Pages - Menu

18.6.11

Aku Tahu Dia Merantau Jauh Ikhlas Menuntut Ilmu Agama...


Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA =)

Petang tadi aku dikunjungi oleh seorang sahabat baik, Firdaus Zamani...lama dah kami tak jumpa, padahal kami ni berjiran saja...lebih kurang 3 tahun dia tinggalkan  tanah air. Firdaus merantau jauh ke Yaman menuntut ilmu agama di sebuah daerah yang terkenal dengan sistem pengajian kitab agama...aku tak ingat apa nama tempat tu...katanya tempat tu kedua terkenal selepas pengajian kitab di Hadramaut, iaitu daerah terkenal dengan para Habib keturunan Rasulullah.

Lama juga aku berbual dengan dia...memang aku secara jujur terpana dengar dia bercerita, Firdaus memang dah lain dari aku kenal dulu. Dulu aku dengan dia lepak sekali, main futsal sekali...aku yakin dia punya ilmu agama yang mantap...lenggok bahasa yang sedap memberikan satu kebanggaan kepada aku kerana punya sahabat macam ni..yala..aku ni orang biasa, dapat sahabat ustaz pun rasa seronok da.hehe

Dia belum habis belajar...terpaksa pulang ke Malaysia kerana Yaman sekarang tengah perang saudara, makin teruk...katanya Universiti tempat pengajiannya tu mewajibkan setiap mahasiswa menuntut selama 7 tahun...selama 3 tahun pertama perlu mengahafal setiap perkataan daripada beberapa kitab-kitab muktabar...Subhanallah! "Hang memang bakal ulama la..." itu saja detik hati aku. 

Walaupun aku rasa jurang perbezaan ilmu kami ketara, dia tetap merendah diri...beberapa kali datang cari aku kat rumah ni...Dulu aku bergurau lebih kurang saja dengan dia...sekarang aku akan terus hormatnya sebagai seorang guru...dalam bual kosong tadi, diselit juga perkara yang kelihatan remeh tetapi  penuh hikmah untuk aku fikirkan. Aku doakan Firdaus terus berjaya dalam pengajiannya di sana, moga pulang sebagai seorang ulama yang hebat...

Aku tahu dia merantau jauh, ikhlas untuk menuntut ilmu agama...moga Allah merahmati perjuangannya di medan ilmu.

*Firdaus merupakan pelajar sekolah menengah biasa, bukan pelajar pondok atau maahad...tetapi kerana kecintaan pada ilmu agama, dia mengubah arah selepas peperiksaan SPM 2005...

14 comments:

  1. Alhamdulillah semoga cita2 sahabat akhi tercapai dan semoga beliau dapat berkongsi dan menurunkan ilmu yang dipelajari kepada ummat Islam disini.

    ReplyDelete
  2. Bertuahnya 'dia' krn trpilih antara kita utk mendalami ilmu agama.....semoga ilmu yg diperolehi dimanafaatkan utk org lain...InsyaAllah.

    ReplyDelete
  3. utk mencari ilmu agama..xperlu dari sekolah pndok atau maahad..

    smuanya dari dalam diri kan =)

    ReplyDelete
  4. bagus nye..
    semoga dia berjaya disna..
    =D

    ReplyDelete
  5. agama ni milik semua orang, dan semua orang wajib mencarinya, dan bukan milik orang2 agama sahaja

    ReplyDelete
  6. tak kira aliran apa , jika dia berminat nak dalami ilmu Allah pasti dia akan berjaya.moga dia terus maju ....bukan mudah utk lalui 7 thn tu,tp semangat yg utuh pasti akan membuah kan kejayaan demi agama suci ini.

    ReplyDelete
  7. menarik, Yaman memang tempatnya, tetapi kekacauan tidak dapat dielakkan, teringat bekas pelakon, Azmil Mustafa, Ali Setan, juga menuntut disana, menarik kisahnya...

    ReplyDelete
  8. terima kasih kepada semua sahabat yang mendoakannya, moga anda juga mendapat rahmat dari-NYA =)

    ReplyDelete
  9. semoga dipermudahkan segala urusan..

    ReplyDelete
  10. semoga dia mencapai firdaus seperti namanya

    ReplyDelete
  11. kita pon kena mendalami ilmu agama..

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah.. hidayah Allah tak kenal siapa

    ReplyDelete
  13. ALHAMDULILLAH...sejuk hati membacanya

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...