![[yahudi3.gif]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg7meesi6shUleH2AeToVeJsUY4Rwgy1POj4KIkdDrJwcSRx-mvBwWoTUuvSrinmyAxRn-OR63OqLqN7DxCkCwMu1KvnhIKbD6SyPRjsYMLE3vSA3rg9aGNC3YT1MNQZ0MI3wrnAnMjBvg/s640/yahudi3.gif)
Pengenalan
Allah s.w.t telah berfirman tentang Masjidilaqsa iaitu: “Yang Kami berkati sekelilingnya.” Apa yang dimaksudkan dengan sekelilingnya ialah bandar Al-Quds (Baitulmuqaddis).
Bandar Al-Quds terletak di garisan bujur 35 darjah dan di garisan
lintang 31 darjah.Bandar Al-Quds adalah merupakan bandar yang tertua di
dunia, di mana ia telah dibangunkan pada tahun 3000 Sebelum Masihi.
Di dalam bandar ini terdapat Masjidilaqsa
yang juga termasuk di antara masjid yang tertua di dunia selepas
Masjidilharam. Imam Bukhari dan perawi-perawi yang lain telah
meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: Nabi s.a.w ditanya: Masjid
yang manakah pertama kali dibina di atas muka bumi? Lalu baginda
bersabda: Masjidilharam. Selepas itu baginda di tanya lagi: Selepas itu?
Baginda bersabda: Masjidilaqsa. Kemudian baginda ditanya: Berapakah
jarak tempoh pembinaan di antara keduanya? Baginda menjawab: 40 tahun.
“Solat di Masjidil Aqsa adalah sama nilai pahalanya dengan lima ratus kali solat di masjid-masjid yang lain kecuali di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.” (H.R Bukhari-Muslim).