Pages - Menu

Showing posts with label SEKOLAH. Show all posts
Showing posts with label SEKOLAH. Show all posts

26.8.13

"Saya bukan Penjenayah, Peragut, Pencuri..."

http://losteras.com/images/catalog/authentic-caribbean-pirate-costume-lg.jpg
Salam untuk semua,

Lazimnya pada hari bekerja, aku akan keluar mencari makanan di luar, waktu rajin bawa bekal dari rumah. Sekolah aku yang terletak dalam kawasan perumahan elit kaum Cina menjadikan aku sedikit janggal. Paling menjanggalkan adalah tingkah laku penduduk sekitar. Sekitar jam 10 pagi, rutin harian ke kedai/gerai masakan Melayu terdekat, aku perlu melalui 4-5 lorong-lorong perumahan.

24.8.13

"Saya kurang wang, saya ada tangan, kaki, mata, boleh cakap, boleh dengar...."

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh8KtA_ILfPDcAwj8xK4wD4tmaq1ISmhMHzzysO2G6uFhCfOilF4PlKT1VCwBn-_KD_m2gG8vwS4bhe3buNt8hi0G2D_htw7Ss-GQTZcIvGDif9c9bCX4ZveuJ0C12QVsTQmG1EhCWfuKJr/s320/derma+duit.jpg

"Kamu ni ada duit nak makan ka...?" soal aku kepada anak murid. Si murid yang bercompang camping, menyeluk wang saku mengira kepingan syiling yang dibawanya ke sekolah hari ini. Aku memandang penuh minat tingkah lakunya.

20.8.13

Mansuh PTPTN, Antara Realiti dan Fantasi?



Oleh: Zulfikri Zamir

Mansuh PTPTN, politics without romance dan student power

 

Ketika tulisan ini sedang ditulis, saya membaca Twitter seorang rakan bahawa sekumpulan mahasiswa sedang membuat benteng manusia di Dataran Merdeka bagi mempertahankan khemah mereka dari diroboh DBKL. Sementara itu laporan Malaysiakini pada 12 April 2012 membayangkan sekitar 300 ke 500 orang sahaja mahasiswa yang turun untuk demonstrasi mahasiswa menuntut pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) di Kuala Lumpur.

12.3.13

"Saya ni pernah ambil Dadah la ya...?"

http://generic-viagra.1-site.info/images/generic-medicines/PanadolEO.jpg
 gambar hiasan

 Salam untuk semua, moga dirahmati

"Hari ni kita akan lukis poster sempena Minggu Anti-dadah. Dadah tu dalam bahasa omputehnya kita panggil Drug." cikgu. Beberapa minit satu contoh besar poster Anti-Dadah dilukis di papan putih oleh guru. Salah satu gambar penting ialah JARUM SUNTIKAN.

"Jarum suntikan ini digunakan oleh orang yang ambil dadah" cikgu mula menjelaskan.

"Saya ni pernah ambil dadah la cikgu, ni haaah saya pun pernah kena suntik..."sambil menyelak lengan baju menunjukkan kesan suntikan bayinya dulu.

7.3.13

Apabila Murid Saling "Mencarut" B***

http://www.angry-birds-game.info/wp-content/uploads/2011/03/Angry-Bird-and-Pig.png

Salam untuk semua, moga dirahmati

"P*g...!" murid A maki murid B, lancarkan pergaduhan.

"You lah....you pun P*G." Murid B tuding jari. (Murid A dan B bukan Islam)

Aku yang berdiri di antara mereka tak dipeduli, dalam hati nak ja ketuk2 kepala budak2 ni...aku pada awal agak tergamam, agak pelik dengan maki B*** dalam bahasa Inggeris ni...

"Cikgu, perkataan P*G tak boleh sebut depan orang Melayu kan...?" Soal murid A.

"Haaaaa..!!! You cakap "bad word" pada cikgu...." Murid B lancarkan provokasi, menarik perhatian aku supaya meletakkan salah pada murid A semata2.

"Kenapa P*G tu "bad word"...?" soal aku. Kedua2nya tercengang berfikir seketika.

"Orang Melayu tak boleh makan, bukan tak boleh sebut atau dengar "bad word" tu..." Jelas aku.

"Kalau P*G itu "bad word", kenapa kamu makan...?" Soalan aku terakhir. Masing2 bertambah tercengang. Pergaduhan terhenti secara aman.


Notakaki: P*G=B***=Khinzir (kelihatan sopan, haram makan sehingga disebutnya menimbul kesialan.)

6.2.13

"Apabila seorang murid Cina bagi aku kuih pau..."


Salam untuk semua, moga dirahmati

Aku nak kongsi kisah anak murid aku, niat awal untuk berbakti, tetapi disambut balas dengan kemarahan guru lain padanya. Awal pagi aku sampai sekolah, jalan mundar mandir naik tangga...mencari sedikit motivasi untuk hari ni...dari jauh aku nampak dah kelibat seorang budak lelaki...berlari2 anak ke arah aku.

23.1.12

Posting Sekolah Cina | Alam Kerjaya

Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA

Terima kasih kepada sahabat2 yang terus memberikan nasihat dan semangat supaya aku lebih kuat dan bersedia. Aku ditempatkan di sebuah sekolah cina di kota raya…pertama kali memang rasa tekanan yang melampau…lingkungan budaya dan sosial yang sudah berbeza…menyukarkan aku seketika untuk berinteraksi. Beberapa hari aku cuba untuk menyesuaikan diri dengan persekitaraan…alhamdulillah…segalanya tenang kembali.

Minggu pertama agak mencabar…terpaksa berulang alik sementara daripada Putrajaya(rumah saudara) ke KL kerana aku belum dapat rumah sewa yang berdekatan sekolah….redah hujan panas dengan motor kapcai…faham saja lah…kos hidup tinggi di KL, aku perlu buat banyak pertimbangan…tentang sewa bulanan, jarak rumah ke sekolah, kawan2…

Sekarang aku cuti seminggu…Tahun Baru Cina…dapat balik sekejap ke rumah berehat…stabilkan apa yang patut…mungkin terlalu letih sekarang demam selesema sepanjang cuti…adoi…seminggu bekerja bercerita alam baharu yang perlu aku pelajari…terus belajar untuk hari kemudian. Semiggu dalam kelompok yang asing mengajar aku banyak perkara yang bermanfaat. MOga Allah memberikan kemudahan dan rahmat kepada semua terutama warga guru baharu…

10.1.12

Aku Posting Kuala Lumpur | Selamat Berkhidmat Cikgu!

Salam untuk semua, moga dirahmati.

Alhamdulillah aku panjatkan rasa syukur atas berita baik penempatan aku sebagai seorang guru. Dah takdir aku berjodoh dengan bandaraya Kuala Lumpur…bermula dengan belajar di sana 5 tahun 6 bulan…sekarang aku bakal bermula kerjaya juga di sana…16 hb Januari aku daftar…harapan baik-baik saja nanti =)

Sebelum tamat belajar dulu…aku pernah kata…harap aku tidak lagi menjejak kaki di KL…biar jauh sedikit daripada keserabutan kota raya…hiruk pikuk penduduk, berkejaran lalu lintas tidak mengenal siapa…tapi sudah jodoh dengan KL aku kembali ke sana selepas sebulan berehat di Kedah.

Aku bersimpati juga kawan2 yang dapat Sabah & Sarawak…memang ramai yang tersentak…yang plan nak kahwin masa terdekat ni pun ada…Aku doakan buat sahabat2 di sana sentiasa sihat, selamat, timba pengalaman2 di negeri orang sebaiknya. InsyaAllah, yakin pada ketentuan-NYA, bersangka baik atas takdir…ada hikmah setaip sesuatu yang berlaku.

Selamat Berkhidmat kepada PISMP Ambilan Januari 2008 IPG! InsyaAllah di mana sahaja berkhidmat, guru tetap mulia disisi-NYA. Moga kalian dirahmati.

*Blog berehat seketika hingga urusan penempatan selesai =)

5.5.11

Hari Terakhir Aku Di Sekolah

Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA =)

Kepala ni dah pening2 dah, tak cukup rehat malam tadi, ni semua kerana bertarung mata di Old Trafford awal pagi tadi. Esok hari terkahir saya kat sekolah, selesai sudah praktikal selama 3 bulan. Pelbagai kisah juga yang jadi sepanjang 3 bulan tu, memang terasa macam 3 tahun pratikal kali ni. Jiwa tertekan dan terseksa kerana pensyarah.hehe. Sabar saja la...

Apa pun, terima kasih saya ucapkan kepada semua warga sekolah yang banyak memberikan kerjasama dan bantuan dalam mendidik saya yang masih baru merangkak2 dalam dunia pendidikan ni. Memang menarik dan mencabar, terutama dengan kewujudan murid2 luar biasa nakal dan pelik.

Disebabkan esok last, saya kongsi dengan semua anak2 murid yang comel2 dan nakal2 ni, depa ni dok jadi mangsa belasahan saya hari2.hehe....comel2 belaka, nakal2 juga..hehe



1.7.10

Kes Murid Tahun 2!

Salam untuk semua,

Selepas tamat sesi persekolahan pagi, sebelum pulang saya sempat berbual-bual dengan seorang guru yang mengajar sesi persekolahan petang. Suasana bilik guru sedikit riuh rendah dengan gelak tawa dan tidak pula yang merungut dengan masalah disiplin sekolah yang semakin meningkat. 

Tidak jauh dari situ muncul seorang guru mengeluh panjang, suasana sunyi seketika, sebahagian besar guru memberi tumpuan kepadanya, beliau merupakan guru kelas Tahun 2, mula menceritakan pengalaman menangani satu kes berat yang tidak dapat dilupakannya. Kes ini berlaku pada awal tahun ini, melibatkan 3 pasang murid Tahun 2.  

"Apa hal pula budak2 darjah dua ni?" aku mula soal diri sendiri, mata terus memandang sambil memberi sepenuh tumpuan kepada guru tersebut. 

"3 Pasang budak dulu kena tangkap buat "projek"!" suaranya agak tinggi bercerita, mungkin marah dengan kelakuan sumbang budak yang disangka mentah. Saya dan kawan terkejut mendengar pernyataan tersebut. Guru lain sudah memahami kisah berkenaan, mereka semua hanya mampu geleng kepala memikirkan anak didik yang semakin liar dan tidak terkawal.

30.6.10

Reaksi Pertama Di Sekolah

Salam untuk semua sahabat,

Bermula 28 Jun hingga 20 Ogos 2010, adalah tarikh praktikal Fasa 2 yang perlu dilalui disebuah sekolah yang terletak di Petaling Jaya. Reaksi pertama saya melangkah masuk ke sekolah tersebut, melihat beberapa orang guru sedang menengking murid yang lewat tiba, tidak terlepas juga murid yang didenda. 

"Apa ni! pagi-pagi lagi budak-budak sudah dihidangkan dengan suasana yang tidak membangun." Bentak diri apabila melihat gelagat guru-guru tersebut. Saya hanya melihat dari jauh sambil dapat menjangkakan cabaran yang bakal dilalui. Sebahagian besar guru menunjukkan sikap yang kurang mesra dengan sapaan saya dan rakan-rakan yang memulakan hari pertama praktikal di sekolah tersebut. 

16.4.10

Terima Kasih SK Seri Setia!





Salam untuk semua, alhamdulillah saya sudah berjaya menyelesaikan tugasan praktikal di SK Seri Setia, Kuala Lumpur. Sepanjang sebulan di sana, saya banyak menerima bimbingan dan kerjasama daripada para guru dan murid. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah dan salam sayang saya untuk murid2 4 Pintar, semoga mereka berjaya dunia dan akhirat :)





22.3.10

Praktikum Fasa 1, Sedikit Kritikan...


Kebanyakkan murid-murid mempunyai potensi yang tinggi untuk berjaya...


Salam untuk para sahabat blog yang dikasihi terutama sahabat2 seperjuangan saya yang sentiasa tidak putus-putus memberi semangat dan nasihat.

Hari ini merupakan hari pertama saya menjalani Praktikum Fasa 1 selama 1 bulan (4minggu) di sebuah sekolah terletak di pinggir kota besar Kuala Lumpur. Semester ini saya dipertanggungjawabkan untuk mengajar subjek major sahaja iaitu Bahasa Melayu (Malaysia).

Alhamdulillah saya rasa sangat bersyukur pada hari pertama di sekolah, berkenalan dengan para guru dan staf, saya juga mendapat seorang guru pembimbing yang baik dan sangat peramah.

Sedikit perkongsian adalah berkenaan kelas yang saya dapat untuk praktikum ini ialah kelas Tahun 4, kelas berkenaan adalah kelas yang ketiga dari empat kelas. Cabaran mendapat kelas tersebut adalah hampir sebahagian besar murid Tahun 4 kelas tersebut masih gagal membaca dengan baik, merangkak-rangkak mengeja sepatah demi sepatah perkataan.

Perkara tersebut sangat membimbangkan dan menyedihkan, guru pembimbing saya menceritakan pelbagai jenis punca masalah murid-murid mempunyai tahap akademik yang sedemikian. Selian itu, tuduhan tentang murid-murid luar bandar yang ketinggalan dalam pelajaran adalah sangat tidak tepat kerana jika dibuat kajian secara menyeluruh majoriti murid yang buta huruf dan lemah dalam pelajaran adalah daripada murid yang bersekolah di Kuala Lumpur. Bandar yang dibanggakan pelbagai kemajuan itu.

Di sebalik kemajuan tersebut, terselindung pelbagai kecacatan dan ketempangan dalam institusi pendidikan di Malaysia. Masalah ini bukan sahaja berlingkar sekitar pintu pagar sekolah sahaja tetapi melibatkan suasana masyarakat luar, ditambah pula dengan pelbagai masalah sosial pelajar
dan rencam muda mudi di zaman serba serbinya ada sekarang.

Sekiranya sistem pendidikan negara "Islam" ini masih kekal digunakan, tidak salah saya katakan, beberapa tahun akan datang pelbagai masalah jenayah yang luar biasa serta tidak disangkakan mungkin akan berlaku melibatkan penjenayah murid-murid sekolah. Bagaimana masa depan anak-anak kalian nanti? Fikir-fikirkan lah...

Hadis Rasulullah saw bermaksud: "Setiap anak dilahirkan atas fitrah, terpulanglah kepada ibu bapa untuk mencorakkannya sama ada menjadikannya Yahudi, Majusi atau Nasrani."

" Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya terdiri daripada manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya) yang tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...