"Atok...atok...ni apa maksud ni.?" Soal Ecah kepada Pak Mail.
"Apa bendanya Ecah..? Duduk sana sikit, atok nak buat kerja ni..." Pak Mail sibuk mengangkat cawan dan pinggan makan.
"Ni la atok, Ecah baca surat khbar ni... Dia tulis sodomi..?" Bekerut dahi Ecah meminta penjelasan Pak Mail. Ecah murid pra sekolah sebuah sekolah di bandar raya. Dia pulang ke kampung seketika dengan keluarga.
"Banyak tanya kamu ni, baca udah la." Pak Mail terdiam seketika, mula memproses sesuatu. Ecah tidak putus merenung wajah tua atoknya. Soalan yang tidak disangka-sangka terkeluar dari mulut si anak kecil.
"Dia silap tulis tu...bukan sodomi. Itu Sotomi la Ecah.." Pening Pak Mail memikirkan jawapan terbaik untuk cucu kesayangannya tu. Pak Mail bertambah kerut dahi dibuatnya.
"Dia cakap dia suka makan soto dan mi goreng rasanya..." Pak Mail terus memberikan penjelasan. Dijeling seketika wajah Ecah.
Ecah diam dan mengagguk seperti memahami. Ecah bangun terus sahaja mendapatkan neneknya di dapur. Pak Mail lantas mencapai surat khabar di meja, terpaksa diselitkannya ditempat yang lebih tinggi.
Koleksi
owwhhh..sotomi..
ReplyDeletecet... mcmana ecah nak pandai camtu...? adoi...! teruklah atuk nie... nanti cucu tak pandai sapa salah...? atuk gak yg salah tau...! eeeeeeeeeeeee
ReplyDeletekesian atok...
ReplyDeletehaish!cabaran.. cabaran..
haha,ari ni nak makan sotomi laa..kui3
ReplyDeletesalam, menarik....
ReplyDelete