Satu petang di kedai kopi Pak Mail. Perkara biasa yang menjadi rutin harian masyarakat nelayan di sebuah daerah di Pantai Barat semenanjung. Beberapa sahabat sedang berbicang sesuatu yang panas...
"Malas aku nak cakap politik ni, semua ni pembohong, kotor kau tau." Sendirian si Botak bersuara. Sambil tangan membelek2 akhbar.
"Penting Botak politik ni, kita nak pilih pemimpin yang mana satu betul nak pimpin rakyat semua." Celah Pak Mail, sambil dihidangkan kopi panas kepada pelanggan yang order.
"Pak Mail, tengok ni, apa ni gambar orang bertuala ni dalam paper ni? Ni memang sah lah Si Dia yang buat. Aku percaya!" Badek, kawan baik Botak yang sedang membetulkan kain pelikatnya terus menyampuk.
"Kau Badek, mana boleh tuduh sesuka hati tanpa bukti." Pak Man, kawan baik Pak Mail pula mencelah.
"Sudah-sudah! Aku malas nak layan korang dua ni, tak habis2 politik saja kalau aku lepak gerai kau ni." Botak terus saja bangun, Badek ikut saja kawan baiknya tu untuk beredar.
"Pak Mail, kira berapa semua ni. Nasi Lemak dan Kopi tarik." sambung Batok.
"Nasi Lemak, RM1.20 dan kopi panas, RM 1.20" Pak Mail terkebil2 mengira di kertas, usianya sudah mencecah 60 tahun.
"Aiiiiiiikkkkkkkkkkk! bukan seringgit ja nasi lemak dan kopi? Pak Mail kira lah betul-betul ." Botak terus menyindir.
"Kawan-kawan pun nak berkira ka Pak Mail, murah2 sudah la..." sambung Badek.
"Ni bukan berkira. Ni namanya poltik. Harga ikut pasaran semasa ok!" Bersahaja Pak Man bersuara. Botak dan Badek terus menggaru kepala yang tidak gatal.
"Kau terpaksa bayar mahal sebab kau tak suka berpolitik kan.? " soal Pak Mail tersenyum melihat telatah Botak. Badek dan Botak terus melangkah sambil memikirkan kata-kata Pak Mail dan Pak Man tadi.
politik sana & sini
ReplyDeleteOk... sekali lagi syikin tak faham akhi punya entri hehe... alahai.. susah yer :p.... susah bebenar nak faham syikin ni
ReplyDelete@anisa: =) politik kedai kopi.hehe
ReplyDelete@Ukhti syikin: kak kena tanya en mamat =)
bijak betul politik pak mail tu..hahaha
ReplyDeletepolitik kat malaysia ni kotor
ReplyDeleteSuhami Ahmad:Politik di Malaysia ini jadi kotor disebabkan sebuah parti politik yang langsung tidak engikut syariat Islam dalam berpolitik mereka menggelarkan diri mereka sebagai UMNO. Politik mereka politik perkauman, politik mereka politik Rasuah dan politik mereka politik sesat.....
ReplyDeleteMenarik cerita ni,tak sangka ada bakat jadi penulis juga ante ya.kalau kumpul banyak-banyak boleh buat e-book .nanti boleh jual
ReplyDelete