Pages - Menu

Showing posts with label Al Quran. Show all posts
Showing posts with label Al Quran. Show all posts

1.7.13

Amalan Membaca Al-Quran | Foto.Inspirasi #1

Masjid Muhammadi, Kelantan. Jun 2013.


Tak lama lagi kita akan menyambut tetamu yang istimewa, Bulan Ramadhan. Allahuakbar, sekejap saja masa. Aku baru ja rasa bahang Ramadhan lepas, kini menyambut Ramadhan tahun baru. Antara amalan yang kita dapat tingkatkan adalah membanyakkan amalan membaca Al-Quran. Kalau hari biasa baca satu muka surat, masuk bulan Ramadhan kita tambah dua muka surat. Biar sikit janji Istiqamah! Lagi comey kita baca bersama makna ayat-ayat sucinya. Mulakan sekarang ^_^


6.8.12

Zaid Ibn Thabit | Tokoh Penulis al-Quran

Salam nuzul Quran untuk semua, moga Allah rahmati.

SETIAP kali al-Quran diturunkan, Rasulullah SAW memanggil penulis wahyu untuk menulis ayat al-Quran. Zaid Ibn Thabit meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW mengimla’ al-Quran. Selesai sahaja ditulis, Rasulullah SAW meminta supaya dibaca kepadanya. Jika terdapat kesilapan seperti tertinggal huruf atau kalimah, baginda akan membetulkannya.

Semasa pemerintahan Abu Bakar al-Siddiq r.a, antara sumbangannya adalah mengumpul al-Quran di satu tempat. Tenaga utama yang menjayakan usaha itu ialah Zaid dan Umar Ibn al-Khattab. Kedua-duanya telah kepercayaan sepenuhnya untuk mengumpul dan menulis seluruh al-Quran. 

Namun bagi Zaid, dia menganggap bahawa rancangan menulis semula al-Quran adalah satu tugasan yang amat berat. Antara pujian dan kepercayaan yang diberikan oleh khalifah Abu Bakar kepada Zaid ialah beliau seorang pemuda yang tidak melakukan penipuan.

Semasa pemerintahan Uthman Ibn Affan, berlaku pertelingkahan antara tentera Islam tentang bacaan al-Quran.Jika tidak dibendung ia mungkin membawa mudarat yang lebih besar kepada umat Islam.
 
Bagi menyelamatkan keadaan, Uthman telah mengambil satu tindakan iaitu menulis beberapa mushaf dan dihantar ke kota-kota Islam ketika itu. Tenaga yang diberi tanggungjawab yang mencabar itu sudah tentu mempunyai kemahiran dan pengalaman yang luas dalam ilmu penulisan al-Quran. Zaid sekali lagi diberikan tanggungjawab menulis Al Quran.

Namun, tugasnya bukan hanya berhenti setakat itu, Uthman juga telah melantiknya sebagai pengajar al-Quran di Kota Madinah. Beliau juga diberi tanggungjawab mengumpul al-Quran pada zaman Abu Bakar dan sekali lagi diberi amanah menyalin semula al-Quran pada zaman Uthman yang merupakan titik tolak penyebaran al-Quran secara meluas ke kota-kota Islam.

Kesimpulannya, khidmat Zaid dalam menulis al-Quran amat besar, bermula pada zaman Rasulullah SAW. Bahkan ada yang menyatakan bahawa beliau hadir dalam perbentangan al-Quran terakhir Rasulullah di hadapan Jibril a.s pada Ramadan sebelum baginda wafat.
Apabila melihat sumbangan para sahabat kepada Islam, membandingkan diri kita umat akhir zaman sekarang....ya Allah..bagai langit dengan bumi. Sudahlah sumbangan yang terhad, kemungkaran pula yang berganda...moga Allah ampunkan kita. Al Quran tidak hanya dibaca, malah difahami dan diamalkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...