Video Omar Suleiman umumkan Hosni letak jawatan
KAHERAH, 12 Feb — Presiden Hosni Mubarak akhirnya tunduk kepada desakan kebangkitan rakyat — meletakkan jawatan pada hari ke-18 demonstrasi semalam (tengah malam waktu Malaysia). Naib Presiden Omar Suleiman mengumumkan Hosni sudah menyerahkan kuasa kepada tentera. Ia disambut dengan gembira oleh penunjuk perasaan.
Beberapa jam sebelum Omar membuat pengumuman laporan awal menyebut Hosni telah meninggalkan ibu negara Mesir bersama keluarganya sementara momentum tunjuk perasaan yang masuk hari ke-18 terus meningkat — sehari selepas presiden itu menegaskan tidak akan berundur sekarang.
Pihak tentera pula berjanji akan menarik balik perintah darurat yang dikuatkuasakan sejak tiga dekad lalu selepas keadaan semasa reda. Hosni memerintah negara itu sejak 1981 dan kini berhadapan dengan kebangkitan rakyat. Laporan NBC News berkata, Hosni meninggalkan Kaherah untuk menuju resort Laut Merah Sharm el-Sheikh.
Laporan itu menyebut Hosni meninggalkan ibu negara, salah satu lokasi demonstrasi sejak tiga minggu lalu, bersama keluarganya dari pangkalan tentera Almaza. Bagaimanapun laporan stesen TV Al-Jazeera yang dipetik msnbc pula berkata, Hosni sudah pun meninggalkan Mesir dan terbang ke Emiriah Arab Bersatu.
Azhan: Yang adil disanjung, yang zalim disanggah!
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
ReplyDelete//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Wahai Presiden.....
bermandi keringat
meniti gigi hari
mendaki puncak tinggi
di merata lurah dan denai
menabur bakti
tanpa mau dipeduli.
Wahai Presiden.....
bukan untuk dipuja
atau di dewa-dewa
siang dan malarnnya
adalah perjuangan jua
rela meluah bahagia
menelan duka nestapa
dengan senyum dan takwa
biarpun sayup di hutan belantara.
menanti dan terus menanti.
Suatu saat kebangkitan rakyat...
menarik :) siap ad puisi lagi, terima kasih saudara sudi dtg ziarah dan komen :)
ReplyDeleteakhirnya pengkhianat islam letak jawatan...rasanya dia dah jaminan US yang dia takkan ditangkap dan harta dia takkan dirampas..tu yg dia berani letak jawatan tu...
ReplyDeletesemoga Mesir kembali aman sejahtera dengan pemimpin yang lebih berwibawa dan adil. Allahu Akbar!
ReplyDeletehosni mobarak letak jawatan....
ReplyDeletetahniah dan takziah.
walaupun Hosni letak jawatan, tapi puak yahudi mempunyai rancangan lain.. sebab mereka takut Mesir akan jatuh ke tangan Ikhwan Muslimin (IM) yang pernah menembak Anwar Sadat (presiden Mesir lalu - sebelum Hosni Mubarak)
ReplyDelete