KOTA BHARU, 5 Feb: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan pihak yang mahu menutup mulutnya (dari terus memperkatakan Islam) supaya mengambil iktibar dari peristiwa ulama yang ditutup mulut mereka oleh pemerintah Mesir. Beliau yang juga Menteri Besar mahu peristiwa yang berlaku ke atas Presiden Hosni Mubarak diambil ingatan oleh pihak berkenaan.
“Hosni Mubarak lama dah tutup mulut ulama, dan sekarang rakyat pula menutup mulut dia (dalam isu revolusi Mesir yang mahukan Hosni Mubaratk berundur),” katanya pada Kuliah Mingguannya di Medan Ilmu di sini pagi tadi. Terdahulu dari itu beliau mengimamkan solat hajat untukkesejahteraan rakyat Malaysia di Mesir. (gambar)
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini mendakwa ‘fatwa’ yang keluar dari mulut Nik Aziz sering kali bertentangan dengan pendapat Dewan Ulama Pas dan parti itu, justeru beliau yang juga Menteri Pertahanan mahu supaya dicari jalan bagi ‘menutup mulut’ Nik Aziz.
Mengulas dakwaan Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran Umno Kelantan Prof Madya Mohd Noor Deris yang mendakwa Nik Aziz telah mengeluarkan banyak kenyataan bercanggah dengan syarak, justeru mahukan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja mengkaji kenyataan Mursyidul Am PAS itu, Nik Aziz berkata beliau amat bersetuju kalau ada pihak mahu berdialog dengannya mengenai Islam.
“Saya setuju benar orang berdialog dengan saya. Ini kerana ajaran Islam menggesa diadakan mujadalah sekiranya ada isu tertentu, dan ‘hendaklah kamu berdebat dengan mereka dengan cara terbaik’.
“Berdebat dan berdialog adalah ajaran agama, bukan hanya ajaran demokrasi.
“Saya bersetuju kalau orang berdialog dengan saya (dan hendaklah) ‘pegang Al-Quran’.
“Untuk majlis dialog itu, orang tengahnya ialah Al-Quran, tetapi kalau berdialog tidak ada panduan, mana boleh,” katanya.
Beliau turut meminta pemimpin negara ini ambil iktibar dari peristiwa revolusi Mesir yang hangat kini.
Beliau menyifatkan rakyat dan pemimpin Negara adalah sama.
“Namun rakyat mudah mendengar nasihat, tetapi yang payahnya pemimpin, ini kerana mereka merasakan mereka itu pemimpin yang cerdik berbanding orang lain.
“Tahu-tahu, dia kena guling, barulah dia reti,” katanya sinis.
Beliau menegaskan umat Islam mukmin wajib menolak ideologi lain termasuk ideologi Melayu atau nasionalis.
“Kerana apa, kerana Al-Quran adalah lebih dari segala-galanya.
“Di Malaysia sendiri, Allah swt beri kepada orang Melayu agama (Islam), namun ada di kalangan orang Melayu sendiri menolak Islam dan mengambil kebangsaan (sebagai dasar perjuangan partinya). Ini menyebabkan timbulnya kecelaruan,” dakwanya.
Azhan: Kebijaksanaan Tok Guru memahami sejarah Mesir yang panjang lebar. Orang bijak adalah belajar daripada kesilapan orang lain. Bahana mempersendakan ulama2 kerana ruh dan jasad para ulama amat dekat dengan Sang Pencipta. Berwaspadalah dengan kemustaban doa para ulama.
Bismillah,
ReplyDeleteSalam,
Agar menjadi pengajaran pada UMNO/BN apa yg berlaku keatas mesir yg menolak ISLAM.
apa ulama kata akan kebenaran Islam patuhi dan laksanakan demi kebaikan.
bukan menentang,penjarakan dan ISA-kan...
@hanyzan: betul sahabat, mudah2an perkara ni jadi pengajaran pada Malaysia :)
ReplyDeleteISLAM KONON... PIIIIRAAAAHHH... CAKAP AJERLAH BERTERUS-TERANG YANG HANGPA SOKONG ZIONIS ISRAEL!!!!
ReplyDeleteAuthor: CUCU TOK WAN | Posted at: 4:00 PM | |
Apabila 'kebangkitan rakyat' berlaku di Tunisia, puak-puak PAS di Malaysia begitu seronok. Apabila 'kebangkitan rakyat' pula berlaku di Mesir, masing-masing mula bercakap juah tentang Islam, tentang Ikhwanul Muslimin, tentang penegakan undang-undang syariah, tentang penyelewengan dan kukubesi Hosni Mubarak dan sebagainya. Yang terlebih penting, mereka cuba mengaitkan apa yang berlaku di Mesir dengan apa yang sedang mereka lakukan di Malaysia.
Teori tentang kejatuhan negara-negara Arab itu akibat dalang berkulit putih yang beribupejabat di Washington DC, tidak diendahkan. Mereka terlalu seronok dengan teori mereka yang kerajaan zalim telah ditumbangkan oleh Allah Taala, walhal apa yang berlaku sebenarnya ialah, Allah Taala sedang memasukkan sebuah kerajaan yang jauh lebih zalim daripada kerajaan yang telah digulingkan.
Amerika Syarikat tidak lagi menyorokkan belang mereka terutama apabila melihat sokongan yang bertali arus terhadap tindakan mereka di Mesir, Tunisia dan beberapa buah negara Arab yang lain. Terbaru adalah sokongan '10,000' Melayu di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur semalam yang konon-kononnya untuk menyerahkan memorandum bantahan, tetapi sebenarnya menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Amerika Syarikat dan Godfathernya, Zionis Israel.
Rakyat Mesir yang berjaya menggulingkan Hosni Mubarak kini perlu bersedia berhadapan dengan tindakan ganas ketenteraan oleh Amerika Syarikat yang akan diketuai oleh Frank G.Wisner III, Duta Amerika ke Mesir. Bapa Wisner adalah tukang perancang utama di sebalik penggulingan berdarah Perdana Menteri Iran Mohamed Mossadegh pada tahun 1953.
Seruan El Baradei agar tentera Amerika Syarikat masuk campur di Mesir, menambahkan keyakinan bahawa apa yang berlaku di Mesir sebenarnya adalah rencana teliti Amerika Syarikat yang ingin menguasai pasaran minyak dunia.
BERITA SELANJUTNYA DI UNSPINNERS
Ramai di Malaysia yang berharap penggulingan Hosni Mubarak Mesir merupakan usaha Islam. Dek kerana itulah mereka bersungguh-sungguh meraikan 'kejayaan' tersebut, sedangkan apa yang berlaku selepas ini, jauh lebih teruk berbanding penderitaan yang dialami oleh rakyat Mesir di bawah pentadbiran Hosni Mubarak.
Iraq kedua akan menyusul di Afrika Utara pula. Umat Islam yang baghal, bahlol dan bangang akan menang sorak tetapi tidak menyedari satu lagi wilayah Islam tergadai di tangan Amerika Syarikat yang sentiasa memastikan Zionis Israel akan terjaga.
Ikhwanul Muslimin Mesir sekadar boleh berangan-angan seperti mana Anwar Ibrahim dan PKR berangan-angan untuk menguasai Putrajaya.
PAS yang cuba menjadikan peristiwa di Mesir sebagai pengajaran utama kepada pemimpin Malaysia, barangkali sangat sedar bahawa mereka sedang menyokong Amerika Syarikat dan Zionis Israel tetapi memandangkan ia adalah sokongan yang membolehkan mereka menguasai Putrajaya, maka kepimpinan utama PAS menutup mulut dan membiarkan para propagandis mereka meracau-racau dengan cerita-cerita bahlol yang mengkhayalkan. ....Lu pikorlah sengili.
Bismillah,
ReplyDeleteSalam,
kpd joecharlie..
Sepatutnya sokonglah klu ada gerakkan yg nak perjuangkan islam bukan menentang.nak tanya ada ke islam konon2 ermm...
betul kejatuhan negara2 arab jatuh di sebabkan org putih,dek kerana keseronokkan dunia yg terhidangkan di dpn mata yg mempertuhankan barat hingga lupa allah yg menetapkan peraturan kehidupan.
tidak terkecuali malaysia pun akan jd seperti mereka yg mencapai kemerdekaan dari org putih dan melaksanankan perlembangan org putih(fhm sejarah)...
tekanan sesiapa akan menghadapinya,dlm quran sudah jelas siapa musuh islam,dan di kalagan org islam sendiri yg munafiq..
pengajaran apa2 yg berlaku mesti diambil kira sebagai sempadan dalam kehidupan agar kita tidak terlajak melakukan kesilapan.
nak tanya pemimpin malaysia ambil APCO itu apa yer...
salam sahabat hanyzan, terima kasih sudi menjawab kembali kenyataan joecharlie. Saya mengalu2kan kedatanganya selalau ('',)
ReplyDeleteSaya lihat beliau byk bercakap soal teori dan kebarangkalian yang akan berlaku di Mesir, itu hanya sekadar teori yang mana sah akan berlaku atau tidak wallahua'lam.
Kita sebagai umat Islam sebenarnya telah dikhabarkan dengan sempurna dari awal kejadian bumi hingga kiamat akan berlaku. Telah diceritakan oleh baginda nabi beribu tahun yang lampau kisah yang akan berlaku di akhir zaman.
Saya nak kongsikan beberapa Hadis sebagai panduan kita dan menjawab segala tohmahan tersebut.
Rasulullah SAW bersabda: “Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang makan dengan rakus.” Sahabat bertanya, “Apakah ketika itu umat Islam lemah dan musuh sangat kuat?” Sabda Rasulullah, “Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak berarti dan tidak menakutkan musuh. Mereka ibarat buih di laut.” Sahabat bertanya lagi, “Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?” Jawab Rasulullah, “Karena ada dua penyakit yaitu mereka ditimpa penyakit Al Wahan.” Sahabat bertanya lagi, “Apakah itu Al Wahan?” Rasulullah bersabda, “Cinta dunia dan takut mati".
Dan telah mengeluarkan Abu Daud dan Tabrani dari Abdullah bin Mas'ud dari pada Nabi SAW sabdanya “Kalau tidak tinggal dari umur dunia kecuali sehari, nescaya Allah panjangkan hari itu sampai diutuskan kepadanya seorang lelaki (Al Mahdi) dari keluargaku sama namanya dengan namaku dan nama ayahnya dengan ayahku dan dia memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan kezaliman”.
Telah mengeluarkan Tabrani dalam Al Ausat, dari Ibnu Umar bahwa Nabi SAW telah mengambil tangan Ali dan bersabda :
“Akan keluar dari sulbi ini pemuda yag memenuhi dunia dengan keadilan (Imam Mahdi). Bilamana kamu melihat yang demikian itu, maka wajib kamu mencari Pemuda dari Bani Tamim, dia datang dari sebelah Timur dan dia adalah pemegang panji-panji Al Mahdi”. (dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti)
Dari Tsauban R.A, dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, akan datang Panji Panji Hitam dari sebelah Timur, seolah olah hati mereka kepingan kepingan besi. Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka sekalipun merangkak diatas salju. (dikeluarkan dari Al Hasan bin Sofyan dari Al hafiz Abu Nuaim) (dari kitab Al Hawi lil fatawa oleh Imam Sayuti)
Janji Allah dan rasul, Islam pasti akan bangkit semula menguasai Dunia di akhir zaman. Mungkin masa kebangkitannya sahaja sedang dinanti2kan oleh seluruh umat Islam.
Adat memerintah, kerajaan zalim tidak akan kekal lama, kembali merujuk sirah2 kejatuhan kerajaan Islam lampau.
Yang baik dari Allah, yang lemah dtg dari diriku sendiri, moga sahabat2 dirahmati-NYA ('',)
Apabila ulamak ditutup mulut maka tibalah saat kehancuran sesebuah negara itu.
ReplyDelete