Sepetang aku meluangkan masa di sebuah pasa raya untuk membeli barangan keperluan. Tidak ketinggalan aku mengambil kesempatan untuk menjamah perut yang lapar, sejak awal pagi belum terisi lagi. Pilihan aku adalah kedai makanan segera, itu sahaja yang terdekat. Dari jauh mata aku sudah terpaut kepada sekujur tubuh yang mundar mandir di dalam kedai makan itu. Badanya sedikit bongkok, sambil di tangannya erat memegang penyapu dan penyodok.
Dia seperti tidak kisahkan pandangan orang padanya, sekeliling meja dipenuhi orang ramai yang menjamu selera. Aku cuba mendekati meja-meja, mencari meja yang kosong untuk duduk sementara memesan makanan. Wanita tua tadi menghampiri aku yang keseorangan, tangannya dihulur untuk mencapai pinggan dan sisa makanan di atas meja. Sesekali aku mendengar herdikan orang atasan padanya, hati aku membentak seperti mahu saja dicapai buku lima pada muka orang muda itu.
Wanita tua itu terus bekerja, mematuhi arahan orang atas yang kurang adab. Diperah kudrat tuanya demi sesuap rezeki, aku sekadar mengucap terima kasih sambil mata terus memandang wajahnya. Jelas, kepenatan dan wajah tuanya sudah dapat menggambarkan pengorbanan wanita tua bekerja di sebuah bandar besar demi menampung kehidupan yang kian menekan.
Wanita tua itu terus bekerja, mematuhi arahan orang atas yang kurang adab. Diperah kudrat tuanya demi sesuap rezeki, aku sekadar mengucap terima kasih sambil mata terus memandang wajahnya. Jelas, kepenatan dan wajah tuanya sudah dapat menggambarkan pengorbanan wanita tua bekerja di sebuah bandar besar demi menampung kehidupan yang kian menekan.
Fikiran aku mula memikirkan sesuatu, seribu satu persoalan bermain. Siapakah anak-anaknya? Kenapa membiarkan si ibu bekerja sedangkan kudratnya tidak lagi berdaya? Aku mula terkenang ibuku di rumah, kadang2 tergambar jua wajahnya yang semakin dimamah usia. Aku tahu dia sangat cekal dan hebat berusaha mendidik anak-anak, sesekali mengadu lenguh dan sakit-sakit kerana memikirkan beban kerja di pejabatnya.
Jika ibuku yang bekerja dalam keadaan selesa turut berasa sakit-sakit apabila pulang ke rumah, bagaimana pula keadaan si wanita tua yang aku perhatikan tadi, mungkin bebanannya lebih hebat dan dahsyat. Sukar sekali menggambarkan betapa hebat pengorbanan para ibu kepada anak-anaknya. Moga Allah merahmati ibuku dan para ibu di luar sana...
Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
sedihnya.... ermm sebagai anak kita msti cuba utk kurangkan beban mereka... byk yg telah ibu2 korbankan utk anak2... bila baca citer ni kdg2 terlintas gk, ke mana anak2 dia ekk? xtlg ker? ermmm sedih plak...~~
ReplyDeleteish...
ReplyDeletesaye mmg x leh tgk la org tua or kanak2 wat keje berat2 ni...
tertanya2 mana la family die...
x kan la sanggup biarkan dorang uat keje susah2 macam tu dgn keadaan yg uzur....
Ibu bapa tu sumber kekuatan diri kta..Xkan tenang jika kita mencalarkan hati mereka...jagalah kehidupan org tua sendiri selagi hayat di kandung badan...jasa mereka adalah hutang anak sepanjang hayat..
ReplyDeletemungkinkah,
ReplyDeleteusia mudanya tidak dimanfaatkan?
ni yang aku sedih ni bro... :|
ReplyDeleteterharu sgt...zaman sekarang ramai sgt anak2 yg dah tak peduli pada ibu bapa mereka...kadang kesian sha tgk pekerja kontrak kat office sha yg dah tua keja mencuci tandas & keja berat2..mmg terfikir mana perginya anak2 mereka...tapi bila fikir balik mayb anak2 mereka pun tak mampu sha hanya bleh doakan yg terbaik utk mereka
ReplyDeletesaya insaf
ReplyDeletesob sob...sedih la cerita ni..
ReplyDeleteturut insaf.. :(
itulh hebatnya pngorbanan seorg ibu....
ReplyDeleteselain menghormati ibubapa kita, kita juga perlu menghormati ibubapa orang lain.
ReplyDeleteKesian kat Mak Cik tu....
ReplyDeleteVideo Karnival Silat ,Pameran Ubat & Forum Perdana Anjuran PSGLM
^^ Menyentuh perasaan. Teruskan...
ReplyDeleteps : Ada bakat terendam ni..
sokong cikli!
ReplyDeleteazhan.. mesti sebarkan vid The TRUTH
mmg tersentuh ati bila melihat org tua2 bekerja keras mencari nafkah..tapi itulah pengorbanan mereka untuk anak2..untuk hidup..harap2 mereka ni sentiasa dipermudahkan rezeki olehNya..
ReplyDelete