Pages - Menu

10.2.11

Haram Sambutan Hari Kekasih 14 Februari


Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA ('',)

Beberapa hari lagi, akan wujud satu pesta seks bebas anak2 muda bersempena sambutan Hari Kekasih yang diraikan seluruh dunia. 9 bulan kemudian bakal lahir pula zuriat2 yang teraniaya dan tidak berdosa yang terus dicampak merata-rata.  Beruntung sekiranya masih hidup...

Sambutan Hari Kekasih 14 Februari yang disambut setiap tahun adalah haram  disambut oleh umat Islam kerana tarikh Valentine's Day diambil bersempena memperingati kematian paderi Kristian  Pope Valentine dan tarikh kejatuhan kerajaan Islam Cordova (Bani Abbasiyyah).

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.

”Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”. (riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512).

Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar). (al-Baqarah: 120)

Percampuran lelaki dan perempuan secara bebas menggalakkan lagi kes2 zina berlaku. Firman-Nya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). – al-Israa’ : 32 

Daripada Abu Sa’id al Khudri RA, beliau berkata : Rasulullah SAW pernah bersabda : “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?” Nabi SAW menjawab : “Siapa lagi kalau bukan mereka?” (Riwayat Muslim)

Daripada hadis ini, Rasulullah SAW memberitahu bahawa di akhir zaman nanti, umat Islam akan mengikut jejak langkah, cara hidup, perundangan dan sebagainya daripada Yahudi dan Nasrani. Sehinggalah apabila orang Yahudi dan Nasrani memasuki lubang biawak yang sempit dan kotor pun akan diikuti oleh orang Islam di akhir zaman. Ini disebabkan mereka menafikan al Quran, sebagai perundangan di dalam sesebuah negara.

Tepuk dada tanya iman..

9 comments:

  1. السلم عليكم ورحمة الله

    Peringatan dan perkara yang perlu diketahui oleh seluruh Umat Islam di negara kita bahkan seluruh dunia

    Apabila perayaan itu berunsurkan keagamaan, bergabung dengan mereka bermakna mengakui agama mereka dan meredhai kekufuran yang ada pada mereka. Maka para ulama berpendapat, bahawa umat Islam tidak boleh bergabung dalam dalam perayaan orang-orang kafir.

    ReplyDelete
  2. ada yang tahu tapi buat juga.. kadang2 tak faham juga dengan orang jenis ni..

    ReplyDelete
  3. semoga pihak berwajib jgn ambil mudah n hrp haramkan menyiarkan iklan brkaitan di TV.......

    ReplyDelete
  4. valentine, tahun baru, krismas.. merdeka.. kebanyakan orang melayu je yang memonopoli... patut kena haramkan jugak la perayaan yang mengandungi hiburan melampau...

    ReplyDelete
  5. salam..

    Sambutan Hari Kekasih 14 Februari satu lagi budaya barat yang sangat tidak bermoral..

    harap2 dijauhi oleh semua..

    ReplyDelete
  6. salam, apa yg boleh kita buat skrg ialah kita boleh ajar budak2 kat sek mana salah dan betul seterusnya terpulang pd depa..

    ReplyDelete
  7. sangat bertuah jika remaja lebih mengingati tentang maulidurrasul berbanding valentine day yang sememangnya diketahui haram..

    ReplyDelete
  8. SOKONG KATAKAN TIDAK PADA HARI KEKASIH AKA VALENTINE DAY..

    ReplyDelete
  9. Salam,
    selalu juga terfikir, mengapa dalam 10 tahun ini hari tersebut semakin mendapat sokongan beberapa stesen tv utama, siap dengan slot slot filem lagi, siap dengan iklan lagi, tahun ini saya tidak tahu pula bagaimana sebab tidak menonton tv selain cerita tertentu sahaja. Dulu disekolah saya pada hari tersebut diadakan jualan bunga utnuk dikirimkan pada teman-teman bukan sejenis,

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...