sumber: Munsyeed Corner
Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA =)
Alhamdulillah, bersyukur atas kurniaan nikmat yang dikurniakan kepada kita khususnya nikmat Iman dan Islam. Hati yang dipandu oleh sinar Iman sentiasa mengimpikan kebaikan untuk diri, keluarga dan sahabatnya. Kedatangan bulan mulia Ramadhan membawa seribu rahmat dan makfirah kepada umat, moga kedatangannya disambut umpama tetamu paling istimewa, bukan dibiarkan berlalu sebulan begitu sahaja.
Dengan rendah hati, diri yang naif ini mengucapkan Salam Ramadhan buat semua, seterusnya mendoakan kebahagiaan dunia dan akhirat buat sahabat2. Mungkin peluang bersama teman istimewa ini adalah yang terakhir dalam hidup, gunakan sebaik mungkin ruang dan masa...biarkan setiap detik berlalu dengan kiraan ibadah yang berlipat ganda.
"Ya Allah, ampunilah dosa kami dan dosa kedua ibu bapa kami. Moga Engkau mempermudahkan urusan agama kami, permudahkan urusan kami di dunia dan akhirat, moga kami dirahmati usia dan rezeki dalam kehidupan"
Rasulullah s.a.w bersabda : “Sesungguhnya di syurga terdapat pintu yang dinamakan al-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu pada hari Kiamat. Tidak ada seseorang pun yang akan masuk melalui pintu ini kecuali mereka .Dikatakan: Mana orang-orang yang berpuasa? Lalu mereka semua berdiri. Tidak ada seorang pun yang masuk melalui pintu ini selain mereka. Apabila mereka semua telah masuk, pintu ini akan ditutup dan tidak ada seorang pun yang akan masuk melaluinya.” Hadith Riwayat Bukhari.
*Contest Aku Berpuisi masih diteruskan....terima kasih atas sambutan dan dorongan semua =)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ReplyDeleteالسلام عليكم ورحمة الله و بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip rendahkan lowered kereta
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
tak sabar nak tgok penyimpan mohor besar raja2 umum tarikh puasa
ReplyDelete:-)
http://hanspunyablog.blogspot.com/2011/07/kontest-menang-duit-raya.html
salam.
ReplyDeleteaminn, inshaAllah dipermudahkan segalanya. salam ramadhan kembali :)
sama2 kita menambahkan amalan di bulan mulia ini...selamat berpuasa utk azhan....
ReplyDeleteramadhan kareem
ReplyDeletesalam ramadhan.. sme2 la berlumba-lumba mengumpul ganjaran daripadaNya.. semoga beroleh keberkatan :)
ReplyDeletesalam ramadhan jugak..hehehe
ReplyDeleteanggaplah ini ramadhan yg terakhir..
ReplyDeletesalam ramadhan..
nnt bukak posa sama2 jom.. haha...