Pages - Menu

Showing posts with label Gaza. Show all posts
Showing posts with label Gaza. Show all posts

27.12.12

"Pak Cik! kalau popular kena menang anugerah..."

Salam untuk semua, moga dirahmati

Artis itu dah bertudung? Pelakon tu dah bertudung? Soalan2 lazim dikala beberapa tahun ni, fenomena artis bertudung...mestila artis perempuan yop! asal laki bertudung itu bukan perubahan, itu kesesatan. Tahniah makin ramai bertudung! Sekurang2nya penampilan mengajak manusia berdakwah kepada yang baik.

"Apa depa ni, pilih artis nak p bantuan Gaza..." ngomel sorang pak cik ni yang aku jumpa di sebuah program cuti lalu.

"Depa ni mana tau apa pun, melalak...nak popular ja lebih...banyak lagi ustaz2 yang boleh dihantar sana." Sambungnya lagi. Aku tak semena2 jadi bahan "lepas geram" kepada artis. Aku masih membisu sambil otak terpusing2 arah tuju.

"Betul pak cik, depa memang nak popular sebab Gaza tempat pejuang2 yang mati syahid. Kalau popular kena menang anugerah...anugerah mati syahid." Balas aku tersenyum seperti mengembalikan leterannya tadi. Pak cik tadi terdiam, aku membiarkan sahaja sekurang2nya merubah persepsi.
Teringat kisah seorang sahabat nabi, baru sahaja memeluk Islam terus pergi berjihad di medan perang lalu mati syahid. Tidak pernah solat, puasa, zakat haji apatah lagi. Siapa sangka pengakhirannya mulia.

12.12.12

Video Misi Gaza Oleh 3 Orang Artis | Artis Magnet Masyarakat

Afdlin, Zain, Bront (Nasrul) dan Ustazah Maznah

Salam untuk semua, moga Allah rahmati

Allahuakbar! Laungan takbir aku mulakan penulisan hari ni...dalam seminggu dua ni aku memang mengikuti penuh minat perjalanan rombongan Aqsa Syarif ke Gaza melalui FB. Aku percaya sahabat2 yang lain tak kurang juga ikut sama kisah dan info baru. Ni aku nak kongsi pengalaman mereka dalam temubual anjuran Ikram Mesir.

Artis dan Orang Seni

Perjalanan kali ni agak menarik, sebab disertai 3 selebriti. Kuasa artis dan orang seni sangat berikan kesan kepada masyarakat...aku melihat perkembangan rakyat mula memesong dan bersungguh2 bercerita tentang Gaza. Walaupun sebelum2 ni sudah banyak rombongan ke sana, seperti biasa kurang publisiti dan promosi selain kurang minat masyarakat apabila rombongan yang pergi individu yang terlibat bukanlah "IDOLA" masyarakat umum. Lumrah...yang terkenal dan popular akan lebih berkuasa memikat hati.

20.11.12

Video Terbaru Serangan GAZA! November 2012



Salam untuk semua, moga dirahmati

Dah tengok video atas ni? Dikhabarkan ini video terbaru apa yang jadi di bandar Gaza lepas. Memang jahanam Zionis laknatullah...serang gila khinzir suka hati bagai dunia ini milik bangsa Yahudi Zionis sahaja...! Apa yang mampu kita buat....? Sekadar klik tetikus, taip papan kekunci untuk pencerahan kepada umat Islam terutama di Malaysia...sekadar itu sahaja, biar kekurangan tu jangan dibiarkan begitu sahaja...
Komen warga Denmark:
Stop the war!!!
Who does these things?! It not human, its horrible. What ever Israel feel, that Gaza has done against them, then its not okay, to hurt the innocent!! its making me sick to my stomach. And i'm just sitting here, and cant do anything! :(:(:( -Clara Callesen


 Jawapan UAI dengan MekD! 

19.11.12

Boikot McD dan Facebook? | Senarai SAH Produk Sokong Zionis | Sikap Umat Islam?

 

Salam untuk semua, moga dirahmati

Isu BOIKOT Barangan Yahudi Zionis memang "kencang" dalam FB la ni lepas serangan 1 Muharam yang dilancarkan Yahudi Zionis Laknat ni. Aku lihat memang respons Boikot ni antra paling hangat dibincangkan, ada setuju, ada tak kisah, ada tak berminat...apa pun aku ucap tahniah dan sangat seronok dengan kepedulian rakyat kita, tak kira bangsa dan agama semua nyatakan bantahan terhadap Israel. Tetapi sejauh mana kita tau barang2 yang kita nak boikot tu ada saham bersama Zionis Israel?

18.11.12

Sejarah Gaza, Palestin & Al-Quds | Tarikh dan Peristiwa Penting!

[yahudi3.gif]

Pengenalan

Allah s.w.t telah berfirman tentang Masjidilaqsa iaitu: “Yang Kami berkati sekelilingnya.” Apa yang dimaksudkan dengan sekelilingnya ialah bandar Al-Quds (Baitulmuqaddis).

Bandar Al-Quds terletak di garisan bujur 35 darjah dan di garisan lintang 31 darjah.Bandar Al-Quds adalah merupakan bandar yang tertua di dunia, di mana ia telah dibangunkan pada tahun 3000 Sebelum Masihi.

Di dalam bandar ini terdapat Masjidilaqsa yang juga termasuk di antara masjid yang tertua di dunia selepas Masjidilharam. Imam Bukhari dan perawi-perawi yang lain telah meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: Nabi s.a.w ditanya: Masjid yang manakah pertama kali dibina di atas muka bumi? Lalu baginda bersabda: Masjidilharam. Selepas itu baginda di tanya lagi: Selepas itu? Baginda bersabda: Masjidilaqsa. Kemudian baginda ditanya: Berapakah jarak tempoh pembinaan di antara keduanya? Baginda menjawab: 40 tahun.
“Solat di Masjidil Aqsa adalah sama nilai pahalanya dengan lima ratus kali solat di masjid-masjid yang lain kecuali di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.” (H.R Bukhari-Muslim). 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...