Pages - Menu

23.5.11

Cerita Orang Kampung Kita... [Part 2] | Dilentur, Dirotan Untuk Jadi Insan


Suasana kampung nelayan begitu indah ketika menjelang senja dengan pemandangan terbenamnya matahari jauh melabuh dihujung lautan. Sampan-sampan sudah terdampar di pantai dengan ikatan tali disisir kuat pada tunggul-tungul dahan yang merimbun. Pak Mail, seorang penduduk kampung yang membuka gerainya di hujung pantai mula mengemas2 untuk menutupnya, tidak jauh kelihatan seorang anak gadis melintasi menarik perhatian biji mata yang memandang...

"Oooiiiii Syikin, kau nak pergi mana maghrib macam ni ha?" Terus sahaja jasad tua itu menyoal dengan nada yang tinggi kepada anak gadis yang melintasi gerainya itu.

"Sibuk lah Pak Mail ni. Suka hati saya lah nak pergi mana pun, mak bapak saya pun tak tanya banyak." Bentak Syikin, dia merupakan anak kepada si Botak juga merupakan kawan baik Pak Mail.

"Anak bertuah sungguh budak ni! Cakap tak dak budi bahasa langsung dengan orang tua. Ni udah pakai baju sendat2 mau tertonjol bijik mata Pak Mail ni" Pak Mail mula mencekak pinggang, digeleng-geleng kepala melihat telatah anak gadis sekarang.

"Saya nak cepat ni. Kawan laki saya dah lama tunggu di hujung kampung." Selamber saja muka Syikin tanpa segan silu.

"Saya ada konsert la Pak Mail...untuk geng muda sahaja." Sindir Syikin kepada orang tua tersebut.

"Konset amal la...ada ramai artis datang malam ni. Siap dibayar minyak motor dan diberikan makan kepada siapa yang pergi." Tambah Syikin lagi. Dia terus bergegas dengan pantas tanpa menghiraukan orang tua yang masih tercegat itu.

Selang beberapa minit, lalu pula seorang budak lelaki berkopiah putih. Wajahnya kelihatan kusam dan sedih. Pak Mail kenal sangat budak lelaki ni, tetapi hairan melihatnya. Dipandang mukanya dalam-dalam...

"Amin, apa hal dengan kamu ni...? Lain benar Pak Mail tengok hari ni.?" Soal Pak Mail. Begitulah jiwa si tua yang sentiasa mesra dengan sesiapa sahaja yang ditemui. Amin merupakan anak bongsu Pak Man, kawan baik Pak Mail sejak kecil.

"Mak rotan Amin tadi. Amin tak nak pergi surau, nak tengok kartun la..." budak kecil yang baru berusia 11 tahun kelihatan jujur menceritakan.

"Ayah kamu belum pulang dari laut lagi kan?" Soal Pak Mail lagi, selalunya Pak Man akan terpacak awal lagi di gerai Pak Mail. Mungkin beliau ke laut sehari semalam.

"Baguslah kamu pergi solat berjemaah, kan banyak pahalanya tu Amin." Pujuk Pak Mail padanya.

"Sekejap lagi Pak Mail pun nak ke surau, nak siap2 tutup gerai dulu. Kamu pergi dulu ya." tambahnya lagi sambil senyum lebar melihat kejernihan wajah kanak-kanak itu.

"Melentur buluh biar dari rebungnya..." getus hati si tua sambil mula mengunci pintu gerainya.



Koleksi

Cerita Orang Kampung Kita...Part 1

7 comments:

  1. er... nama dia pun syikin :| .. errr hehehe

    ReplyDelete
  2. itulah...kalau bukan dari kecil diasuh, sampai ke besar nanti tak tahu....susah...

    ReplyDelete
  3. sedari kecik kena diajar....

    ReplyDelete
  4. mase budak2 la perlu kite ajar die yg mane betul dan salah supaya kenal baik buruk bila besar nanti kan..

    ReplyDelete
  5. kalau dah jadi buluh susah nak lentur....

    ReplyDelete
  6. si syikin pergi konsert amal untuk menambah dosa..ish3....

    ReplyDelete
  7. @syikin: kak, itu orang lain tu.hehe

    @Fasihah: betul, perlu diasuh dari kecil lagi =)

    @NZA: betul kak =)

    @Prince: tepat sekali bro!

    @suhaimi: dah besar ketuknya patah pula =)

    @fadh: tambah pendapat katanya tu =)

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...