Pages - Menu

14.5.11

Membentuk Keperibadian Insani

 Kewajipan asas keperibadian diri

Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA =)

Rasulullah merupakan contoh terbaik akhlak mulia yang perlu dicontohi oleh sekalian umat. Baginda merupakan insan yang terbaik untuk diri sendiri, isteri, anak2, keluarga dan para sahabatnya. Di bawah ni saya nak kongsikan beberapa keperibadian yang boleh dibentuk dalam diri masing2. Dalam menjadi terbaik memerlukan ilmu dan praktis =)

1. Jujur
  • Orang yang ini selalu mengatakan kebenaran, tidak suka mengada-ada, pura-pura, mencari-cari alasan atau memutarbelit fakta. 
  • Prinsipnya “Ya diatas Ya dan Tidak di atas Tidak”. 
  • lebih ideal bila ketulusan yang selembut merpati itu diimbangi dengan kecerdikan seekor ular. 
  • Dengan begitu, ketulusan tidak menjadi keluguan yang merugikan diri sendiri.

2. Rendah diri 
  • Orang yang kuat jiwanya bersikap rendah hati. seperti padi yang semakin berisi semakin menunduk. 
  • Orang yang rendah hati mengakui dan menghargai keunggulan orang lain.
  • Orang yang diatasnya merasa ok dan orang yang di bawahnya tidak merasa terhina.

3. Kesetiaan 
  • Orang yg setia selalu dipercaya. Dia selalu menepati janji, komitmen yang kuat, rela berkorban dan tidak suka berkhianat.

4. Orang yang bersikap positif 
  • Dia lebih suka membicarakan kebaikan daripada keburukan orang lain, lebih suka memuji daripada mengecam, dan sebagainya.

5. Keceriaan 
  • Orang yang ceria adalah orang yang menikmati hidup, tidak suka mengeluh dan selalu berusaha meraih kegembiraan. 
  • Dia akan mentertawakan orang lain, juga dirinya sendiri. Dia berpotensi untuk menghibur dan mendorong semangat orang lain.

6. Bertanggungjawab akan melaksanakan kewajibannya dengan sungguh-sungguh. 
  • Kalau melakukan kesalahan, dia berani mengakuinya. 
  • Ketika mengalami kegagalan, dia tidak akan mencari kambing hitam untuk disalahkan. 
  • Bahkan kalau dia merasa kecewa dan sakit hati, dia tidak akan menyalahkan siapapun. Dia menyadari bahwa dirinya sendirilah yang bertanggung jawab atas apapun yang dialami dan dirasakannya.

7. Percaya diri 
  • Orang ini mudah menyesuaikan diri dengan situasi yang baru. Dia tahu apa yang harus dilakukannya dan melakukannya dengan baik.

8. Memaafkan orang lain. 
  • Orang yang berjiwa besar tidak membiarkan dirinya dikuasai oleh rasa benci dan permusuhan. Ketika menghadapi masa-masa sukar dia tetap tegar, tidak membiarkan dirinya hanyut dalam kesedihan dan keputusasaan.

9. Easy going 
  • Dia tidak suka membesar-besarkan masalah kecil. Bahkan berusaha mengecilkan masalah-masalah besar. 
  • Dia tidak suka mengungkit masa lalu dan tidak risau dengan masa depan. stress dengan masalah-masalah yang berada di luar kontrolnya.

10. Simpati 
  • Orang ini bukan saja pendengar yang baik tapi juga menempatkan diri pada posisi orang lain.
  • Ketika terjadi konflik dia selalu mencari jalan keluar terbaik bagi kedua belah pihak, tidak suka memaksakan pendapat dan kehendaknya sendiri. 
  • Dia selalu berusaha memahami dan mengerti orang lain.

Azhan: sekarang ni tengah final exam, doakan kejayaan saya ya =)

    16 comments:

    1. gud luck final..
      kadang2 kite alpa..
      tu yg kene byk muhasabah diri..
      =D

      ReplyDelete
    2. Thanx Azhan untuk ilmu ini.

      p/s: gud luck!

      ReplyDelete
    3. salam imtihan & bitaufiq wannajah fi imtihan fiddin fi dunnia walakhirat,,, may allah bless

      ReplyDelete
    4. @hana: tq kak hana =) insyaallah.amin

      @apple hijau: tq kak, ni baru nak mula study.hehe

      @nadiah: ustazah cakap arab susah sy nak fahamni.hehe. syukran ya ukhti =)

      ReplyDelete
    5. marilah kite mengikuti sunnah Rasul kite..

      ReplyDelete
    6. sukses selalu mas...! Bravoo

      ReplyDelete
    7. Syarat Menjadi Hamba Allah Islam – Surah Al Furqan Ayat 63 hingga 74
      1. Sentiasa berjalan dengan sopan santun/rendah diri.
      2. Sentiasa menyebarkan budaya Salam.
      3. Laksana Qiamulail (berdiri dan sujud kepada Allah) waktu malam.
      4. Sentiasa berdoa dijauhkan dari siksa neraka jahanam.
      5. Sentiasa sederhana, tidak kikir dan boros semasa berbelanja.
      6. Hanya berdoa dan meminta pertolongan kepada Allah sahaja.
      7. Tidak membunuh.
      8. Tidak Berzina.
      9. Sentiasa Bertaubat.
      10. Sentiasa Beriman.
      11. Sentiasa Beramal Saleh.
      12. Tidak memberi persaksian palsu.
      13. Berpaling dari kejahatan dan menjaga kehormatan diri.
      14. Tidak bersikap tuli dan buta kepada Ayat Allah.
      15. Sentiasa berdoa kebaikan kepada pasangan/isteri.
      16. Sentiasa berdoa kebaikan kepada anakx/zuriat.
      17. Wajah disenangi dan menenang hati bila dipandang.
      18. Menjadi Pemimpin yang bertakwa.

      ReplyDelete
    8. Bestnya kalau dapat ikut semua peribadi Rasullulah S.A.W

      Blogspot Bermasalah & Entri Hilang

      ReplyDelete
    9. Perkongsian yang baik,posting saya pasal video budak berwajah aneh sudah muncul kembali,hehe
      knp kelmarin hilang sekejab x tahu lah

      ReplyDelete
    10. Rasulullah ada contoh bg kita... :> kita ja dok amik orang len jadi role model.. hehe

      ReplyDelete
    11. takde nak komen...LIKE page Mohamadazhan on Facebook..

      ReplyDelete
    12. rasulullah tauladan spnjang zaman~

      ReplyDelete
    13. arab sukar tok difahami"owh,,taw tak mne ad yg senang dalam hidup ni,,makan pon susah,,tapi apabila ad usaha,,insyaallah,semua bakal dipermudah olehNYA,, afuan..

      ReplyDelete
    14. @Fajar: TQ bro!

      @kamsani: betul tu, penambahan yang mantap! terima kasih mudah2an menjadi pengajaran kepada sahabat2 yang lain yang membaca

      @miecybar: amin, kita teruskan usaha =)

      @the lekat: insyaAllah kak =)

      @ijok: itu lah akhi, saya pun hilang juga...terima ja.huh

      @en mamat: betul2.hehe byk orang ambek artis....depa kata cantik dan kacak =)

      @Mr.IX: TQ bro!

      @anis: btul anis, tepat sekali!

      @nadiah: amin ya rab =) betul tu.mudah2an saya terus berusaha ke arah yang baik.

      ReplyDelete

    Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...