Judul: FANZURU
Kategori: Tarbiah Rohani
Terbitan: Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
ISBN: 978-983-097-265-7
Tebal: 314
Harga: RM24.00
Kategori: Tarbiah Rohani
Terbitan: Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
ISBN: 978-983-097-265-7
Tebal: 314
Harga: RM24.00
www.langitilahi.com
Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA ('',)
Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA ('',)
Saya kagum dengan seoarang pemulis muda yang masih menuntut tetapi sudah berjaya menerbitkan pelbagai genre buku terutamanya novel dan buku2 motivasi. Saya ingin kongsikan sedikit maklumat dengan semua sahabat, mungkin kepada yang berminat boleh belikan sebuah untuk koleksi ilmu di rumah anda! Saya merasakan terdapat banyak tajuk yang sangat menyentuh jiwa dan diri. Mudah2an perkongsian ini bermanafaat, jom kenali buku ini dan penulisnya...
Penulis muda, Hilal Asyraf kembali dengan buku motivasinya yang ketiga Fanzuru dalam siri Langit Ilahi. Fanzuru yang membawa erti ‘maka lihatlah’ menghimpunkan sebanyak 60 tazkirah yang mendidik jiwa. Tazkirah-tazkirah yang termuat di dalam buku ini mengajak pembaca untuk melihat dan memerhati dengan teliti dengan mata hati akan pengajaran yang ada di sekeliling kehidupan kita.

Banyak teladan dapat dikutip daripada manusia-manusia yang kita temui dan bergaul dengannya. Inilah pengajaran dan pengalaman yang dikongsikan penulis hasil daripada pemerhatian dan pergaulannya. Dengan gaya bahasa yang santai, Fanzuru dapat memberi inspirasi kepada pembaca yang mahu dan sedang berusaha memperbaiki diri untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik. Sedikit sedutan daripada Fanzuru