Pages - Menu

7.7.11

Hukum Dan Pandangan Ulama Tentang Perhimpunan Aman/Demonstrasi



1. Kebanyakan ulamak muktabar seperti Dr. Yusof Al-Qadhowi, Dr. Ali Jumaah, Syeikh Abdul Rahman Abdul Khaliq dalam kitabnya ( فصول من السياسة الشرعية ), Syeikh Salman Fahd Audah dan Dr. Sa'aduddin Mus'ad Hilali serta kebanyakan ulamak masa kini berpendapat HARUS mengadakan demostrasi aman lebih-lebih lagi ia dibenarkan oleh perlembagaan sebagai cara untuk rakyat menuntut keadilan dan menyuarakan hak serta pendirian mereka.

Malah gabungan suara rakyat yang ramai lebih didengari dari menyuarakannya bersendirian. Ini berdasarkan Firman Allah bermaksud : "Dan tolong-menolonglah dalam mengerjakan perkara kebaikan dan taqwa, jangan tolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan" (al-Maidah : 2).

Dalam kaedah fiqh juga ada menyatakan : "Asal sesuatu perkara itu harus selagi tidak ada dalil qat'ie dan sorih yang mengharamkannya.

2. Diriwayat dari ibnu Abbas bahawa Sayyidina Umar al-Khattab ketika menjawab soalan ibnu Abbas tentang kenapa dia digelar Al-Faruq oleh Rasulullah S.A.W . Ini kerana disebabkan keberaniannya bersama dengan Sayyidina Hamzah memimpin dua saff muslimin yang turut disertai oleh Nabi S.A.W berjalan beramai-ramai menuju ke Masjidil Haram untuk menzahirkan Islam dan kekuatan muslimin di Mekah. (تاريخ دمشق /حلية الأولياء)

3. Demonstrasi walaupun dilihat berasal dari Barat tetapi intipatinya tidak bercanggah dengan dasar Islam dan erti kemanusiaan. Malah himpunan umum menjadi salah satu syi'ar islam dalam menzahirkan' izzah, kekuatan dan kesatuan umat Islam seperti himpunan ketika solat berjemaah, hari raya dan ketika ibadat haji.

4. Diriwayatkan dari ibnu Abbas, Hadis yang dikeluarkan oleh Syaikhan (Bukhari dan Muslim) bahawa Nabi S.A.W suka menyamai Ahli Kitab pada perkara yang tidak ada perintah tertentu berkenaannya. Malah Rasulullah S.A.W ketika membina parit dalam perang Khandak,membuat cop dan asal kaedah jual beli salam juga mengambil contoh dari orang bukan islam. Sistem Kharaj juga diambil oleh sahabat dari negara Parsi.

5. Demonstrasi bukan bermaksud menentang atau mengangkat senjata menghadapi pemerintah. Ia adalah sebagai salah satu cara untuk menasihati pemerintah dan menegahnya dari terus melakukan mungkar serta ketidakadilan terhadap rakyat.

Ini berdasarkan dua Hadis Rasulullah S.A.W : "Agama itu nasihat". Adapun Hadis yang kedua : "Sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah menegahnya dengan tangan, sekiranya tidak mampu, tegurlah menggunakan lidah dan jika tidak mampu juga, maka dengan hati dan ia selemah-lemah iman".

6. Kaedah المصلحة المرسلة " dan " للوسائل حكم المقاصد " juga menjadi hujjah selagi tujuan iaitu maslahah yang mahu dicapai diakui oleh Islam serta mendatangkan manfaat kepada rakyat. Antara maslahah yang diperakui mendatangkan padanya manfaat seperti nasihat kepada pemerintah, meneguhkan pendirian umat Islam pada perkara hak dan memperkukuhkan suara rakyat menentang ketidakadilan pemerintah.

Maka cara ini dikira harus seperti hukum tujuannya juga. Dengan cara ini juga, ia dapat menolak kerosakan (مفسدة) dalam sesebuah masyarakat seperti rakyat akan selamanya dilihat lemah dan boleh ditindas sesuka hati oleh pemerintah dan rakyat akan terus diperintah oleh pemerintah yang zalim.

7. Di Malaysia contohnya,terdapat peruntukan undang-undang yang memberikan kebebasan bercakap,berhimpun dan berpesatuan kepada rakyat seperti yang termaktub di dalam Perlembagan Perseketuan Malaysia pada perenggan (a),(b) dan (c) di dalam fasa 1,perkara 10,bahagian 2. Peruntukan ini jelas membenarkan himpunan aman diadakan selagi tidak melanggar syarat yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan. [KLIK SINI]

8. Terdapat sesetengah ulamak yang berpendapat HARAM mengadakan demonstrasi dengan beberapa hujjah seperti perbuatan ini tidak pernah dilakukan oleh para sahabat dan ia dikira perkara bida'ah yang ditolak.

Cara ini juga diambil dari Barat dan melakukannya seolah-olah mnyerupai orang bukan islam sebagaimana sabda Nabi S.A.W yang bermaksud : "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia dari kalangan mereka". Ayat Al-Quran yang mewajibkan taat kepada pemerintah dan kaedah "" سد الزريعة juga menjadi hujjah pendapat ini.

9. Hujjah pendapat ini dijawab oleh ulamak seperti Dr. Sa'aduddin Mus'ad Hilali di dalam kitabnya( الجديد في الفقه السيا سي المعا صر ) bahawa demonstrasi tidak termasuk perkara bida'ah yang ditolak kerana pernah dilakukan dan dipimpin oleh Saidina Umar dan Saidina Hamzah ketika zaman Rasulullah S.A.W. Cara ini juga walaupun dilihat menyerupai perbuatan bukan Islam tidaklah menjadikan ia haram kerana Islam hanya mengharamkan menyerupai bukan Islam pada perkara yang bertentangan dengan sesuatu Nas daripada syara' seperti cara ibadah mereka.

Demonstrasi juga tidak menafikan suruhan mentaati pemerintah disebabkan ia dibenarkan oleh perlembagaan. Maka himpunan tersebut boleh dilakukan selagi mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

Diriwayat dari Imam Bukhari sesungguhnya Nabi S.A.W bersabda : " المسلمون عند شروطهم".Kewajipan mentaati pemerintah juga hanyalah kepada perkara taat dan bukan maksiat seperti sabda Nabi S.A.W yang bermaksud : "Tidak ada ketaatan pada makhluk pada perbuatan maksiat kepada pencipta".

10. Adapun hujjah "menutup ruang" yang boleh mendatangkan kerosakan seperti kerosakan harta awam, perbalahan dan kerugian peniaga-peniaga dijawab oleh Dr. Yusof al-Qardhawi bahawa kaedah ini tidak harus digunakan sehingga menjadi wasilah untuk melarang usaha mencapai maslahah yang lebih utama dan diakui oleh Islam.

Ini kerana kerosakan yang dijangka berlaku boleh diatasi dengan kawalan pihak keselamatan dan janji dari penganjur untuk tidak melakukan kerosakan dan perbalahan sepanjang himpunan aman. Malah beberapa siri himpunan yang telah lalu membuktikan peniaga-peniaga tidak mengalami kerugian bahkan mendapat keuntungan berlipat kali ganda dari hari-hari biasa.

Wallahu 'alam...

13 comments:

  1. Saya hanya berlegar di sekitar kampong saya sahaja...bersihkan diri sendiri.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum..

    trime kasih berkunjung, menghantar komen dan folo blog saya..kunjungan sdra amat-amat saya hargai...

    salam perkenalan dari saya dan semoga ukhwah sesama blogger kan semakin erat lagi :-)

    ReplyDelete
  3. yups
    perhimpunan aman dibenarkan
    tetapi perhimpunan yang mendatang mudarat tidak dibenarkan
    :-)

    Racun Serangga Terbaru - Hansect

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...

    Saya pun hairan kenapa tak boleh padahal pakejnya sudah ada dalam perlembagaan demokrasi iaitu perhimpunan aman untuk menyuarakan perkara yang benar

    ReplyDelete
  5. Salam,
    "Perlembagaan Malaysia, Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.
    (1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4) -
    (a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;
    (b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;
    (c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan."

    Hanya undang2 rimba shj yng boleh menghalang sebuah perhimpunan Aman seperti Bersih 2.0

    ReplyDelete
  6. MALAYSIA negara yg aman..jangan kita rosakkan keamanan yg telah dikurniakan...SAY NO TO BERSIH!

    ReplyDelete
  7. Bukan menyokong sesiapa yang terkongkong atau menunding jari akan keronyokkan emosi, tetapi Permasalahannya apabila 'perhimpunan aman' dilabel 'rusuhan', Bila kuning haram dan merah tidak, Lucu bila cuba menggerunkan susana 'perhimpunan aman' dengan demonstrasi fru,Silat dan lain-lain. Pelik bila dikatakan 'menderhaka' tetapi bila mohon restu 'mengadap' dilabel 'biadap'..., Ibarat berita ulangan siaran segalanya berulang kembali akan kisah jumpa bom, dana senjata dlln.. Apapun saya doakan agar Negara Ini Amam Dan Makmur! Baik burukpun Negara Sendiri he he he!

    ReplyDelete
  8. salute kepada ulama yang berani berkata benar

    ReplyDelete
  9. sekarang anis tak tahu nak sokong siape , bersih nie pun ade niat tersemnyi jugak dgr kate , hisk !!__!!

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum,

    S : ape tujuan sebenar Bersih?
    J : utk pilihan raya yg telus, adil & bersih.

    S : klau x telus, adil & bersih, bagaimana pembangkang bleh menang di Kelantan, Kedah, Penang & Selangor masa PRU yg dulu?
    J : sebenarnya dulu pembangkang bleh menang lebih drpd tu.

    S : bagaimana dikatakan menang lebih drpd tu selagi x gegar kubu kuat di johor, pahang, sarawak, melaka & negeri sembilan?
    J : kita akan berusaha ke arah itu.

    S : kenape x berusaha skrg?
    J : kami sibuk sgt blum ade masa lagi.

    S : pembangkang ada berapa ramai MP?
    J : ada lebih 80 MP.

    S : kenape semasa sidang di parlimen xde seorang pembangkang pun membahaskan/menyuarakan ketidakpuashatian terhadap SPR?
    J : x teringat plak masa tu sbb kami sibuk hal lain.

    S : tapi kenape skrg tiba2 plak teringat dan bangkitkan semangat Bersih?
    J : sebab kami tau pilihan raya dah nak dekat.

    S : ape yg sibuk sgt sampai xde masa?
    J : kami selalu cari kesalahan org lain, selalu merajuk keluar parlimen, naik kan isu perkauman & isu agama, online facebook & twitter, berceramah sana sini dan byk lagi.

    S : dalam ramai2 yg berkelayakan kenape Ambiga di pilih jadi pengerusi Bersih? dan org PAS jadi timbalan pengerusi?
    J : sebab Ambiga yg volunteer diri dia nak jadi pengerusi. yup.. PAS jadi timbalan.

    S : tau latar belakang Ambiga?
    J : dia adalah lawyer india yg beragama hindu, anti Islam & penyokong murtad.

    S : dia pernah menjadi peguam bela kes Lina Joy seorang wanita Islam yg murtad, betul?
    J : betul.

    S : menganjurkan forum pertikaian kuasa mahkamah syariah melibatkan kemasukan org bukan Islam masuk Islam, betul?
    J : betul.

    S : dia pendokong dan penggerak IFC (Interfaith Commision / Suruhanjaya antara agama) yang pernah mengatakan bahawa perceraian dalam Islam adalah zalim dan menyokong pluralisme agama, betul?
    J : betul.

    S : menawarkan khidmat guaman percuma kpd umat Islam yg nak murtad sekiranya kes di bawa ke mahkamah persekutuan, betul?
    J : betul.

    S : dia menyokong kuat kpd seorang wanita india yg nak mohon jadi peguam syarie dan nasib baik permohonan di tolak.
    J : ya.

    S : adakah anda setuju jika Perdana Menteri kita adalah org bukan melayu & bukan beragama Islam?
    J : tidak setuju. memang dalam perlembagaan Perdana Menteri wajib org melayu dan beragama Islam.

    S : tapi kenapa masih ramai yg buta & pekak sedangkan mereka tau mereka ikut Bersih yg di pimpin oleh org kafir?
    J : manusia akhir zaman.

    S : kenapa Bersih x buat kat stadium shah alam atau di negeri yg di perintah pembangkang?
    J : sbb std shah alam besar sgt. std merdeka kecik sket psl kami tau tak ramai yg dtg mcm Bersih 1.0 dulu.

    S : Maureen Aung-Thwin merupakan Pengarah Projek Burma / Inisiatif Asia Tenggara yang dikendalikan Open Society Foundations telah berada di Kuala Lumpur dari 27 Jun hingga 2 Julai, 2011 utk berjumpa parti politik & NGO yang menganggotai Bersih, betul?
    J : betul.

    S : adakah setuju Open Society Foundation adalah kepunyaan George Soros. www.georgesoros.com
    J : setuju.

    S : selepas DSAI keluar penjara dulu PKR tidak mempunyai dana yg kukuh utk menghadapi PRU 12.
    dimana dana tersebut diperolehi?
    J : Azmin Ali telah menghubungi pemilik media Zionis, Rupert Murdoch bg pihak Anwar mengenai bantuan kewangan. Permintaan tersebut kemudian disampaikan kepada sahabatnya, George Soros yang kemudian menghantar Maureen Aung-Thwin sbg misi ke Malaysia.
    (http://www.anwaraidc.com/?p=13694)

    S : Rupert Murdoch & George Soros adalah berbangsa Yahudi, betul?
    J : betul.

    fikir2kan laaa...

    ReplyDelete
  11. Hukum Harus ?? Jika ada selisih pendapat antara pemikir Islam maka jalan terbaik meninggalkanya. Masing2 ada hujah tersendiri. Zaman Sahabat ada selisih pendapat namun Ianya adalah untuk mendapat keredhoan Allah swt tanpa bergadoh. Agama di depan. Namun sekarang?????. Seorang Ayah di tegur anak, maka akan di lempang anak itu pasal apa? Kerana cara tegur yg salah. Nak tegur pemerintah ada caranya. Cara RAsulullah saw.

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...