Pages - Menu

27.12.13

Sembang Santai Bersama Prof, topiknya "Malaysia Aman!"


Salam untuk semua,

Kelas akhir aku untuk pengajian master dah selesai minggu lepas, lepas ni bersedia untuk exam. Moga Allah mudahkan. Aku nak kongsikan topik sembang santai aku dengan Prof utk kelas terakhir...Prof tak banyak sentuh soalan pelajaran, semuanya sudah dicurahkan...baki masa yang tinggal dikisahkan pengalaman hidupnya merantau di negeri-negeri orang.


"Saya pernah pergi banyak negara-negara luar...pernah belajar di UK untuk PhD selama 3 tahun. Bekerja di Jepun setahun. Saya nak kongsikan sikap orang luar, antara yang saya boleh ingat adalah sikap orang Jepun. Pemandu teksinya cukup amanah...tak "makan lebih". Bayaran ikut meter, tak pernah menipu pelancong-pelancong luar. ada beberapa negera lain saya pergi pernah ditipu oleh pemandu teksi...tapi bukan di Jepun dan UK. Pemandu teksi kita bukan setakat makan lebih utk pelancong...rakyat sendiri pun kena kapaknya....agak malang."

"Saya pernah tertinggal telefon bimbit di pondok telefon untuk call seseorang....sebab tak dak kredit terpaksa guna public phone. Malam baru teringat telefon tertinggal....atas nasihat rakan, esok pagi sahaja saya datang semula. Jelas, orang Jepun kebanyakkan jujur dan amanah. Telefon bimbit tu masih ada ditempat asalnya...tak diusik. Bayangkan kalau di Malaysia...? Benda dalam beg dia boleh selup nak curi.....aman betul..."

"Satu lagi kisah menarik semasa saya order barang melalui penghantaran ke rumah. Saya tiada duit kecik untuk bagi kepada penghantar barang, jadi diberikan sahaja not100 tanpa minta si penghantar pulangkan semula baki yang hanya beberapa ringgit sahaja. Tak lama lebih kurang sejam, penghantar itu tercegat depan rumah saya untuk pulangkan baki beberapa ringgit itu. Indahnya penduduk di sini. Bukan Islam, tetapi mengamalkan nilai-nilai Islam yang tinggi."

"Setahun berkelana di Jepun, nak balik Msia rasa takut....mana taknya, Msia sekarang bukan setakat berbilang kaum....berbilang pendatang asing. Nak dari mana semuanya ada di sini. Kamu pergi tengok di tengah pusat bandar...area Chow Kit, Puduraya....nak cari muka Melayu, Cina India pun susah dah. Yang banyak mat bangla, mat Nepal, negro, mat Indon, Vietnam, Philipn, Myanmar...macam2 ada." sambil ketawa besar. Aku angguk, aku faham sebab aku juga agak lama di ibu kota. Menuntut ilmu di sini hingga sudah bekerjaya masih di sini.

"Setiap malam, saya terpaksa temankan isteri saya untuk letakkan sampah depan pagar rumah. Sedangkan masih dalam rumah....saya rasa malu, nak letak sampah dalam kawasan rumah perlu ditemankan....takut kena rompak, ragut, diacukan senjata.....kita sebagai rakyat patut rasa malu hidup dalam keadaan takut macam ni....kamu tau!? Di Jepun, kalau wanita nak jogging pukul 3 pagi pun, tiada siapa nak kacau...di Msia ada berani.....?? Jangan cakap wanita, lelaki pun takut!"

"Sampai bila kita nak hidup dalam rasa takut. Seperti kamu duduk rumah, dalam rumah kamu terdapat seekor harimau yang kelaparan...bila-bila masa kamu akan jadi mangsa...."

Masih banyak yang dikongsikan, aku cuma ringkaskan sebaiknya...


Kisah jenayah rasanya sudah terlalu muak untuk dihadam. Sakit hati terlalu dalam. Aku rasa pembaca lain juga sudah maklum benar. Cuma, aku bersyukur, masih ramai cendiakiawan yang mampu menuturkan kebatilan dengan baik....apa tidaknya, susah hati sejak kebelakangan ini ramai berstatus besar, berjawatan besar memberi kenyataan yang serius tetapi sudah seperti sedang berjenaka....jawatan besar, otak kecil. Penyakit berbahaya ini apabila otak mati dalam tempurung kepala....

1 comment:

  1. untungnye dapat tgk negara org n amek iktibar..
    syukur malaysia masih aman...opss :p

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...