Pages - Menu

Showing posts with label Syiah. Show all posts
Showing posts with label Syiah. Show all posts

21.8.13

(Video) "Maut untuk Mursi, Maut untuk Yusuf Qaradhawi" Amaran Syiah.



Salam untuk semua,

Aku kongsikan video Kejahatan Syiah yang jelas terang nyata menentang Dr Muhammad Mursi, Dr Yusuf Qaradhawi dan sesiapa sahaja musuh menentang Syiah. Sebelum ini mungkin Syiah lebih banyak dikaitkan dengan Konflik Syria, sekarang terang bersuluh Syiah juga menjadi dalang kejatuhan Mursi, Kerajaan yang sah di Mesir.

4.1.13

Ringkasan Ceramah Syeikh Ali AsSobouni- Bahaya SYIAH, Selamatkan AKIDAH

Salam untuk semua, moga dirahmati

Syeikh Dr. Ali Assobouni, seorang ulama besar Syria yang sudah lama dibuang negara lebih 30 tahun akibat kezaliman negara Syria pimpinan Bashar Al Assad laknatullah...malam tadi Syeikh Ali berceramah di Masjid Al Falah bersama dengan Syeikh Sammir Saqqar diterjemah oleh Ustaz Nazmi Karim. Ringkasan yang aku dapat kongsikan dengan sahabat2 semua lebih kurang begini:

1. Syiah penyebab utama kekejaman yang berlaku kepada rakyat Syria.
2. Iran dan Hizbullah (Lubnan) antara penyokong kuat kerajaan Syria (Bashar Assad), depa bekalkan senjata, tentera, segala jenis bekalan kepada tentera kerajaan bunuh rakyat yang majoriti Ahli Sunnah Waljamaah.
3. Iran dan Hizbullah dulu kononnya musuh Yahudi, tetapi mereka adalah manusia yang bertopengkan iblis, berlindung disebalik jubah dan serban besar mereka.
4. Dr Yusuf Qaradhawi pernah berkata musuh utama umat Islam sekarang adalah Syiah Iran dan Hizbullah!
5. Berhati2 dengan SYIAH yang semakin menular! banyak negeri dah dok sebar fahaman sesat laknat ni...
6. Anda sekarang penyebar risalah dakwah tentang bahayanya Syiah! Nasib umat Islam terletak di tangan rakyat negaranya sendiri..."TAK MUSTAHIL MALAYSIA AKAN JADI SEPERTI SYRIA YANG DISEMBELIH, DIROGOL, DIBOM, DIJADIKAN MANUSIA SEBAGAI SEMBAHAN...SEKIRANYA FAHAMAN SYIAH DIBIARKAN!"

Begitulah lebih kurang ringkasan yang sempat aku catitkan. Dalam ceramah tu ditayangkan juga kekejaman video tentera Syiah kepada rakyat Syria...yang disembelih, dihiris, dihempuk blok bata ke kepala...macam2 lagi yang sadis dan sangat merundun jiwa....mula saat ni, sahabat2 yang masih kabur tentang Syiah...boleh buat kajian, pembacaan, bersoal jawab dengan alim ulama, ustaz2...penting...KEPEDULIAN kita menyelamatkan AKIDAH anak dan keturunan, insyaAllah. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...