Pages - Menu

Showing posts with label Guru. Show all posts
Showing posts with label Guru. Show all posts

15.5.13

Selamat Hari Guru | "Ini pula hadiah dari saya..."

Awal-awal pagi, seorang guru melangkah bersemangat sambil melewati beberapa rumput hijau yang memagari sekitar bangunan sekolah. Tanggal 16 Mei sentiasa dinantikan oleh para pendidik kerana hari itu istimewa buat mereka. Murid yang nakal, kembali bersopan menyantuni para gurunya, begitulah kebiasaan kisah pada tarikh keramat itu.

"Cikgu, ni hadiah untuk cikgu." Seorang murid menghulurkan seperca kain batik terpakai.

"Ini pula hadiah dari saya..." ujar yang lain. Murid lelaki berambut kerinting, berbaju kusam membalut sebatang pensel yang telah diguna dengan beberapa helai daun-daun hutan lalu dihulurkan penuh bangga kepada gurunya.

"Sekejap, saya pun ada hadiah untuk cikgu." Seorang murid perempuan berambut panjang menarik sesuatu dari koceknya. Dikeluarkannya gulungan buku kecil terpakai. Tak kurang murid lain turut manfaatkan hari istimewa buat guru.

"Kami ucapkan Selamat Hari Guru." Laungan bersama sekumpulan murid berketurunan anak orang asli di pedalaman negeri Sarawak.


Salam untuk semua, moga dirahmati

Kisah di atas ni, aku kongsikan pengalaman seorang kawan aku yang pernah mengajar di pedalaman Sarawak. Sangat tersentuh, walau serba kurang anak-anak muridnya tetap berusaha memberikan sesuatu kepada guru. Jasa guru sangatlah besar. Kenalkan kita alif, ba dan ta...ABC...123. Sehingga dewasa ini kita menuturkan, menggunakan asas ilmu itu sepanjang masa.

Aku nak ajak anda semua kenangkan semula wajah2 guru sejak diawal pendidikan(mungkin tadika) sehingga yang terakhir di universiti....jangan lupa guru kita sejak lahir ke dunia iaitu ibu dan ayah. Mereka juga guru kita yang tak pernah kenal erti putus asa mendidik membesarkan...guru yang mendidik anak2 murid mengenal hukum hakam di masjid disamping menadah kitab2 thurath, mereka jua guru membuka lorong2 agama...guru2 yang mendidik anak2 kampung seni persilatan, jiwa itu membentuk disiplin dan ketahanan. Begitu lah lebih kurang jika untuk menyenaraikan setiap insan yang pernah berjasa memberikan ilmu dan pendidikan kepada diri.

Kini aku seorang guru, walau usia dalam pendidikan baru setahun jagung. Aku faham tugas dan tanggungjawab guru cukup berat, bukanlah sekadar di dalam kelas memegang rotan dan kapur semata, malah sebagai satu amanah untuk "memanusiakan" manusia dengan akhlak dan moral, khususnya mengenal Islam.

Aku mendoakan Allah ampunkan para guru, memberikan mereka hidayah dan petunjuk, meluaskan rezeki dan melorongkan kemudahan segala setiap kesulitan buat mereka. Tempatkan mereka di syurga bersama golongan yang soleh.

Selamat Hari Guru! 

12.9.12

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)

 

Datuk Seri Najib Razak telah melancarkan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang menggariskan 11 anjakan utama bagi mengubah sistem pendidikan negara. Pelan pembangunan pendidikan itu akan memastikan setiap rakyat mendapat pendidikan terbaik bersandarkan keperluan semasa dan masa hadapan yang mencabar.

16.5.12

Selamat Hari Guru | Pengalaman 4 Bulan Menjadi Guru

Salam untuk semua, moga dirahmati

Alhamdulillah. 16 Mei tarikh keramat buat para guru, tahun ini juga secara rasmi aku menyambut Hari Guru di sekolah walaupun hari ini (16 Mei 2012) sekolah aku belum mengadakan sambutan secara rasmi...aku pun tak pasti bila disambut...hehe.tak salah aku, GPK maklumkan bulan JUN...sebulan lalu dia jumpa aku nak mintak aku menyanyi sempena Hari Guru...perghhh...sebagai wakil guru berbangsa Melayu...tau la aku ja seorang lelaki sejati Melayu di sekolah tu...dengan baik aku menolak tawaran hebat itu...maaf cikgu saya tak dak bakat...akhirnya aku diberikan tugas membaca ikrar...sedang mempertimbangkan untuk berpuisi~

12.4.10

Buat Guru Tersayang: Umi Maudah dan Ust Sham


Salam kepada semua sahabat yang dihormati, entri ni dituju khas untuk seorang guru yang kini sedang sakit dan baru sahaja menjalani pembedahan jantung pada sebelah malam semalam di Hospital Pakar Pantai, Sg Petani. Saya berharap Umi kembali sihat dan kembali aktif menyebarakan dakwah untuk anak-anak muridmu yang sentiasa mendoakan kesejahteraan Umi sekeluarga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...