tinggi. Tidak pernah berlaku dalam sejarah para sahabat Rasulullah, yang jatuh kepapaan/miskin kerana banyak bersedekah. Malah, Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq mengeluarkan seluruh harta bendanya untuk Islam, Allah membuka lebih luas lagi pintu rezeki baginya.

Walau sedikit biar ikhlas...banyak tanda ada, sedikit tanda ingat =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...