Ujian dan dugaan datang dalam pelbagai warna dan rasa...yang penting bagaimana manusia melihat dan menilai...ramai yang terjatuh dek kerakusan hatinya.
Janganlah risau kerana Allah tidak pernah terlepas pandang kepada setiap hambaNya. Walaupun kita selalu lalai dan ingkar kepada setiap suruhanNya Allah tetap berikan kita rezeki yang baik. Oleh itu, janganlah bersangka buruk terhadap Allah. Sentiasalah berdoa dan berusaha yang terbaik dalam hidup. Kadangkala apa yang kita terlalu hajati tu Allah lambat makbulkan. Mungkin juga Allah gantikan yang lebih baik kepada kita melalui jalan berbeza. Allah tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNya.
Ada hikmahnya di situ yang kita tidak nampak. Ia menuntut sedikit kesabaran dan mendidik sifat redha dalam diri kita. Di sebalik redha itulah datang sifat ikhlas. Dari sifat ikhlas pula akan membuatkan kita lebih tenang menghadapi hari-hari mendatang, insyaallah. Wallahua’lam.
Azhan: Salam perjuangan salam persaudaraan untuk semua!
trkdg sebagai manusia yg lemah kita xsabar bila diuji......
ReplyDeletesemoga kita tetap bersabar dengan ujianNya.. setiap yang berlaku ada hikmahnya
ReplyDeleteboleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal ia tidak baik bagimu.Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui (al-baqarah 216)
ReplyDeletesangat suka n3 ini.
ReplyDeletenak copy n print boley?
apple hijau: silakan kak..=) moga dapat diperbanyakkan
ReplyDeleteentry nie terbaik!! rasa nak pinjam jer
ReplyDelete