Pages - Menu

16.9.19

Syamail Muhammadiyah - RAMBUT RASULULLAH S.A.W

(Gambar Hiasan) 3 jenis panjang rambut baginda Nabi berpandukan
huraian Al-Fadhil Ustaz Nazrul Nasir Azhari
(Kitab Syamil Syarah Syamail Muhammadiyah)


Salam kepada semua,

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W



RAMBUT RASULULLAH


عَنْ أنَسِ بْنِ مَالِكٍ، قَالَ: كَانَ شَعَرُ رَسُولِ اللهِ صلى الله عليه وسلم إِلَى نِصْفِ أُذُنَيْهِ.

"Rambut Rasulullah saw mencapai pertengahan kedua telinganya." (Diriwayatkan oleh `Ali bin Hujr, dari Ismail bin Ibrahim, dari Humaid yang bersumber dari Anas bin Malik r.a.)

عَنِ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ، قَالَ: كَانَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم مَرْبُوعًا، بَعِيدَ مَا بَيْنَ الْمِنْكَبَيْنِ، وَكَانَتْ جُمَّتُهُ تَضْرِبُ شَحْمَةَ أُذُنَيْهِ.

"Rasulullah saw. adalah seorang yang berbadan sedang, kedua bahunya bidang, sedangkan rambutnya menyentuh kedua daun telinganya." (Diriwayatkan oleh Ahmad bin Mani', dari Abu Qathan, dari Syu'bah dari Abi Ishaq yang bersumber dari al Bara' bin `Azib r.a.)

عَنْ قَتَادَةَ، قَالَ: قُلْتُ لأَنَسٍ: كَيْفَ كَانَ شَعَرُ رَسُولِ اللهِ صلى الله عليه وسلم؟ قَالَ: لَمْ يَكُنْ بِالْجَعْدِ، وَلا بِالسَّبْطِ، كَانَ يَبْلُغُ شَعَرُهُ شَحْمَةَ أُذُنَيْهِ.

"Rambut Rasulullah saw. tidak terlampau keriting, tidak pula lurus kaku, rambutnya mencapai kedua daun telingannya. "(Diriwayatkan oleh Muhammad bin Basyar, dari Wahab bin Jarir bin Hazim, dari Hazim yang bersumber dari Qatadah)

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ: أَنَّ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم كَانَ يُسْدِلُ شَعَرَهُ، حَدَّثَنَا عَبْدُ اللهِ بْنُ الْمُبَارَكِ، عَنْ يُونُسَ بْنِ يَزِيدَ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، قَالَ: حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللهِ بْوَكَانَ الْمُشْرِكُونَ يَفْرِقُونَ رُؤُوسَهُمْ، وَكَانَ أَهْلُ الْكِتَابِ يُسْدِلُونَ رُؤُوسَهُمْ، وَكَانَ يُحِبُّ مُوَافَقَةَ أَهْلِ الْكِتَابِ فِيمَا لَمْ يُؤْمَرْ فِيهِ بِشَيْءٍ، ثُمَّ فَرَقَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم رَأْسَهُ.

)"Sesungguhnya Rasulullah saw., dulunya menyisir rambutnya ke belakang, sedangkan orang-orang musyrik menyisir rambut mereka ke kiri dan ke kanan, dan Ahlul Kitab menyisir rambutnya ke belakang. Selama tidak ada perintah lain, Rasulullah saw. Senang menyesuaikan diri dengan Ahlul Kitab. Kemudian,Rasulullah saw. menyisir rambutnya ke kiri dan ke kanan."(Diriwayatkan oleh Suwaid bin Nashr dari `Abdullah bin al Mubarak, dari Yunus bin Yazid, dari az Zuhri, dari `Ubaidilah bin `Abdullah bin `Utbah, yang bersumber dari Ibnu `Abbas r.a.)

Syamail Muhammadiyah - KHATAM NUBUWWAH خاتم النبوة



Salam kepada semua,
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W


BENTUK KHOTAM (tanda/cap)NUBUWWAH


«رأيت الخاتم بين كتفي رسول الله صلى الله عليه وسلم غدة حمراء مثل بيضة الحمامة».

"Aku pernah melihat khatam (kenabian)…. Ia terletak antara kedua bahu Rasulullah saw. Bentuknya seperti sepotong daging berwarna merah sebesar telur burung dara." (Diriwayatkan oleh Sa'id bin Ya'qub at Thalaqani dari Ayub bin Jabir, dari Simak bin Harb yang bersumber dari Jabir bin Samurah r.a.)

كان علي، إذا وصف رسول الله صلى الله عليه وسلم- فذكر الحديث بطوله- وقال: «بين كتفيه خاتم النبوة، وهو خاتم النبيين».

"Apabila `Ali k.w. menceritakan sifat Rasulullah saw. maka ia akan bercerita panjang lebar. Dan ia akan berkata: `Diantara kedua bahunya terdapat Khatam kenabian, yaitu khatam para Nabi.

(Diriwayatkan oleh Ahmad bin `Ubadah ad Dlabi `Ali bin Hujr dan lainnya, yang mereka terima dari Isa bin Yunus dari `Umar bin `Abdullah, dari `Ibrahim bin Muhammad yang bersumber dari salah seorang putera `Ali bin Abi Thalib k.w.)

قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم: «يا أبا زيد، ادن مني فامسح ظهري»، فمسحت ظهره، فوقعت أصابعي على الخاتم قلت: وما الخاتم؟ قال: «شعرات مجتمعات».

Dalam suatu riwayat, Alba'bin Ahmar al Yasykuri mengadakan dialog dengan Abu Zaid `Amr bin Akhthab al Anshari r.a. sbb: "Abu Zaid berkata: `Rasulullah saw bersabda kepadaku : `Wahai Abu Zaid mendekatlah kepadaku dan usaplah punggungku'. Maka punggungnya kuusap, dan terasa jari jemariku menyentuh Khatam. Aku (alba' bin Ahmar al Yasykuri) bertanya kepada Abu Zaid: `Apakah Khatam itu?' Abu Zaid menjawab: `kumpulan bulu-bulu.

(Diriwayatkan oleh Muhammad bin Basyar, dari Abu `Ashim dari `Uzrah bin Tsabit yang bersumber dari Alba'bin Ahmar al Yasykuri)

Syamail Muhammadiyah - BENTUK TUBUH RASULULLAH SAW.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah Ali Imran : 31)



Salam kepada semua,
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W


BENTUK TUBUH RASULULLAH SAW.


«كان رسول الله صلى الله عليه وسلم ليس بالطويل البائن، ولا بالقصير، ولا بالأبيض الأمهق، ولا بالآدم ولا بالجعد القطط ولا بالسبط، بعثه الله تعالى على رأس أربعين سنة، فأقام بمكة عشر سنين، وبالمدينة عشر سنين، وتوفاه الله تعالى على رأس ستين سنة، وليس في رأسه ولحيته عشرون شعرة بيضاء».

"Rasulullah saw. bukanlah orang yang berperawakan terlalu tinggi, namun tidak pula pendek. Kulitnya tidak putih bule juga tidak sawo matang. Rambutnya ikal, tidak terlalu keriting dan tidak pula lurus kaku. Beliau diangkat Allah (menjkadi rasul) dalam usia empat puluh tahun. Beliau tingal di Mekkah (sebagai Rasul) sepuluh tahun dan di madinah sepuluh tahun. Beliau pulang ke Rahmatullah dalam usia permulaan enam puluh tahun. Pada kepala dan janggutnya tidak terdapat sampai dua puluh lembar rambut yang telah berwarna putih."(diriwayatkan oleh Abu Raja' Qutaibah bin Sa'id, dari Malik bin Anas, dari Rabi'ah bin Abi `Abdurrahman yang bersumber dari Anas bin Malik r.a)

«ما رأيت من ذي لمة في حلة حمراء أحسن من رسول الله، له شعر يضرب منكبيه، بعيد ما بين المنكبين، لم يكن بالقصير ولا بالطويل».

"Aku tak pernah orang yang berambut panjang terurus rapi, dengan mengenakan pakaian merah, yang lebih tampan dari Rasulullah saw. Rambutnya mencapai kedua bahunya.Kedua bahunya bidang. beliau bukanlah seorang yang berperawakan pendek dan tidak pula terlampau tinggi." (diriwayatkan oleh Mahmud bin Ghailan, dari Waki',dari Sufyan, Dari Abi Ishaq, yang bersumber dari al Bara bin `Azib r.a)

14.10.15

KERBAU QURBAN 2015


LOKASI: KG ALOR MELINTANG, KEDAH

27.9.14

Street Photography | Fotografi Jalanan | Tukang Jahit (12 Foto)

IMG_0064-1
Tekun membaiki pakaian.


Mungkin ini pertama kali aku "street" di kg sendiri, Sungai Petani. Itu pun secara tak dirancang, turun santai tanpa apa-apa tujuan yang diharapkan. Kebetulan pusing-pusing stesen bas harian Sungai Petani, tempat aku dulu menanti bas, di zaman sekolah menengah stesen ini menjadi perhentian aku pulang dengan bas dari sekolah asrama bersama kemeja batik "maroon" kadang2 berbaju putih berseluar hijau gelap.

Fotografi | Rezeki Yang Berkat | Berkebun | Ayah






Berbudi pada tanah moga ada hasilnya. Menebas sedikit demi sedikit, seawal pagi hingga kadang2 menjangkau terik mentari. Aku membesar dalam serba ada, sukar membayangkan kehidupan dulu dengan pendapatan sepenuhnya dengan hasil tani. Keluarga sebelah emak dengan anak 12 beradik membesar sihat dan berjaya dengan haisil usaha sawah dan tani arwah tok wan dan tok. 

"Susah cari duit dulu. Rezeki kena berkat baru cukup..." selalu mak aku cakap benda ni. Sejak bekeluarga aku mula memahami. Buat apa Allah suruh, tinggal apa Allah larang, insyaAllah berkat.



8.8.14

PHUKET Trip | Part 1 | Fotografi Jalanan | Street photography |



Salam untuk semua,

Trip ke Phuket tahun lepas, untuk Part 1 aku kongsikan beberapa keping gambar tentang sketsa kehidupan peniaga di sana. Bergerak ke sana dengan laluan darat menaiki bas banyak meninggalkan kenangan kerana lebih banyak berpeluang melihat perjalanan hidup masyarakat sekitar khususnya masyarakat muslim Thailand.

14.6.14

Flower Photography | Fotografi Bunga | Bunga dan Lebah


"Dan Allah menurunkan hujan dari langit, lalu ia menghidupkan dengan air hujan itu akan bumi sesudah matinya sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan Kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang mendengar (peringatan ini dan memahami)" - Surah An-Nahl, ayat 65


Dengan alam, banyak yang kita patut renungi dan muhasbah diri...


Manusia hanya penumpang rezeki haiwan-haiwan yang tidak pernah ingkar dan melakukan dosa...


12.6.14

Fotografi : Warna-Warni Hidup! Gembira dan Tenang



Kita yang mencorak hidup. Corak ikut pegangan nilai diri dan ilmu yang ada. Siapa sahaja mengidamkan kegembiraan dan ketenangan sepanjang masa, tetapi sejauh mana "gembira" dan "tenang" itu diterjemahkan...difahamkan??? Aku pernah melihat seorang yang miskin dan susah, hidup dalam serba kurang mampu sentiasa tenang dan gembira...senyuman menghiasi wajahnya. Namun, ada juga insan harta berlimpah ruah, malangnya muka sentiasa masam mencuka. Setiap masa berusaha mencipta "patung-patung ketenangan" untuk di"post"kan dalam FB, Twitter dan sebagainya...


Kata orang tua, harta yang banyak berkat...hidup tenang dan gembira. 


Jangan korban yang besar untuk menggapai kegembiraan yang palsu! Aku pesan untuk aku...

10.2.14

Fotografi Jalanan | Si Tukang Kasut




Tukang kasut...kat mana-mana pun mudah buat mereka bertapak. Tak perlu kerusi seempuk baldu, mahupun penghawa dingin penyejuk badan. Sedikit tempat berteduh, ada ketika di kaki lima, mereka terus bakti buat sesiapa yang perlu. Aku kerap juga baiki kasut sebelum ni, kasut kerja...kasut sukan, biasanya aku ambil peluang nak bualkan apa sahaja.

Banyak perkara yang mampu dibincangkan, mungkin pelanggan mereka juga pelbagai ragam orang...jadi,  Tukang kasut menjadikan mereka jauh lebih terbuka, ada ketika memberikan idea2 lebih segar...itu lah yang tak berlaku dalam dunia maya...perang siber, anak muda khususnya masing2 berbicara penuh sombong menegakkan hujah tak seberapa... Tukang kasut...jangan pandang sebelah mata. =)


25.1.14

Foto.Inspirasi #6 | Kerja Satu Amanah!



20140124-IMG_3036-2

20140124-IMG_2986

Kerja satu ibadah, buat dengan amanah. Hah! Pesan untuk aku paling utama...apa sahaja kerja yang dilakukan, kerja yang menuntut kepada gaji, menuntut kepada apa sahaja hasil. Lakukan penuh amanah. Kagum melihat perkerja sekitar pasar Chow Kit, laju ke sana ke mari...bersungguh-sungguh bekerja! Yang santai dalam penghawa dingin tu jangan kerap sangat layan FB...haha

Selamat Bekerja! =)


23.1.14

Foto Inspirasi #5 | Ayah


Pengorbanan seorang bapa tiada nilai tara. Tak melontar banyak kata, hanya sentiasa bertindak dengan akal dan kasih sayangnya. Sentiasa tenang dan sabar melayan karenah anak-anak, belajar erti hidup dengan pengalaman susah dan perit. Terus mendoakan moga ayah dirahmati Allah dalam senegap kehidupannya.
Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil - See more at: http://www.doaharian.mytoha.net/2013/04/doa-untuk-kedua-ibu-bapa.html#sthash.2AElKuZw.dpuf

 Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin.
Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil - See more at: http://www.doaharian.mytoha.net/2013/04/doa-untuk-kedua-ibu-bapa.html#sthash.2AElKuZw.dpuf

Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil - See more at: http://www.doaharian.mytoha.net/2013/04/doa-untuk-kedua-ibu-bapa.html#sthash.2AElKuZw.dpuf
Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil - See more at: http://www.doaharian.mytoha.net/2013/04/doa-untuk-kedua-ibu-bapa.html#sthash.2AElKuZw.dpuf

16.1.14

Buat Baik Dibalas Baik, Akhlak Mulia Peniaga Jelly Kelapa



Salam untuk semua

Agak lama aku tak update blog ni. Dah lama tak menulis, agak beku rasa kepala ni untuk menggarap idea-idea menulis. Ingin aku kongsikan kisah yang mungkin memberikan satu pengajaran. Hal ini berlaku masa aku balik dari surau menghadiri satu majlis ilmu. Kalau ada program2 agama biasanya banyaklah jualan-jualan di sekitar masjid/surau...bermula dengan pakaian hingga ke pelbagai jenis makanan.

3.1.14

Mendapat Hidayah Di Usia Muda-Muhammad Nur Adlu Kan



Muhammad Adlu Khan, seorang anak muda berusia 18 tahun. Mengkaji tentang Islam dan perbandingan agama lain sejak berusia 13 tahun. Menganut agama Islam pada usia 15 tahun. Temu ramah bersama beliau cukup memberi kesan. Sudi juga buat teman-teman bukan Islam untuk menontonnya...
 
antara yang menarik, "apabila masuk Islam bukanlah masuk "Melayu". Sukar bukan Islam menerima Islam kerana kefahaman salah bahawa mereka terpaksa merubah identiti dan keturunan asalnya..."

27.12.13

Sembang Santai Bersama Prof, topiknya "Malaysia Aman!"


Salam untuk semua,

Kelas akhir aku untuk pengajian master dah selesai minggu lepas, lepas ni bersedia untuk exam. Moga Allah mudahkan. Aku nak kongsikan topik sembang santai aku dengan Prof utk kelas terakhir...Prof tak banyak sentuh soalan pelajaran, semuanya sudah dicurahkan...baki masa yang tinggal dikisahkan pengalaman hidupnya merantau di negeri-negeri orang.

4.12.13

Kisah dan Falsafah Si Pemilik Kapcai Honda Bulat!


 gambar hiasan
tempat: Pekan Cina, Alor Star


kapcai Honda bulat. Falsafah si pemakai biasanya "orang lama". Motor klasik yang mencecah puluhan tahun masih utuh dibawa, ke kebun, ke bandar, ke masjid, ke kenduri kendara...itulah gelagat warga lama yang sentiasa akrab dengan kapcai honda bulatnya. Kapcai ini menaburkan bakti menyara keluarga, mendidik anak, menjadi teman ke mana sahaja. Dengan kain pelikat, kain sarung dibelit di kepala...berbalut pagoda di tubuh cukup menjadi syarat pemanduannya. Sesekali bunyi hon dipetik, menyapa tetangga di persimpangan...



Pemiliknya juga tak perlu teori-teori pendidikan setebal "kamus dewan", tak perlu diploma, ijazah, master dan PhD untuk mentarbiah anak mengenal dunia...mengenal yang mana haram dan yang mana halal. Pemiliknya hanya tahu...biar anak ke sekolah mendapat pendidikan...bagi anak-anak pandai tulis dan baca..tambah dan tolak...itu semua dek kerana tidak mahu lagi melihat darah dagingnya mewarisi kesusahan lalu.

Dengan kapcai ini, membesarkan sekian bilangan pewarisnya yang berjaya...kapcai ini tidak pernah menjengah pintu univerisiti, tidak tahu di mana kolej dan fakulti. Walaupun begitu, pemiliknya sentiasa menanti lahirnya suatu masa nanti manusia berbudi pekerti. Bukan tinggi diri dan sombong hanyut dalam duniawi. Generasi kini berkereta besar, berumah bak istana masih gagal mendidik anak apa erti sembahyang lima waktu mengabdirikan diri....terus mengejar projek itu dan ini. Pemilik kapcai buruk jauh lebih gemilang, mereka jauh lebih mengerti...


Kadang-kadang kapcai ini meragam di tengah perjuangan, bertompok karat menghiasi badan. Tidak putus meradung cabaran yang mendatang. Generasi sekarang kian senang, punya harta dan wang. Tapi belum tentu punya semangat dan cekal berdiri segagah pemiliknya kapcai Honda bulat yang utuh puluhan tahun dengan pendirian dan azam.

1.12.13

Kisah Aku Zaman Kanak-kanak dulu | Kenapa Makin Maju Makin Tak Selamat?



Salam untuk semua,

Jenayah makin gila-gila...paling sedih tengok berita 3 orang kanak-kanak ditemui mati. Susah nak gambarkan hati ibu ayah yang hilang 3 orang anak sekali...aku teringat zaman sekolah dulu...aku sekolah era 90-an. Abang dan kakak yang era 70-80an lebih2 punya kenangan manis zaman tu. Umur aku 8 tahun (darjah 2) mak ayah dah ajar aku duduk sorang2 di rumah waktu siang...aku sekolah petang, mak ayah kerja. Jadi disebabkan selesa di rumah sendiri, adik2 aku sahaja dihantar ke rumah pengasuh.

Kisah Surah Taha bawa Sayyidina Umar kepada Islam



KISAH Saidina Umar yang berdepan dengan adiknya, Fatimah yang telah memeluk Islam yang dikira sebagai satu penghinaan kepadanya amat diketahui umum. Namun sebelum itu, dikisahkan bahawa Umar telah ditegur oleh lelaki dari Bani Zuhrah atau Makhzum, bernama Nu'aym bin Abdullah yang memecahkan rahsia mengenai adiknya yang telah memeluk Islam itu.
Dalam sesetengah riwayat yang lain, dikatakan Nu'aym sebenarnya terdiri dari kalangan kafir Quraisy, bukan yang telah memeluk Islam seperti yang disebutkan sebelum ini. Maka Nu'aym bertujuan menyindir Umar mengenai Fatimah yang memeluk Islam ketika Umar tergesa-gesa dan beria-ia hendak membunuh Nabi Muhammad. Apapun niat sebenar Nu'aym itu, menyebabkan Umar mengamuk setiba di rumah adiknya itu.

Umum mengetahui bahawa Fatimah dan suaminya Saad adalah kalangan yang terawal memeluk Islam malah dikatakan kekuatan iman suaminya itu antara 10 orang yang dijamin memasuki syurga. Ketika Umar sampai ke rumah adiknya itu, beliau terdengar suara yang sedang membaca al-Quran. Iaitu Fatimah dan suaminya sedang belajar membaca al-Quran dengan dibantu oleh seorang sahabat mereka, Khabbab bin Arat.

28.11.13

Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang | Filem Jenaka Islamik!



Salam untuk semua,

Pagi tadi aku dan si isteri luang masa berdating...haha. sesekali kena ada masa juga, cuti sekolah dah mula lama...aku sibuk dengan pengajian lagi. Jadi luang masa p tengok wayang, cerita Ustaz Mu Tunggu Aku Datang..! Aku rasa rakyat Malaysia dah maklum belaka tentang penampilan Ustaz Azhar Idrus dalam movie ni, aku dan isteri dapat tayangan pertama untuk hari pertama pelancaran...kira penuh juga hall kami tu. Kebanyakkan anak-anak muda, yang bawak anak bini pun ada. Aku nak berkisah sikit tentang movie ni secara ringkas...

9.11.13

Kisah Si Tukang Kasut


(Gambar hiasan)

Salam untuk semua,moga dirahmati

Dua tiga hari lepas aku singgah baiki kasut kerja...biasalah dah lama pakai mula haus tapak. Sambil lepak menanti pak cik tukang kasut siapkan, aku bual kosong dengan pak cik tu. Pak cik tu berasal daripada Sumatera, Indonesia. Difahamkan dia dah menetap di Malaysia lebih kurang 30 tahun dah...semua anak2nya lahir di Malaysia. Begitulah lebih kurang kisah ringkasnya...aku cuma menung terasa asyik dengan kecekapannya bertukang walau usia sudah mencecah 60 tahun.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...