Pages - Menu

Showing posts with label Ultras. Show all posts
Showing posts with label Ultras. Show all posts

2.3.11

Aku Ini Ultras Atau Tidak!!!


Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA ('',)

Aku ni tergolong dalam Ultras ka? Apa itu ultras ya..? Ultras sebenarnya sebuah kumpulan penyokong bola sepak yang fanatik dengan trademark yang tersendiri dan unik! Di Malaysia ni yang terkenal adalah Ultras Malaya. Ultras Malaya sebenarnya telah wujud sejak 2007, geng ni mula terkenal sejak Malaysia memenangi Piala Suzuki yang lepas.

Saya ni ultras beginner mungkin ('',). Sangat minat terhadap sukan bola sepak sejak kecil. Seingat saya usia 5 tahun saya sudah dibawa ke stadium, walaupun pada waktu tu tak faham apa benda pun bola sepak. Waktu tu orang bangun bersorak, aku pun  ikut sama bersorak. Stadium yang menjadi kebanggaanku adalah stadium keramat Hijau Kuning, Stadium Darul Aman, Yeah!

Baru2 ni pasukan Kedah menentang Selangor di S.Alam, kalau diikutkan saya sangat sibuk dengan macam2 hal, berusaha siapkan kerja lebih awal, semata2 nak luangkan masa di stadium pada malam tu. Semangat nak tengok bola punya pasal, beres segala tugasan untuk hari esoknya. Yang mengecewakan adalah permainan pasukan Kedah, semakin lama semakin merudum. Mungkin semua dah sedia maklum apa punca sebenarnya, malas nak bincang di sini...tunggu dan lihat sahaja lah prestasi pasukan untuk musim ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...