Kejatuhan Melaka 1511 kerana kekuatan Portugis atau kelemahan Melaka?
Salam untuk semua,moga dirahmati-NYA =)
Merdekaaaaaaaa!!! Hari ni selesai sudah kertas peperiksan yang terakhir untuk semester ni. Sem depan adalah sem terakhir aku kat IPG, insyaAllah. Merdeka sebab dah lepas jawab exam....? Terasa lepas seketika beban ni, niat belajar kerana exam?
Entah la...kadang2 aku rasa belajar tak faham apa pun..apa yang dibelajar pun tak tahu, dah usaha tapi terus dangkal...subjek paling tak suka sem ni tentang Penyelidikan Tindakan, terselirat urat wayar aku ni. Kalau suka, buat paham terlebih pula, padahal salah ja memanjang jawapan tu.hehe. Kebudayaan Melayu subjek yang menarik perhatian aku, sudah pasti terasa bangga menjadi anak Melayu! Yeah!!
Nak betulkan niat belajar pun susah rasanya, aish...! Tapi terlupa dalam diri aku ni masih banyak penjajah senyap, dijajah segenap ruang, cara makan, cara belajar, cara urus masa, cara apa lagi erk...cara pakaian, cara cakap...yang kritikal sekali apabila pemikiran pun terjajah. Macam mana nak perang dengan komunis, kapitalis, sekular, nasionalis, liberalisme, pluralisme..?? huh! Banyak pula penjajah aku ni...
Lepas ni siapkan bala tentera nak pergi memerangi geng penjajah ni...! Bendera perang dibawa oleh panglima hati...
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA