Salam untuk semua, moga dirahmati =)
Pernah suatu hari seorang guru mengajar di dalam sebuah kelas murid Tahun 6, tanpa disedari beberapa orang murid di belakang sedang bermain-main. Keadaan riuh rendah seketika apabila seorang budak lelaki tiba2 saja menjerti lalu menangis. Tangisannya diselang seli dengan gelak tawa rakan-rakan yang lain sambil beberapa kutukan dan ejekkan dilemparkan kepadanya.
"Weihhhh! Diam semua! Apa hal pula dibelakang tu?" Bagai guruh berdentum apabila guru tersebut menengking.
"Budak ni cikgu, curi alat tulis saya. Sudah lah mencuri tak nak mengaku pulak tu" Seorang budak lelaki tiba2 saja bersuara setelah masing2 diam membisu.
"Betul cikgu, saya nampak dia yang ambil alat tulis semua ni." sokong seorang kawan lain.
"Betul ka Amin? Kamu mencuri alat tulis semua ni?" Guru tersebut terus saja berjalan mengahampiri budak yang tidak berhenti menangis itu. Tangan mula mencekak pinggang sambil dicapainya sebatang pembaris panjang.
"Saya tanya kamu ni...? Betul kamu mencuri?" Guru tersebut terus saja mendesak, bertalu-talu soalan di tanya. Kerana terlalu takut, dia terus sahaja menganggukkan kepala . Wajahnya merah menahan malu dan pedih atas kutukan kawan2 sekelas.
"Paaaaaaaaangggggggggg!!!!" Baru nak mengaku! Banyak kali saya tanya kamu tadi.." Sambil menjerkah, terus saja pembaris menghinggap kakinya, dua kali libasan kuat oleh cikgu tersebut.
"Sakit cikgu....sakit..." Amin terus merayu, air mata makin laju membasahi pipinya.
"Saya minta maaf cikgu, saya tak dak duit nak beli. Esok dah mula UPSR." Sambung Amin lagi, seorang murid yang baik tetapi terhimpit atas sebab kemiskinan.
"Nenek saya tak mampu belikan alat tulis untuk saya, dia dah lama tidak menjual kuaih. Nenek sedang terlantar sakit di hospital sekarang." Wajah kanak-kanak Amin terus saja memancar, dia terus mencari kekuatan menerangkan kepada gurunya itu. Tergagp-gagap nada suaranya sambil mula menundukkan wajah ke bawah.
"Ibu bapa saya dah lama tiada..." Perlahan saja Amin menceritakan, kelas senyap sepi seketika.
Guru tersebut mula menunjukkan reaksi yang serba salah, mula meletakkan pembarisnya di meja. Dipapahnya Amin untuk melihat kesan libasannya pembaris panjang, merah terus berbekas di kakinya. Terdiam seketika guru, serba tidak kena untuk bercakap yang mana dulu...
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak.” Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan).” (Bukhari)
kasihanilah anak2 yatim dan peliharalah mereka sebaik2nya..
ReplyDelete@prince: ya sahabat, betul tu =)
ReplyDeleteimpian atok untuk membantu jaga anak yatim kelak ='(
ReplyDelete